Sponsor

Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan

Sabtu, 30 April 2011

BLOGGER GAP MEMANG GILA!! menyusuk kalbu!


Opss.. jangan serbu dulu, bukan gila yang benar gila tapi artikel luahan perasaan dari Gerakan Anti Pkr benar-benar menyusuk kalbu dan terasa dalam hati. Malah kejadian yang diceritakan oleh Gap bagai ada kena mengena dengan Mc sendiri. Mc dilahirkan dalam keluarga yang menyokong UMNO tapi selepas Mc melanjutkan pelajaran, Mc terpengaruh dengan kebangkitan zaman reformasi, sudah tentu kejadian ini terjadi apabila selepas Anwar dipecat.

Kiranya cerita jalan hidup Gap serupa ada kena mengena dengan Mc, sebab tu terasa sayu sangat. Hingga perenggan terakhir, air mata rasa macam dah bergenang, tunggu masa nak berlinang. Benar-benar menyusuk kalbu.

Ya Allah.. tabahkanlah hati kami untuk menghadapi musuh Agama, Bangsa dan Negara. Sesungguhnya perjuangan kami masih belum selesai untuk hapuskan Anwar dari dunia politik Malaysia. Aminn.. ya rabbalalamin..

Pada siapa yang nak baca artikel Gap yang power tu klik SINI

McTheory:
Mendidih darah untuk menentang kajahatan Anwar dan Pakatan Haram!

Jumaat, 1 April 2011

KASI PANAS!! TUNTUT RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI PKR MEMOHON MAAF KEPADA DR. NOVANDRI DAN UTUSAN MALAYSIA!!

Mc menyahut saranan Blog MiM menyuruh pengarah strategi PKR, si Rafizi membuat memohon maaf kepada Dr. Novandri. Mc nak tambah sikit, serta Utusan Malaysia yang menyiarkan semula tulisan Dr. Novandri di akhbar mereka.


Kenyataan penuh MiM telah disiarkan di dalam Agenda Daily. Klik foto di bawah untuk keterangan penuh MiM :-


(KLIK FOTO UNTUK KENYATAAN PENUH)


Di antaranya :-

Penulis menuntut supaya Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR supaya menarik balik kenyataan beliau sebelum ini dan meminta maaf secara terbuka kepada penulis, Dr Novandri Hasan Basri di dalam akhbar cetak dan juga portal web seperti MalaysiaKini Malaysia Insider HarakahDaily.

Jika beliau tidak berbuat demikian, maka sahlah bahawa beliau seorang pengecut dan sebenarnya berada di pihak yang salah. Lebih baik beliau meletakkan jawatan dan digantikan dengan orang lain yang lebih berkaliber dan berintegriti.
seterusnya

Di harap Rafizi tak pusing cerita ni jadi cerita lain pulak, kalau dah tau salah tu, sila mohon maaf! Lain kali sebelum menjawab apa-apa perkara pun, sila kaji dulu dengan teliti, konon mau jadi hero, last sekali, batu kena kepada sendiri.

P/s: Tuduh orang lain fitnah, rupanya dia sendiri yang memfitnah!!

Mctheory:
Macam mana la orang macam ni boleh naik jadi Pengarah Strategi? he he he..

Rabu, 9 Mac 2011

BLOGGER!! APA BEZA KAWASAN ZON PERANG DENGAN KAWASAN ZON SELESA!!


Ada sesiapa yang faham mengenai tajuk di atas? Tajuk diatas merujuk kepada zon kedudukan blogger. Ada email yang Mc terima bertanyakan mengenai siasatan Mc yang lepas-lepas kenapa tidak diteruskan lagi.

Untuk pengetahuan pembaca blog Mc, Mc sekarang berada di Johor. Pusat operasi Mc sekarang sudah berpindah ke Johor Bahru. Sebagai blogger mesra kerajaan, Mc sekarang berada di Zon selesa, Zon jajahan BN. Apa yang Mc nak siasat di kawasan sendiri, walaupun banyak kepincangan yang Mc lihat dari kerajaan BN Johor, cuma belum sampai tangan ini gatal nak menaip tentang keburukkan mereka.

Mc masih memberi peluang kepada Kerajaan Negeri Johor untuk berubah!!

Banyak, banyak sangat!!

Kadang-kadang mikir nak menaip la jugak.

