Memaparkan catatan dengan label Demo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Demo. Papar semua catatan
Selasa, 24 April 2012
KASI PANAS!! Antara Syiah, Demo PTPTN, Mendiang dan Fathul Bari!! #Bersih3 #mansuhPTPTN
Ustaz Fathul Bari menerangkan segalanya mengenai Demo PTPTN, Syiah, perkahwinan Khalid Ismaih, LGBT dan perbuatan mungkar si mangkuk mahasewel dan mahaseksi di dataran merdeka sana tu.
Selasa, 25 Oktober 2011
GEMPAR!! Kunjungan DS Najib ke UIA disambut demontrasi??
KUALA LUMPUR Okt. - Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang atas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok untuk mengadakan demonstrasi.
Rancangan berkenaan bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas pakar undang-undangnya, Professor Abdul Aziz Bari.
SSM juga akan menghantar satu memorandum kepada perdana menteri berhubung isu tersebut, esok, kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab lagi.
Isnin, 11 Oktober 2010
PANAS! DEMO BANTAH AIR OLEH AHLI PAS DI KEDAH!! APA JADI SELEPAS ITU??
![]() |
| pejuang rakyat Kedah |
Kira-kira 30 ahli PAS semalam mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri itu yang bermula 1 Oktober lalu. Mereka yang menganggotai Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Tarif Air itu turut menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, termasuk mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air yang memberi kesan terhadap golongan miskin.
Dalam memorandum itu, kumpulan berkenaan juga mendesak Menteri Besar supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (SADA) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat serta mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah.
Pengerusi jawatankuasa itu, Abdullah Hashim, berkata perkara ke-10 manifesto pakatan pembangkang menyatakan parti itu berjanji akan memperbaiki mutu perkhidmatan bekalan air dan berusaha menurunkan tarif air jika mentadbir negeri.
“Selepas menang pilihan raya mereka bukan saja tidak memperbaiki mutu perkhidmatan bekalan air, malah menaikkan tarif air untuk kegunaan domestik.
“Kerajaan negeri perlu sedar kebanyakan rakyat negeri ini masih berpendapatan rendah dan kenaikan harga air menambah bebanan mereka.
“Sehubungan itu, kami mendesak kerajaan negeri menurunkan semula tarif air dan jika tidak, lebih baik Menteri Besar (Azizan) meletak jawatan kerana gagal menunaikan manifesto pilihan raya dijanjikan sebelum ini,” katanya selepas mengadakan demonstrasi secara aman di depan Wisma Darul Aman di sini, semalam. - B.Harian
Mc memang tabik spring dengan 30 orang yang buat demo ni. Membuktikan mereka ni ada 'teloq' dan berani membantah demi rakyat, bukannya hanya mengikut dan menjadi pak turut. Cuma Mc ada dengar cerita, bahawa Pas Kedah dan Pas pusat akan mengambil tindakan kepada peserta demo ni. Malah mereka ini teruk dimaki dan dicaci oleh ahlul Pas yang lain.
Kiranya dalam Pas langsung tidak boleh ada penentangan dan cabang idea lain dengan pentadbiran. Jika ada anda pasti akan dipecat atau berhadapan dengan tindakan. Dok heboh kata parti Islam, tapi undang-undang dan cara Pas ni serupa komunis, kejam. Paling menarik apabila peserta demo ini kini 'dilabel' sebagai pengkhianat parti.
He he he.. bantah kenaikkan air di Kedah, boleh dilabeh pengkhianat parti. Pas memang 'badut' serupa macam badut belaan Pas, Mahfuz Omar. Ada juga blogger bodoh Pas yang tanpa segan silu menunjukkan kebodohan mereka dengan menunding jari kepada UMNO. UMNO Kedah meeting semalam, pada waktu peserta demo dok berdemo, UMNO Kedah sedang bermesyuarat di bangunan UMNO tingkat 7, mesyuarat mula pukul 3. Nak demo celah mana??
Untuk pengetahuan pembaca, sms untuk mengadakan demo air ni, sudah pun tersebar 2 hari lepas (sebelum demo). Mc pun dapat. Cuma orang UMNO takmau campur hal orang Pas. Biar orang Pas ajaq kepala masam depa sendiri. Hangpa sendiri pilih, hangpa sendiri tanggung. Rakyat punya kerja, kita tunggu PRU ke 13. Sendiri mau ingat!! he he he..
