Isnin, 11 Oktober 2010

PANAS! DEMO BANTAH AIR OLEH AHLI PAS DI KEDAH!! APA JADI SELEPAS ITU??


pejuang rakyat Kedah
Semalam boleh dikatakan 'hari ini dalam sejarah' apabila ada diantara ahli Pas yang telah sedar bahawa selama 3 tahun pemerintahan Pas di Kedah, mereka bagaikan ditipu oleh Azizan. Maka untuk menunjukkan rasa tidak puas hati, demo secara aman telah dilakukan di hadapan wisma darulaman.

Kira-kira 30 ahli PAS semalam mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri itu yang bermula 1 Oktober lalu. Mereka yang menganggotai Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Tarif Air itu turut menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, termasuk mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air yang memberi kesan terhadap golongan miskin.

Dalam memorandum itu, kumpulan berkenaan juga mendesak Menteri Besar supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (SADA) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat serta mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah.

Pengerusi jawatankuasa itu, Abdullah Hashim, berkata perkara ke-10 manifesto pakatan pembangkang menyatakan parti itu berjanji akan memperbaiki mutu perkhidmatan bekalan air dan berusaha menurunkan tarif air jika mentadbir negeri.

“Selepas menang pilihan raya mereka bukan saja tidak memperbaiki mutu perkhidmatan bekalan air, malah menaikkan tarif air untuk kegunaan domestik.

“Kerajaan negeri perlu sedar kebanyakan rakyat negeri ini masih berpendapatan rendah dan kenaikan harga air menambah bebanan mereka.
“Sehubungan itu, kami mendesak kerajaan negeri menurunkan semula tarif air dan jika tidak, lebih baik Menteri Besar (Azizan) meletak jawatan kerana gagal menunaikan manifesto pilihan raya dijanjikan sebelum ini,” katanya selepas mengadakan demonstrasi secara aman di depan Wisma Darul Aman di sini, semalam. - B.Harian

Mc memang tabik spring dengan 30 orang yang buat demo ni. Membuktikan mereka ni ada 'teloq' dan berani membantah demi rakyat, bukannya hanya mengikut dan menjadi pak turut. Cuma Mc ada dengar cerita, bahawa Pas Kedah dan Pas pusat akan mengambil tindakan kepada peserta demo ni. Malah mereka ini teruk dimaki dan dicaci oleh ahlul Pas yang lain.

Kiranya dalam Pas langsung tidak boleh ada penentangan dan cabang idea lain dengan pentadbiran. Jika ada anda pasti akan dipecat atau berhadapan dengan tindakan. Dok heboh kata parti Islam, tapi undang-undang dan cara Pas ni serupa komunis, kejam. Paling menarik apabila peserta demo ini kini 'dilabel' sebagai pengkhianat parti.

He he he.. bantah kenaikkan air di Kedah, boleh dilabeh pengkhianat parti. Pas memang 'badut' serupa macam badut belaan Pas, Mahfuz Omar. Ada juga blogger bodoh Pas yang tanpa segan silu menunjukkan kebodohan mereka dengan menunding jari kepada UMNO. UMNO Kedah meeting semalam, pada waktu peserta demo dok berdemo, UMNO Kedah sedang bermesyuarat di bangunan UMNO tingkat 7, mesyuarat mula pukul 3. Nak demo celah mana??

Untuk pengetahuan pembaca, sms untuk mengadakan demo air ni, sudah pun tersebar 2 hari lepas (sebelum demo). Mc pun dapat. Cuma orang UMNO takmau campur hal orang Pas. Biar orang Pas ajaq kepala masam depa sendiri. Hangpa sendiri pilih, hangpa sendiri tanggung. Rakyat punya kerja, kita tunggu PRU ke 13. Sendiri mau ingat!! he he he..

P/s: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata bodoh serupa Mahfuz juga ada.. he he he..

Mctheory:
Ustaz Azizan dok tepuk dahi, tepuk meja, tepuk dahi, tepuk meja. Punggahhhh!!

7 ulasan:

nazirulhazwan~ berkata...

hanya satu sahaja pertanyaan saya:)
kepada mereka2 yang terlaku agungkan MELAYU :
pilih antara dua yang mana lebih baik:

1) menjadi MELAYU tanpa ISLAM : istimewa di malaysia,hina di mata Allah

2) ISLAM tapi bukan MELAYU : hidup mungkin sukar dimalaysia, tp insyaALLAH bahagia di Akhirat Kelak


p/s : tak ada apa nak di bangga dgn bangsa, tp berbanggalah dengan ISLAM. ISLAM memajukan melayu dan bukan sebaliknya:)

Tanpa Nama berkata...

Kita boleh pilihkah warna mata, warna kulit dan bangsa sebelum dilahirkan? Atau mungkin telah ditakdirkan kita dilahirkan sebagai orang Melayu? Kalau boleh pilih bangsa apa kah yang patut kita pilih. Bukan kah Allah menjadi manusia berbagai bangsa, mengapa harus kita menentang penetapan Allah tentang bangsa yang kita ada? Ada kah manuasia dibumi ini yang Islam tapi tidak mempunyai bangsa?

