Sabtu, 6 Februari 2010

DEMO REFORMASI KE 2! SIAPA TERDESAK? ANWAR KE DS NAJIB?



Memang dalam jangkaan, bahawa pencacai serpihan dari gelombang reformasi yang lepas masih ada dan masih nak tunjuk kuasa, tapi sayang seribu kali sayang apabila demo pencacai di ketuai oleh Tian Chua kali ini hanyalah ibarat perhimpunan sekolah rendah.

Nampak sangat puak-puak ni dah terdesak nak membela Anwar sampai sanggup nak ulang strategi lama. Kalau ikutkan keadaan sekarang, Ds Najib kelihatan kukuh disinggah sana. Sedangkan Anwar, hanya tunggu masa masuk dalam balik.

Demo seperti biasa, melaungkan perkataan biasa mereka, himpunan kali ini boleh dikira dengan jari, lebih kurang 60orang. Pencacai serpihan puak reformasi dahulu, merayu kepada orang ramai supaya menyokong mereka demi peliwat tegar Anwar.

Kalau tak percaya, boleh baca berita dibawah.

Sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim siang tadi mengadakan bantahan terhadap pertuduhan liwat terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Mereka berhimpun selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Wilayah Jalan Duta denganmembentang kain rentang ‘Keadilan Untuk Anwar’ dan ‘Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2’.

Mereka turut melaungkan 'reformasi' serta mengutuk pendakwaan terhadap Anwar yang didakwa fitnah dan mahu menjatuhkan kerier politik Anwar.

Ketua Biro Strategik PKR Tian Chua dalam ucapannya pada perhimpunan itu berkata, kes liwat ke atas Anwar kali ini adalah ulangan kes yang pernah berlaku pada 1998.
Jelasnya modus operandi sama dilakukan bagi menzalimi peribadi Anwar sekaligus membenarkan Datuk Seri Najib kekal berkuasa pada kedudukan mereka.
“Ini adalah satu perkara yang kejam,” tegasnya.

Beliau juga turut memaklumkan himpunan besar turut akan didakan di bandar-bandar lain dan siri 'road show' bertemu rakyat menjelaskan perkara tersebut juga akan dibuat. Selagi perbicaraan terhadap Anwar berjalan jelasnya, selagi itu himpunan bantahan akan di adakan.

Seorang lagi tokoh Reformasi Datuk Johari Abdul menyatakan pendakwaan terpilih tersebut hanyalah usaha terdesak kerajaan BN untuk meneruskan kekuasaan.

Beliau menyeru semua penggerak Reformasi kembali bersatu untuk menggerakkan massa seperti mana yang pernah mereka lakukan sepuluh tahun lalu.
Perhimpunan aman itu hanya berakhir di situ tanpa sebarang perarakan ke Kompleks Mahkamah yang terletak bersebelahan.

Beberapa trak bersama anggota polis dilihat mengawal jalan masuk menuju ke bangunan kompleks mahkamah manakala puluhan petugas media juga turut kelihatan.
-haramkahdaily

Mc berasa kasihan dengan puak-puak pencacai serpihan reformasi yang dah basi ni. Polis pun dah malas nak layan mereka. Tengok dari jauh je la. Kumpulan wartawan, lagi ramai dari kumpulan mereka. Kesian betul.

Bila Anwar kena tangkap sebab liwat, Ds Najib juga yang kena tuduh. Mati-mati puak-puak ni tuduh ini konspirasi. Sekali orang percayalah, masuk yang kedua. Takkanla konspirasi lagi. Rakyat Malaysia sekarang sudah pandai menilai.

Tian Chua wei!, Anwar dah tak laku. Muka dengan telur pun dah kecut. Simpan je la gerakan reformasi kau tu. Buat malu je la. Rakyat Malaysia sudah mengetahui temberang Anwar.

MctHeory:
Mc pun bekas geng Demo reformasi tahun 1997, biasala dulu banggang-banggang lagi, mengikut je.

Tiada ulasan: