Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Rais Yatim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rais Yatim. Papar semua catatan

Ahad, 30 Disember 2012

PANASS!! Hadi Awang Minta LIVE 1 Jam, Rais Bagi LIVE 1 Jam!!


 Dalam video dibawah, Hadi Awang meminta LIVE 1 jam keudara di TV untuk menjelaskan 'Amanat Hadi Awang' yang memecah-belahkan masyarakat Islam di Malaysia selama ini. Di ajukan soalan bertalu-talu mengenai amanat kufur tersebut. Hadi mencari alasan dengan menjawab dan mencabar Menteri Penerangan untuk memberikannya peluang LIVE di TV.



Akhirnya, Rais Yatim, Menteri Penerangan memberi peluang kepada Presiden Pas itu untuk bercakap di TV.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang didakwa mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.

"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di ibunegara hari ini. Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Disember.

Rais berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno dari sudut akidah.

Apa macam Hadi, ada berani ka?

McTheory:
Hadi jual Rais beli.. cewahh..

Sabtu, 6 Februari 2010

RAIS YATIM: BLOG LAPOR KES ANWAR KENA BERTANGGUNG JAWAB DAN BERETIKA!


Mc bukan nak mengutuk atau mengkritik Rais Yatim. Mc cuma nak membela bagi pihak rakan-rakan blog anti-anwar yang berjuang untuk kebenaran bagi membelasah pencacai Anwar di realiti dan di alam maya. Mc sendiri melihat kadang-kadang penulis blog agak kasar bahasanya dalam kes liwat Anwar ni. Mc sendiri pun begitu. Cuma adakah adil jika blog pro UMNO saja yang kena jaga tatabahasa dan etika?

Apabila kita masuk kandang kambing kita men'gembek', bila masuk kandang rimau kita meng'aum'. Bila kita berjumpa dengan puak pencacai Anwar yang tak faham bahasa melayu secara sopan, perlukah kita berjabat tangan lagi? sedangkan mereka tunggu masa nak hentam kita?

Apa pun Mc hormati Rais sebagai menteri penerangan wajib menegur. Cuma, bila membuat tindakan, hendaklah adil. Tangkap yang perlu ditangkap, jangan main tangkap muat je. Macam kes FaceBook. Disebabkan Komen yang main-main, seorang budak telah ditangkap. Sedangkan kalau kita selidik balik, banyak lagi komen dari puak pembangkang yang lebih sensitif dan patut diambil tindakan.

Baca teguran Rais kepada Penulis Blog dibawah!

KUALA LUMPUR - Penulis blog perlu bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan tidak boleh diulas kerana masih dibicarakan atau mempengaruhi keputusan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, mereka mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat, di samping masih tertakluk pada undang-undang berkaitan komunikasi di negara ini.

“Dengan trend yang ada sekarang ini, saya percaya penulis-penulis blog pun akan terasa mereka perlu bertanggungjawab terhadap masyarakat dan tidak bebas seperti aliran air semata-mata, mencurahkan ke sana dan melimpah ke sini.

“Mereka sendiri akhirnya akan ditembusi undang-undang. Mahu tidak mahu, undang-undang akan mencekau mereka pada tahap yang tertentu. Sebelum itu berlaku, seperti yang berlaku kepada penuntut di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan), haruslah mereka memperbaiki pendirian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku ‘Melakar Jejak - Biografi Mohd Yusof Noor’ di sini, semalam.

Katanya, Jabatan Peguam Negara sentiasa memantau laporan yang disiarkan menerusi blog-blog tertentu mengenai cara kes berkenaan dihuraikan, 'sama ada secara am atau menghina dan menyalahi hukuman tidak boleh diulas'.

Sementara itu, Rais berkata, kementerian itu tidak menghalang atau menyekat Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk melaporkan perbicaraan kes berkenaan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mahkamah.
- Bernama

Mc harap pihak Rais Yatim pergi lihat dalam Harakah dan Suara Keadilan, lagi banyak fitnah dari betul. Baca kolumnis punya tulisan yang mempunyai agenda tersembunyi umpama api dalam sekam. Belum lagi blog-blog pencacai PR yang lain. Semuanya busuk mengalahkan telur tembelang!

MctHeory:
no komen! letih!