Memaparkan catatan dengan label air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label air. Papar semua catatan
Selasa, 12 Oktober 2010
AYAQ KAT KEDAH!! AHLI PAS SOKONG PERJUANGAN UMNO??
Nak percaya ka dak ni?? betui ka ada ahli Pas yang sokong perjuangan UMNO?? Habis la mamat ni nanti kena hentam dengan puak khawarij kufur yang lain nanti. Apa pun Mc ucap tahniah kerana berani mati menyatakan sokongan.
Mctheory:
nanti mesti dia kena fatwa kafir oleh N.ajis.
Isnin, 11 Oktober 2010
PANAS! DEMO BANTAH AIR OLEH AHLI PAS DI KEDAH!! APA JADI SELEPAS ITU??
![]() |
| pejuang rakyat Kedah |
Kira-kira 30 ahli PAS semalam mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri itu yang bermula 1 Oktober lalu. Mereka yang menganggotai Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Tarif Air itu turut menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, termasuk mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air yang memberi kesan terhadap golongan miskin.
Dalam memorandum itu, kumpulan berkenaan juga mendesak Menteri Besar supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (SADA) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat serta mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah.
Pengerusi jawatankuasa itu, Abdullah Hashim, berkata perkara ke-10 manifesto pakatan pembangkang menyatakan parti itu berjanji akan memperbaiki mutu perkhidmatan bekalan air dan berusaha menurunkan tarif air jika mentadbir negeri.
“Selepas menang pilihan raya mereka bukan saja tidak memperbaiki mutu perkhidmatan bekalan air, malah menaikkan tarif air untuk kegunaan domestik.
“Kerajaan negeri perlu sedar kebanyakan rakyat negeri ini masih berpendapatan rendah dan kenaikan harga air menambah bebanan mereka.
“Sehubungan itu, kami mendesak kerajaan negeri menurunkan semula tarif air dan jika tidak, lebih baik Menteri Besar (Azizan) meletak jawatan kerana gagal menunaikan manifesto pilihan raya dijanjikan sebelum ini,” katanya selepas mengadakan demonstrasi secara aman di depan Wisma Darul Aman di sini, semalam. - B.Harian
Mc memang tabik spring dengan 30 orang yang buat demo ni. Membuktikan mereka ni ada 'teloq' dan berani membantah demi rakyat, bukannya hanya mengikut dan menjadi pak turut. Cuma Mc ada dengar cerita, bahawa Pas Kedah dan Pas pusat akan mengambil tindakan kepada peserta demo ni. Malah mereka ini teruk dimaki dan dicaci oleh ahlul Pas yang lain.
Kiranya dalam Pas langsung tidak boleh ada penentangan dan cabang idea lain dengan pentadbiran. Jika ada anda pasti akan dipecat atau berhadapan dengan tindakan. Dok heboh kata parti Islam, tapi undang-undang dan cara Pas ni serupa komunis, kejam. Paling menarik apabila peserta demo ini kini 'dilabel' sebagai pengkhianat parti.
He he he.. bantah kenaikkan air di Kedah, boleh dilabeh pengkhianat parti. Pas memang 'badut' serupa macam badut belaan Pas, Mahfuz Omar. Ada juga blogger bodoh Pas yang tanpa segan silu menunjukkan kebodohan mereka dengan menunding jari kepada UMNO. UMNO Kedah meeting semalam, pada waktu peserta demo dok berdemo, UMNO Kedah sedang bermesyuarat di bangunan UMNO tingkat 7, mesyuarat mula pukul 3. Nak demo celah mana??
Untuk pengetahuan pembaca, sms untuk mengadakan demo air ni, sudah pun tersebar 2 hari lepas (sebelum demo). Mc pun dapat. Cuma orang UMNO takmau campur hal orang Pas. Biar orang Pas ajaq kepala masam depa sendiri. Hangpa sendiri pilih, hangpa sendiri tanggung. Rakyat punya kerja, kita tunggu PRU ke 13. Sendiri mau ingat!! he he he..
P/s: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata bodoh serupa Mahfuz juga ada.. he he he..
Mctheory:
Ustaz Azizan dok tepuk dahi, tepuk meja, tepuk dahi, tepuk meja. Punggahhhh!!
