Sabtu, 6 Februari 2010

KES NASIR SAFIR! REALITI ATAU FANTASI?


Mc cuma nak mengulas mengenai Nasir Safir, Pegawai Khas PM. Adakah betul beliau berkata demikian dengan niat atau beliau dah jauh melalut hingga tidak sedar beliau telah kecil hatikan kaum lain. Bagi yang tidak pernah dengar tentang apa yang beliau katakan semasa berucap. Jangan main pandai sembur je kata beliau menghasut atau anti kaum lain. Bagi Mc, Nasir hanya menegur sebilangan kaum yang agak aggresif bila kerajaan hendak buat perubahan kepada kaum mereka.

Beliau juga menegur dengan baik dan tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan sesiapa. Cuma beliau beri pandangan beliau sendiri.

Cuba baca kenyataan dari Mstar Online,

KUALA LUMPUR: Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar akan melepaskan jawatannya berikutan dakwaan yang mengatakan beliau telah mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dalam satu forum di Melaka awal pagi ini.

Bagaimanapun satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri lewat petang ini menyebut, komen yang dibuat oleh Nasir ketika berucap pada majlis itu tidak sama sekali dalam apa keadaan sekalipun mencerminkan pandangan Perdana Menteri.

"Datuk Nasir sendiri tidak pernah terniat untuk membuat sebarang kenyataan atau komen-komen yang bersifat menghina.

"Sebaliknya, beliau telah bercakap secara panjang lebar mengenai sumbangan yang telah dibuat oleh semua kaum dalam membangunkan negara ini.

"Bagaimanapun, Datuk Nasir ingin memohon maaf sekiranya terdapat komen beliau yang menyinggung," kata kenyataan tersebut.
sambung baca disini-Mstar Online.

Jangan kerana Malaysiakini dan Harakah laporkan benda pelik-pelik mengenai kes ini, semua orang percaya. Mc sendiri pun pelik, kenapa si Nasir ni boleh buat ucapan anti perkauman pula. Sedangkan beliau seorang pegawai khas PM. Tidakkah beliau sedar akan ucapanya itu bakal menguriskan hati kaum lain? ataupun laporan dari media tertentu yang memusingkan cerita sehingga menjadi sensasi.

Mungkin beliau ada menyebut mengenai benda yang sensitif tetapi kita kena kira ucapannya dari mula hingga akhir untuk mengetahui apa yang dimaksudkannya. Apapun Nasir sudah letak jawatan dan minta maaf atas ucapanya itu. Malah ucapannya itu ialah dari dirinya dan tidak mewakili sesiapa.



MctHeory:
Si RPK menyalak mengatakan Nasir ada terlibat dengan kes altantuya? Ada orang percaya RPK lagi ke?

3 ulasan:

pakteh adam berkata...

Tuan,

Kalau di P Pinang, Zahrin, Tan Tee Beng menghentam LGE kononnya berdasarkan ketidakpuasan hati mereka terhadap perkara yang melibatkan pribadi dan juga konsistensi, Safir pula mungkin melepaskan nya dikhalayak ramai agar segala perkara berhubung dengan diri dan perkara yang melibatkan melayu dan islam yang mungkin cuba dibisikkan kepada DSN tidak didengar atau dipandang remeh. Saya juga secara pribadi merasakan DSN melancarkan pembaharuan nya dengan tidak mengambil berat sentiviti orang Melayu. Mungkin DSN ada cara tersendiri, tetapi naluri saya merasakan beliau ingin membuatnya dengan malalui jalan pintas.
Tidak ada jalan pintas. DSN pernah mempraktikkan teorinya semasa beliau menerajui Kementerian PElajaran. Semasa beliau, guru guru di di kembirikan, dan hasilnya lihatlah tahap displin anak anak sekarang.
Satu malaysia, diatas kertasnya memang cantik dan ideal. TEtapi realitinya adakah MElayu boleh menerimanya dengan membawa minda tahaun 2010 mereka ke zaman Tunku abdul Rahman, dimana beliau memperjudikan hak keturunan MElayu, hanya kerana semata mata untuk mencapai kemerdekaan yang yang memangnya tidak berdasarkan darah, tetapi penjualan maruah bangsa. Naluri saya menyatakan sejak dahulu lagi kepimpinan Melayu tidak pernah aman daripada tektik ugutan dan jual beli daripada kaum pendatang.

Tun M, menyedari hal ini lebih 50 tahun yang lalu. Ini diperjelaskan dengan dasar affirmative nya selama 22 tahun. Kita selesa dan aman.

Tetapi, hasil daripada PRU 12, saya sebagai MElayu, tersentak dengan kelakuan mereka yang saya sangka sebagai sahabat, ternyata mempunyai agenda gelap yang sekarang menjadi rahsia umum.

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, kawan rasa ada kebenarannya Datuk Nasir Safir meluahkan kenyataan demikian, tetapi kerana dia orang Melayu, maka isu ini diperbesar-besarkan, kerana apa ?

Kerana kuasa Melayu sudah mula tmpul taringnya, bila ada Melayu-Melayu yang sanggup juala agama, jual bangsa untuk kuasa dan jawatan....

Lihatlah bagaimana komunis DAP jadikan sebahagian Melayu dalam PKR lebih teruk dari 'anjing'.....

Tak sedar lagi...

Dulu, buku 'Malay Delima' tulisan Tn Mahathir di haramkan, tetapi hsilnya martabat Melayu terbela sehingga sekarang ramai Melayu maju, membangun dari hasil perjuangan UMNO..... kini Melayu yang dibangunkan UMNO juga yang menjadi dalang untuk meruntuhkan kuasa Melayu kerana kuasa dan jawatan.....

Kawan 300% menyokong kenyataan Datuk Nasir Safar.........

Tanpa Nama berkata...

Bila melayu tegur kaum lain. melayu dipanggil rasis! bila kaum lain pertikaikan hak melayu, itu dipanggil hak! adil kah begini?

din kajang!