Sabtu, 6 Februari 2010

RAIS YATIM: BLOG LAPOR KES ANWAR KENA BERTANGGUNG JAWAB DAN BERETIKA!


Mc bukan nak mengutuk atau mengkritik Rais Yatim. Mc cuma nak membela bagi pihak rakan-rakan blog anti-anwar yang berjuang untuk kebenaran bagi membelasah pencacai Anwar di realiti dan di alam maya. Mc sendiri melihat kadang-kadang penulis blog agak kasar bahasanya dalam kes liwat Anwar ni. Mc sendiri pun begitu. Cuma adakah adil jika blog pro UMNO saja yang kena jaga tatabahasa dan etika?

Apabila kita masuk kandang kambing kita men'gembek', bila masuk kandang rimau kita meng'aum'. Bila kita berjumpa dengan puak pencacai Anwar yang tak faham bahasa melayu secara sopan, perlukah kita berjabat tangan lagi? sedangkan mereka tunggu masa nak hentam kita?

Apa pun Mc hormati Rais sebagai menteri penerangan wajib menegur. Cuma, bila membuat tindakan, hendaklah adil. Tangkap yang perlu ditangkap, jangan main tangkap muat je. Macam kes FaceBook. Disebabkan Komen yang main-main, seorang budak telah ditangkap. Sedangkan kalau kita selidik balik, banyak lagi komen dari puak pembangkang yang lebih sensitif dan patut diambil tindakan.

Baca teguran Rais kepada Penulis Blog dibawah!

KUALA LUMPUR - Penulis blog perlu bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan tidak boleh diulas kerana masih dibicarakan atau mempengaruhi keputusan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, mereka mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat, di samping masih tertakluk pada undang-undang berkaitan komunikasi di negara ini.

“Dengan trend yang ada sekarang ini, saya percaya penulis-penulis blog pun akan terasa mereka perlu bertanggungjawab terhadap masyarakat dan tidak bebas seperti aliran air semata-mata, mencurahkan ke sana dan melimpah ke sini.

“Mereka sendiri akhirnya akan ditembusi undang-undang. Mahu tidak mahu, undang-undang akan mencekau mereka pada tahap yang tertentu. Sebelum itu berlaku, seperti yang berlaku kepada penuntut di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan), haruslah mereka memperbaiki pendirian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku ‘Melakar Jejak - Biografi Mohd Yusof Noor’ di sini, semalam.

Katanya, Jabatan Peguam Negara sentiasa memantau laporan yang disiarkan menerusi blog-blog tertentu mengenai cara kes berkenaan dihuraikan, 'sama ada secara am atau menghina dan menyalahi hukuman tidak boleh diulas'.

Sementara itu, Rais berkata, kementerian itu tidak menghalang atau menyekat Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk melaporkan perbicaraan kes berkenaan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mahkamah.
- Bernama

Mc harap pihak Rais Yatim pergi lihat dalam Harakah dan Suara Keadilan, lagi banyak fitnah dari betul. Baca kolumnis punya tulisan yang mempunyai agenda tersembunyi umpama api dalam sekam. Belum lagi blog-blog pencacai PR yang lain. Semuanya busuk mengalahkan telur tembelang!

MctHeory:
no komen! letih!

6 ulasan:

Mantan Pemuda UMNO Bahagian Tapah berkata...

Rais dah terlupa tindakan nijar dan kuncu2 yg telah memandai2 mendahului keptusan mahkamah sperti kes MB Perak, altantuya dan teoh beng hock. Kenapa dulu tak bersuara.

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 fikir Rais ni takut ke nak ambil tindakan keatas puak2 pembangkang ni.

bigben berkata...

Apa dah jadi ngan pADUKAng TERUNA?? Senyap jer... Pasal samo-samo kaum nogori kut? Atau kaum waris kut?

Tak pa, kita pun boleh mohon ampun maaf dan mintak dilepaskan. Boleh???

Tanpa Nama berkata...

Rais is old tired and oput of touch.

Macam mana nak expect dia jaga multimedia?

nurimo berkata...

Nasib baik ana tak komen komen lagi,cuma lihat kawan2 komen nampak dah adil,Orang sepak kita tedang.

tebing tinggi berkata...

kalau diamat-amati kadang- kadang kata-kata Rais tak relevent dengan kedudokan beliau sebagai menteri yang beliau dipertangongjawabkan.
Kalau hendak worning atau memberi ingat biarlah umum ,bukan mengkhususkan satu atau sesuatu pehak sahaja.
Lihatlah sekeliling sebelum bercakap,do your home works firstlah sebelum bercakap.
INIlah akibatnya kalau suka sangat bercakap tampa disedari menjatohkan credibility diri sendiri dan kementerian yang diwakili.
penyakit sebagini begitu menular dikalangan menteri-menteri UMNO yang ada sekarang,credibility UMNO juga terheret sama.
INGAT-INGATlah kalau nak bercakap, yang tak jadi menteri kat luar ni taklah bodoh sangat kot.