Ahad, 10 Oktober 2010
PANAS!! DRAMA MB KEDAH MEMANG DAHSYAT!!
![]() |
| tudia.. mengamuk dahh |
Oleh Tarmizi Md. Jam
Menteri Besar Kedah, Azizan Razak ‘mengamuk’ bila tindakannya menaikkan tariff air di Kedah disensasikan media serta menerima berbagai kritikan. Marah betul Ustaz Azizan bila dicemuh kerana mengambil tindakan yang membebankan rakyat
Dalam sebuah blog pembangkang, melalui setpolnya, beliau memberi penjelasan yang panjang lebar mengenai hal ini. Pada dasarnya, beliau menyalahkan kerajaan BN terdahulu yang cenderung membuat pinjaman daripada kerajaan persekutuan, berbanding memohon geran (yang menjadi hak rakyat Kedah yang juga rakyat Malaysia) gara-gara ingin memberi projek kepada kroni.
Sikap kerajaan BN Kedah tersebut telah menyebabkan kerajaan Pusat terbeban dengan hutang tidak berbayar lalu Pihak Kerajaan Pusat dalam usaha memastikan hutang-hutang lapuk itu dibayar oleh semua kerajaan negeri, telah mengambil langkah ‘merampas secara halus’ hak yang telah diperuntukan dalam perlembagaan persekutuan sebagai hak kerajaan negeri iaitu sumber dan bekalan air. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda untuk menjayakan langkah ini.
Dalam menegaskan hujah beliau, beliau juga mengugut akan mendedahkan nama-nama pemimpin BN Kedah yang terlibat dalam kronisme dan korupsi ini.
Kesimpulannya, mengikut penjelasan Ustaz Azizan, semua masalah ini berpunca dari kerajaan BN terdahulu, seperti juga masalah banjir, ketiadaan air, balak, sampah dan lain-lain di Kedah. Pendek kata, tak perlu tanya apa-apa pada Azizan sebab jawapannya ‘standard’.
Setelah 3 tahun memerintah Kedah, jawapan ‘standard’ sebegini sebenarnya hanya menunjukkan ketidakupayaan beliau untuk menjadi pemerintah.
Umum sedia maklum bahawa BN kalah di Kedah bukan kerana PAS kuat tetapi kerana rakyat Kedah sudah terlalu muak dan jelak dengan pemimpin UMNO Kedah.
Oleh itu, Ustaz Azizan tidak perlu mengugut untuk mendedahkan nama mereka yang terlibat dalam masalah ini dan sebaliknya terus saja dedahkan kerana tiada siapa yang akan menghalang.
Dedahkan saja nama pemimpin BN yang korup agar tindakan dapat diambil terhadap mereka sekali gus membantu pusat mengambil langkah menggantikan mereka dengan personaliti yang lebih baik, lebih layak dan lebih bijak untuk merampas balik Kedah.
Di masa yang sama, Ustaz Azizan tidak harus merasakan yang penjelasannya berkenaan tariff air yang naik mendadak sehingga 27% itu sebagai memadai dan memaksa rakyat Kedah menerimanya bulat-bulat tanpa soal dan tanpa keluhan.
Jangan berharap bahawa hanya dengan menyalahkan BN maka rakyat akan merasa tenang kembali.
Rakyat Kedah mungkin percaya yang kerajaan BN sebelum ini korup dan mengamalkan kronisme, kerana itulah mereka menolak BN dalam pilihanraya yang lepas.
Tetapi, rakyat Kedah juga mengharapkan kerajaan PAS mampu memperbetulkan dan memberi lebih keyakinan dan keselesaan kepada mereka berbanding BN yang dikatakan korup itu.
Persoalannya, jika memilih BN yang korup bermakna tariff air kekal, tetapi memilih PAS yang tidak korup bermakna perlu menambah beban harga air, maka bukankah lebih baik bagi rakyat memilih BN sahaja?
Jika memilih BN yang korup bermakna sampah boleh dibuang dengan sempurna, tetapi memilih PAS yang konon tidak korup bermakna Alor Setar diselubungi sampah, bukankah lebih baik memilih BN saja?
Begitulah juga dengan isu-isu yang lain.
Inilah logik mudah pemikiran rakyat jika Ustaz Azizan masih gagal memahami mereka.