Bagi blogger-blogger yang berada di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor. Bagi Mc itu kawasan 'zon perang'. Blogger di kawasan zon perang, lebih meriah dengan maklumat dan berita dari blogger yang berada di zon selesa.

Sebab itu sekarang ni Mc selalu mainkan isu global, isu local kalau ada pun sikit-sikit. Susah nak cari kubu puak Pakatan kat sini. Paling baru pun, Cabang PKR baru bukak di Bandar Baru Uda, tapi nampak macam takdak sambutan pun.

Mc akan cuba kejar ceramah Pas dan Pakatan di sekitar JB, untuk melihat sambutan warga JB kepada mereka.

P/s: Bosan sebenarnya berada di zon selesa ni..

Mctheory:
Takde ke blogger lain disekitar JB ni, kalau ada kontek-kontek la Mc..

Isnin, 8 Februari 2010

APA BEZANYA ADUKA TARUNA DAN JEFFRY?


Semalam kita dikejutkan dengan laporan polis konco n.ajis keatas Blog jeffrydamien09.blogspot.com, sebelum ini kita semua sudah tahu mengenai aduka taruna blogger yang ditangkap kerana menghina Al-marhum Sultan Johor. Apakah patut konco n.ajis ni membuat laporan polis keatas blog jeffry?

Apa motifnya si Mohamad Ibrahim ni buat laporan polis? Nak suruh polis tangkap Jeffry? Apa yang Jeffry ni buat hingga melukai sangat hati n.ajis? Pasal lukisan liwatnya yang mengambarkan Anwar liwat n.ajis? Itukan hanya lukisan khayalan dan gambaran penulis mengenai keadaan sekarang. Dah nama pun politik, kena la terima.

Sebelum ni Mc pernah melihat gambar-gambar yang dicamtumkan seperti gambar Ds Najib dengan Altantuya, di blog Tian Chua, gambar Tun Dr Mahathir memakai baju Firaun, dan gambar-gambar pemimpin lain yang dicantumkan menjadi pelbagai gambar yang dalam keadaan menghina? mengapa tidak ada laporan polis keatas gambar tersebut?

Kes Aduka taruna, adalah kes berat, dia menghina Al-marhum Sultan! itu sememangnya tidak boleh dimaafkan. Apa kena mengena Al-marhum dengan politik? Baginda baru mangkat, semestinya kita perlu menghormati Al-marhum. Walau bukan Sultan pun jika sesama Islam meninggal dunia, kita tetap kena hormatinya. Apa sangat kesalahan Jeffry nak dibandingkan dengan kesalahan Aduka!

Mengapa sekarang tokoh-tokoh Pakatan baru sedar bahawa semua ini menyakitkan mata dan hati? Dahulunya mereka-mereka inilah yang memuji kebebasan media internet dan memuji blog-blog semasa PRU ke 12. Bila kena ke muka sendiri, baru nak rasa pedih ke?

Dimana pejuang-pejuang kebebasan bersuara? kemana perginya. Dulu Pakatan Pembangkang laungkan sangat kebebasan itu dan kebebasan ini, bila kena muka sendiri. Baru tau sakit hati.

Pas sekarang mengalahkan pondan! kena sikit dah report polis. . almaklumlah. .geng-geng Al-juburi memangla kena lembut sikit.

MctHeory:
PAS TETAP BONGOK! DAN AKAN TERUS BONGOK!

Sabtu, 6 Februari 2010

RAIS YATIM: BLOG LAPOR KES ANWAR KENA BERTANGGUNG JAWAB DAN BERETIKA!


Mc bukan nak mengutuk atau mengkritik Rais Yatim. Mc cuma nak membela bagi pihak rakan-rakan blog anti-anwar yang berjuang untuk kebenaran bagi membelasah pencacai Anwar di realiti dan di alam maya. Mc sendiri melihat kadang-kadang penulis blog agak kasar bahasanya dalam kes liwat Anwar ni. Mc sendiri pun begitu. Cuma adakah adil jika blog pro UMNO saja yang kena jaga tatabahasa dan etika?

Apabila kita masuk kandang kambing kita men'gembek', bila masuk kandang rimau kita meng'aum'. Bila kita berjumpa dengan puak pencacai Anwar yang tak faham bahasa melayu secara sopan, perlukah kita berjabat tangan lagi? sedangkan mereka tunggu masa nak hentam kita?