P/s: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata bodoh serupa Mahfuz juga ada.. he he he..
Mctheory:
Ustaz Azizan dok tepuk dahi, tepuk meja, tepuk dahi, tepuk meja. Punggahhhh!!
Sabtu, 6 Februari 2010
DEMO REFORMASI KE 2! SIAPA TERDESAK? ANWAR KE DS NAJIB?

Memang dalam jangkaan, bahawa pencacai serpihan dari gelombang reformasi yang lepas masih ada dan masih nak tunjuk kuasa, tapi sayang seribu kali sayang apabila demo pencacai di ketuai oleh Tian Chua kali ini hanyalah ibarat perhimpunan sekolah rendah.
Nampak sangat puak-puak ni dah terdesak nak membela Anwar sampai sanggup nak ulang strategi lama. Kalau ikutkan keadaan sekarang, Ds Najib kelihatan kukuh disinggah sana. Sedangkan Anwar, hanya tunggu masa masuk dalam balik.
Demo seperti biasa, melaungkan perkataan biasa mereka, himpunan kali ini boleh dikira dengan jari, lebih kurang 60orang. Pencacai serpihan puak reformasi dahulu, merayu kepada orang ramai supaya menyokong mereka demi peliwat tegar Anwar.
Kalau tak percaya, boleh baca berita dibawah.
Sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim siang tadi mengadakan bantahan terhadap pertuduhan liwat terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.
Mereka berhimpun selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Wilayah Jalan Duta denganmembentang kain rentang ‘Keadilan Untuk Anwar’ dan ‘Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2’.
Mereka turut melaungkan 'reformasi' serta mengutuk pendakwaan terhadap Anwar yang didakwa fitnah dan mahu menjatuhkan kerier politik Anwar.
Ketua Biro Strategik PKR Tian Chua dalam ucapannya pada perhimpunan itu berkata, kes liwat ke atas Anwar kali ini adalah ulangan kes yang pernah berlaku pada 1998.
Jelasnya modus operandi sama dilakukan bagi menzalimi peribadi Anwar sekaligus membenarkan Datuk Seri Najib kekal berkuasa pada kedudukan mereka.
“Ini adalah satu perkara yang kejam,” tegasnya.
Beliau juga turut memaklumkan himpunan besar turut akan didakan di bandar-bandar lain dan siri 'road show' bertemu rakyat menjelaskan perkara tersebut juga akan dibuat. Selagi perbicaraan terhadap Anwar berjalan jelasnya, selagi itu himpunan bantahan akan di adakan.
Seorang lagi tokoh Reformasi Datuk Johari Abdul menyatakan pendakwaan terpilih tersebut hanyalah usaha terdesak kerajaan BN untuk meneruskan kekuasaan.
Beliau menyeru semua penggerak Reformasi kembali bersatu untuk menggerakkan massa seperti mana yang pernah mereka lakukan sepuluh tahun lalu.
Perhimpunan aman itu hanya berakhir di situ tanpa sebarang perarakan ke Kompleks Mahkamah yang terletak bersebelahan.
Beberapa trak bersama anggota polis dilihat mengawal jalan masuk menuju ke bangunan kompleks mahkamah manakala puluhan petugas media juga turut kelihatan.-haramkahdaily
Mc berasa kasihan dengan puak-puak pencacai serpihan reformasi yang dah basi ni. Polis pun dah malas nak layan mereka. Tengok dari jauh je la. Kumpulan wartawan, lagi ramai dari kumpulan mereka. Kesian betul.
Bila Anwar kena tangkap sebab liwat, Ds Najib juga yang kena tuduh. Mati-mati puak-puak ni tuduh ini konspirasi. Sekali orang percayalah, masuk yang kedua. Takkanla konspirasi lagi. Rakyat Malaysia sekarang sudah pandai menilai.
Tian Chua wei!, Anwar dah tak laku. Muka dengan telur pun dah kecut. Simpan je la gerakan reformasi kau tu. Buat malu je la. Rakyat Malaysia sudah mengetahui temberang Anwar.
MctHeory:
Mc pun bekas geng Demo reformasi tahun 1997, biasala dulu banggang-banggang lagi, mengikut je.
Langgan:
Catatan (Atom)