Rakyat melihat Ustaz Azizan sebagai pemimpin yang walaupun bersih, tetapi lemah dan kurang bijak.
Jika kerajaan dahulu berhutang, dan kerajaan Ustaz Azizan perlu membayar, seboleh-bolehnya janganlah pula meletakkan bebanan membayar hutang itu di bahu rakyat. Ustaz Azizan perlu lebih pro-aktif dan kreatif dalam menjana pendapatan negeri Kedah.
Setelah 3 tahun memerintah Ustaz Azizan seharusnya sudah berupaya mengetengahkan idea baru dan bernas untuk menjana pendapatan Kedah dan menyelesaikan semua masalah. Ustaz Azizan harus berhenti menyanyi lagu yang sama iaitu ‘salah kerajaan terdahulu’.
Sesiapa sahaja yang bercita-cita ingin menjadi pemimpin seharusnya sudah punya idea tentang apa yang perlu dan akan dilakukan jika dia menjadi pemimpin, sebelum mengorak langkah berjuang untuk mencapai cita-cita tersebut.
Contohnya, negarawan ulung kita, Tun Dr. Mahathir telah lama menyimpan idea di dalam fikirannya tentang apa yang akan dilakukan jika beliau menjadi Perdana Menteri. Beliau terlebih dahulu mencongak, meneliti, menganalisa dan mengkaji idea-ideanya sebelum mengambil langkah menuju takhta tersebut.
Oleh kerana itulah maka dalam hanya beberapa bulan beliau menduduki takhta Perdana Menteri, beliau sudah bersedia mengemukakan idea-idea bernas lengkap dengan perancangan perlaksanaan yang rapi tanpa ragu-ragu lagi.
Apa yang berlaku di Kedah, membuktikan yang kepimpinan Ustaz Azizan atau PAS adalah kepimpinan yang tidak pernah bersedia. PAS selama ini berjuang tanpa tujuan dan tanpa arah kecuali untuk mendapat kuasa. Mereka tidak pernah berniat untuk membawa rakyat dan negara ke mana-mana. Manifesto mereka kosong belaka, tidak praktikal dan tidak logik kerana tidak pernah dikaji dengan teliti dan hanya mengumumkannya mengikut suka hati.
Lalu, apabila kuasa tiba-tiba berada di tangan mereka, mereka buntu sepenuhnya.
Hari ini Ustaz Azizan baru saja tersedar betapa banyaknya perkara yang tidak diketahuinya di dalam dunia ini. Betapa kecilnya dirinya di dunia yang fana ini.
Selama ini beliau seperti juga pemimpin-pemimpin PAS yang lain begitu riak konon mereka sebagai Ulama, tahu segala-galanya. Mereka baru menyedari bahawa sebagai pemimpin, kesejahteraan rakyat berada di tangan mereka. Untuk memastikan rakyat terjaga, mereka perlu tahu selok belok ekonomi, sosial, asas perniagaan, perundangan dan berbagai lagi agar tidak dimanipulasi atau ditipu oleh penasihat atau kroni sendiri.
Bagi Ustaz Azizan, sedarlah bahawa zaman keseronokan mengutuk Barisan Nasional dan UMNO telah berlalu baginya. Sekarang ini adalah zaman di mana beliau perlu menunjukkan yang beliau adalah jauh lebih baik dan bijak dari BN yang dikutuknya. Jika asyik memberi jawapan standard dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan berkesan, beliau pasti menjadi sasaran kutukan juga.
Sumber Kedah Times
P/s: Dulu dok kata UMNO/BN tak betui.. lanih?? Hangpa ni betui sangat ka??
Mctheory:
Cakap memang senang, main sembur ja..
Selasa, 5 Oktober 2010
RAKYAT KEDAH SUDAH MULA MENUNJUKKAN KEMARAHAN!!
Mc dapat email dari pembaca yang berikan Mc gambar banner ni, banner ni digantung kat traffic light tengah Pekan Padang Serai. Bannernya bertulis tulisan tangan,
“Ayaq Paip Besi - Harga Serupa PEPSI. SADA = Syarikat Ayaq Datuk Azizan. Awat Lagu Tuuu”
Dengar kata rakyat Kedah sudah mula mengamuk (termasuk orang Pas sendiri) dengan kenaikkan harga air sebanyak 27% ni. Ramai yang tak puashati dengan keputusan kerajaan negeri naikkan tarif air. Sudah la air naik, tapi kualiti kebersihan air tu, dok macam tu la jugak.