Apa pun Mc hormati Rais sebagai menteri penerangan wajib menegur. Cuma, bila membuat tindakan, hendaklah adil. Tangkap yang perlu ditangkap, jangan main tangkap muat je. Macam kes FaceBook. Disebabkan Komen yang main-main, seorang budak telah ditangkap. Sedangkan kalau kita selidik balik, banyak lagi komen dari puak pembangkang yang lebih sensitif dan patut diambil tindakan.

Baca teguran Rais kepada Penulis Blog dibawah!

KUALA LUMPUR - Penulis blog perlu bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan tidak boleh diulas kerana masih dibicarakan atau mempengaruhi keputusan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, mereka mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat, di samping masih tertakluk pada undang-undang berkaitan komunikasi di negara ini.

“Dengan trend yang ada sekarang ini, saya percaya penulis-penulis blog pun akan terasa mereka perlu bertanggungjawab terhadap masyarakat dan tidak bebas seperti aliran air semata-mata, mencurahkan ke sana dan melimpah ke sini.

“Mereka sendiri akhirnya akan ditembusi undang-undang. Mahu tidak mahu, undang-undang akan mencekau mereka pada tahap yang tertentu. Sebelum itu berlaku, seperti yang berlaku kepada penuntut di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan), haruslah mereka memperbaiki pendirian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku ‘Melakar Jejak - Biografi Mohd Yusof Noor’ di sini, semalam.

Katanya, Jabatan Peguam Negara sentiasa memantau laporan yang disiarkan menerusi blog-blog tertentu mengenai cara kes berkenaan dihuraikan, 'sama ada secara am atau menghina dan menyalahi hukuman tidak boleh diulas'.

Sementara itu, Rais berkata, kementerian itu tidak menghalang atau menyekat Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk melaporkan perbicaraan kes berkenaan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mahkamah.
- Bernama

Mc harap pihak Rais Yatim pergi lihat dalam Harakah dan Suara Keadilan, lagi banyak fitnah dari betul. Baca kolumnis punya tulisan yang mempunyai agenda tersembunyi umpama api dalam sekam. Belum lagi blog-blog pencacai PR yang lain. Semuanya busuk mengalahkan telur tembelang!

MctHeory:
no komen! letih!

Selasa, 26 Januari 2010

APA BEZANYA BLOGGER PENCACAI UPAHAN DENGAN BLOGGER SUKARELA!


Kali ni Mc menyiasat antara blog upah dan blog bebas (sukarela). Mc baru lepas meronda blog pencacai PR. Mula-mula baca sakit hati, lepas tu, macam pelik, lepas fikir-fikir balik, Mc dah dapat jawapannya. Kebanyakan blogger pencacai PR adalah kebanyakanya diupah.

Blogger yang diupah atau diberi habuan bila menulis, selalunya kerja mereka tak ikhlas. Mereka-mereka ini harap habuan je, jikalau tidak diberi habuan, maka kerja mereka tak jalan. Sebab tu tulis pun macam setan!

Blogger upahan ni juga, cara mereka boleh dikesan. Cerita mereka kebanyakanya diputar-putar dari cerita sebenar dan penyampai mereka hanya berlandaskan apa yang dibayar oleh individu terbabit. Macam blogger Pas Perak yang dibayar oleh Nizar dan taja oleh Old Town, Nga dan Ngeh.

Ini bermakna, blogger pencacai PR yang dibayar. Berblogger bukan kerana semangat perjuangan, tetapi disebabkan kewangan! Semangat mereka pun takde, semangat pun sebab duit. Takde duit, takde la blog.

Ini amat berbeza dengan blogger-blogger sukarelawan. Mc taknak labelkan yang mana blogger sukarelawan dan yang mana blogger sumber kewangan, tapi blogger yang sukarelawan dan yang mana blogger sumber kewangan, tapi blogger yang sukarelawan atau blogger bebas lebih bagus dari yang diupah.

Ini adalah pendapat Mc, nak terima atau tidak terpulang. Ini juga jawapan bagi blogger pencacai PR yang konon bagus, perjuangkan Islam, tapi blog macam haram, tau maki dan kutuk.

MctHeory: Dengar cerita Nizar KKK dah jadi jutawan? Dah beli Hilux 3 biji. Mana agaknya dapat duit ye?