Tanpa Nama berkata...

sapa kata bangsa tak penting selain dari agama, cuba korang pikir kalau korang dilahirkan sebagai bagsa afrika, adakah korang bangga.

tak pun contoh terdekat cuba jadi orang islam kat selatan thailand ke ok tak? korang boleh bangga tak. mesti tak boleh kan? so berbangga lah jadi melayu kat malaysia, lahir je terus jadi islam selagi tak murtad le.

penat je kalau beribadat tongang langan tiap-tiap hari sampai hitam di dahi lepas tu mengumpat menfitnah. rugi sebab kaya kat dunia tapi muflis kat akhirat.

boleh dapat ke tiket free pergi syurga kalau dah muflis. tak ada jalan yang mudah kat dunia dan akhirat.

Tanpa Nama berkata...

..Andai Bangsa kita lemah, jadinya kita mcm saudara kita di Philipine yang habis di Kristiankan.

..Situasi negara kita mmg unik saudara, Melayu secara ISTIMEWANYA ADALAH BERAGAMA ISLAM. Itu hakikatnya, tapi tidak bermakna kita MELAYU ISLAM ini akan menghapuskan penganut2 agama lain di Malaysia, ketuanan Melayu sebenarnya turut menjamin kelangsungan ISLAM kita.

Andai kita lemah saudara, bagaimana kita hendak menentang anasir2 yang ingin menjauhkan kita dari Islam saudara..

Amik contoh bagaimana kerajaan Philipine yang habis di kristiankan??

cuma nya skrg nie ada seolah2 ada percubaan untuk MENEUTRALKAN KETULENAN MELAYU kita saudara..
kita di ajar untuk menjadi KURANG AJAR.
Kita Di AJAR untuk menjadi BEBAS.

Langkah pertama TANGAN-TANGAN ini adalah untuk menghilangkan jati diri melayu saudara.. cuba perhati anak2 Melayu yang banyak terdedah dgn kemewahan dan Keseronokan dunia nie saudara.. lantas bagaimana sikap mereka pada ISLAM saudara???

bagaimana nilai mereka??
cuba bandingkan bagaimana org2 Melayu yang tinggal di kampung2 saudara..lihat bagaimana sikap mereka ( SILA buang jauh2 Bayangan Msykt Melayu Kampung spt yang digambarkan dalam kebanyakan Drama/Filem tmpatan )

Kita akan merasa nilai anak2 Melayu ini lagi Utuh berbanding dgn anak Melayu di bandar2 besar..


Uniknya Melayu saudara,
Bangsa Melayu itu akan Hidup jiwanya kerana ISLAM.. dan Islam itu akan hilang NILAInya andai Melayu itu hilang jiwanya.

adakah kita tidak pernah melihat bagaimana anak2 melayu kita skrg ini..??
Bagaimana sikap melayu mereka??
dan apa yang terjadi pada AGAMA mereka??

Tanpa Nama berkata...

kobejordan,

majoriti orang Islam dekat Malaysia adalah orang Melayu.Senang cerita,kalau nak tengok Islam kuat Melayu perlu bersatu.Islam lemah kalau orang Melayu yang merupakan majoriti menganut agama tu berpecah belah.

lagi satu kobejordan, kenapa kau cakap hidup sebagai orang Islam sukar kat Malaysia nih?inikan negara Islam.berlambak masjid dan surau.tak ada orang yang nak ganggu kau beribadat.jadi kenapa kau cakap sukar hidup sebagai orang Islam di bumi Malaysia nih?lansung tak masuk akal..aku pernah belajar kat Australia selama 4 tahun.kat situ memang akui sukar hidup sebagai orang Islam sebab aku hidup dalam negara yang majoriti penduduknya orang Kristian.4 example,kalau kau sampai airport Sydney,tak ada surau.semayang kat kaki lima saja.dekat Malaysia nih kau patut bersyukur sebab ada masjid-masjid yang besar dengan karpet empuk lagi!lagi 1,nak cari makanan Halal susah,anjing bersepah-sepah dekat jalan,nak buang air pun susah dekat tandas awam sebab tak ada paip air!

Tanpa Nama berkata...

kobejordan,

Masaalah ko adalah, ko pikir, bila orang2 bercakap tentang bangsa Melayu, maka mereka sebenarnya tidak ingat kepada Islam. Itu pasal otak ko suruh ko tanya untuk kitaorang pilih samada nak jadi melayu tanpa Islam atau Islam tanpa Melayu. Ko pikir ko dah bijak berfalasafah ler tu, kan?

Aku tak nak jawab soklan ko sekarang sebab aku nak tunggu ko dewasa sikit....

Tanpa Nama berkata...

dah dewasa ke kobejordan?

atau anda adalah sebahagian dari pihak yang cuba memisahkan melayu dari islam atau islam dari melayu.....

ingat, melayu tanpa islam....kita akan punah....