Rasanya kenaikkan tarif air ni, bukan dari arahan pusat, tapi atas kelemahan kerajaan negeri sendiri.
Pada rakyat negeri Kedah yang tak puas hati dengan keputusan ini dan ada pendedahan mengenai salahlaku kerajaan Pas Kedah, sila emailkan kepada Mc ke Mctheory@yahoo.com
P/s: Mai sama-sama kita boh depa sampai lemaih...
Mctheory:
UMNO Kedah masanya sudah tiba, bola gantung banyak ni, tibai la apa lagi!!
Jumaat, 6 Ogos 2010
SELANGOR DARUL 'KONTANG' KHALID MASIH ENGGAN MENGALAH!
Krisis air di Selangor? Khalid kata air boleh tahan sampai 2019? Mana satu yang betul ni? Baca la dulu.
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengalu-alukan tawaran dan kesanggupan Pahang untuk membina loji rawatan air bersih bagi Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) seperti yang diumumkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kelmarin.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor tetap dengan pendirian bahawa PPAMPS yang dianggarkan berharga lebih RM8 bilion ini tidak perlu dibina secara terburu-buru kerana yakin bekalan air di negeri itu mencukupi sehingga 2019.
“Projek penyaluran air mentah antara dua negeri ini juga sepatutnya boleh ditangguhkan buat sementara waktu sehingga proses penstrukturan semula industri air di Selangor selesai dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di sini semalam.
Beliau berkata, Kerajaan Selangor sangat yakin penangguhan sementara pelaksanaan projek itu tidak akan menjejaskan bekalan air kerana kajian yang dilakukan mendapati bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019.
Katanya, Kerajaan Selangor juga sedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk mencari sumber alternatif lain yang tidak memerlukan kos tinggi seperti memproses air hujan, sumber air bawah tanah dan paling utama mengadakan langkah-langkah untuk menurunkan lagi kadar air tidak membawa hasil (NRW).
“Kerajaan Pakatan Rakyat kesal dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang sengaja menggunakan isu krisis bekalan air sebagai tekanan kepada Selangor supaya menerima pelan penstrukturan semula industri air yang dicadangkan Persekutuan,” katanya.
Abdul Khalid berkata, rundingan untuk mengambil alih industri air ini akan terus dilakukan walaupun banyak
halangan dikenakan kerana Kerajaan Selangor berpegang kepada prinsip bahawa air adalah hak rakyat dan perlu dikembalikan kepada rakyat.
Kelmarin, Adnan berkata, Pahang boleh membina loji berkenaan di kawasan yang sesuai di sempadan Pahang-Selangor.
“Kalau Selangor tidak mahu buat loji rawatan air di sebelah negerinya, kita sanggup buat di negeri kita, iaitu bersempadan Selangor.
“Kita tiada masalah, kita boleh rawat air dan Selangor kena belilah (air), kalau tak nak beli sekarang, tahun 2014 dia kena beli juga,” katanya. - Sinar Harian
Agaknya Khalid sudah lupa bahawa Selangor pernah menghadapi krisis air paling teruk dulu, klik Sini. Krisis air pada tahun 1997 – 1999 sehingga memaksa 1.8 juta penduduk di Lembah Klang menghadapi catuan bekalan air. Pada ketika itu, paras air di Empangan Semenyih hampir mencecah paras kritikal iaitu merosot kepada 99.50 meter pada 10 April 1998 dan 90.51 meter pada 9 April 1998 berbanding paras bahaya 95.60 meter.
Ditakuti strategi mengsabotaj nama kerajaan pusat yang dimainkan oleh pembangkang ini akan menyebabkan krisis air 1999 itu berulang kembali dan rakyat Selangor teraniaya sekali lagi. Lagi satu, kos pembinaan loji rawatan air bersih sebanyak rm8 billion, menjadi masalah utama kepada Khalid. Selangor sekarang mana ada duit lagi, sebab itu habis pasir Selangor dia korek. Kalau buat loji ni lagi, Alamat lagi besar la lubang kat Selangor ni.
Tapi Khalid tak sedar, krisis air bukan main-main. Ia adalah sumber keperluan bagi setiap penduduk Selangor. Sekarang pun, air di Selangor kadang kala bermasalah. Cuba fikir apa akan jadi pada Selangor jika isu air tak diselesaikan dan tidak mendapat bantuan dari pahang? klik sini, kajian menyeluruh sudah dibuat!.
MctHeory:
Jimat duit dulu beb! Air habis lambat lagi. Ini kerajaan Pusat sengaja main jahat ni, Nanti-nanti ok la tu! Betul tak khalid!

Jumaat, 30 Julai 2010
ISU AIR SELANGOR: KHALID GAGAP TALAM DUA MUKA!

Belum habis cerita pasir dicuri rakyat Selangor berdepan satu lagi masalah besar yang bakal menimpa andai tiada jalan penyelesaian.Isu air adalah antara isu yang harus diberi tumpuan oleh rakyat Selangor kerana kita akan dikenakan catuan air sekiranya Khalid Lembu ini masih bertegas untuk menjadi kuda tunggangan DAP.Kenapa aku cakap begitu kerana keengganan beliau meluluskan tapak loji rawatan air di Langat.
Hasil kajian daripada Sumber Air Negara pada tahun 2000, Selangor akan menghadapi masalah air pada 2014 dan tindakan telah diambil dengan melaksanakan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor PPAMPS.Malangnya MB Lembu dengan dinasihati oleh keparat-keparat CINA DAP didalam majlis Exco masih cuba bermain tarik tali untuk mengagalkan projek ini.Apabila projek ini gagal, ianya akan menjadi salah satu senjata mereka untuk memburukkan kepimpinan kerajaan sekarang pada PRU akan datang.
Projek dah bermula pada Jun 2009 melalui 4 peringkat iaitu pembinaan terowong bawah tanah utk menyalurkan air, pembinaan Empangan Kelau, pembinaan muka sauk Semantan dan pembinaan saluran paip Semantan.Malangnya si Lembu Menteri Besar kesayangan PKR Selangor telah mengangguhkan permohonan untuk lot-lot tanah, kebenaran membina paip dan tangki takungan dan permit untuk menjalankan kerja2 hutan simpan.
Ketua Setiausaha Kementerian Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Halim Man menjelaskan bahawa andai projek ini tidak disiapkan atau tertangguh, penduduk Lembah Kelang akan menghadapi masalah kekurangn bekalan air yang serius dan tindakan mencatu mungkin terpaksa dibuat.
Apa yang peliknya, projek ini dibiayai oleh kerajaan pusat tanpa perlu kerajaan Lembu Gagap mengeluarkan sebarang kos tambahan.Adakah mereka cuba menjadikan projek PPSMPS ini sebagai kambing hitam memburukkan kerajaan persekutuan ketika PRU nanti.Kalau betul anggapan aku ini, rakyat Selangor perlu berfikir panjang apakah nasib kita pada 2014 nanti.
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor DS Noh Omar melalui blognya KLIK SINI, mencabar Khalid Lembu mengemukakan bukti adanya konsultant yang menasihati beliau bahawa Selangor tidak akan menghadapi sebarang masalah air pada 2014.Aku harap Si Lembu Gagap ini dapat menjelaskan apa nasihat yang dia dapat daripada konsultant tersebut.
Kerajaan Persekutuan dah buat kajian melalui Sumber Air Negara,sama-sama kita tunggu apa kajian yang dibuat oleh Kerajaan Selangor dan melalui konsultant mana.Jangan melantik orang DAP jadi konsultant kerana kita tahu perancangan mereka terhdap orang-orang Melayu.Sekiranya kawasan-kawasan bandar dicatu bekalan air, orang Melayu akan berpindah ke kawasan kampung dan perancangan mereka untuk menguasai kawasan-kawasan parlimen dibandar-bandar akan menjadi lebih senang.Apa yang akan jadi kiranya DAP menguasai parlimen? Perdana Menteri bukan lagi Najib Razak, bukan lagi Ulamak Selipar, bukan lagi Si Peliwat Tegar tetapi Si Khalifah Junjungan PAS Saidina Lim Guan Eng..Fikir-fikirkanlah
Sumber Kita Gempur
MctHeory:
Dimana ada Pakatan, disitu rakyat merempat! Betul betul betul!~
Langgan:
Catatan (Atom)