Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Nasir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasir. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Februari 2010

KES NASIR SAFIR! REALITI ATAU FANTASI?


Mc cuma nak mengulas mengenai Nasir Safir, Pegawai Khas PM. Adakah betul beliau berkata demikian dengan niat atau beliau dah jauh melalut hingga tidak sedar beliau telah kecil hatikan kaum lain. Bagi yang tidak pernah dengar tentang apa yang beliau katakan semasa berucap. Jangan main pandai sembur je kata beliau menghasut atau anti kaum lain. Bagi Mc, Nasir hanya menegur sebilangan kaum yang agak aggresif bila kerajaan hendak buat perubahan kepada kaum mereka.

Beliau juga menegur dengan baik dan tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan sesiapa. Cuma beliau beri pandangan beliau sendiri.

Cuba baca kenyataan dari Mstar Online,

KUALA LUMPUR: Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar akan melepaskan jawatannya berikutan dakwaan yang mengatakan beliau telah mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dalam satu forum di Melaka awal pagi ini.

Bagaimanapun satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri lewat petang ini menyebut, komen yang dibuat oleh Nasir ketika berucap pada majlis itu tidak sama sekali dalam apa keadaan sekalipun mencerminkan pandangan Perdana Menteri.

"Datuk Nasir sendiri tidak pernah terniat untuk membuat sebarang kenyataan atau komen-komen yang bersifat menghina.

"Sebaliknya, beliau telah bercakap secara panjang lebar mengenai sumbangan yang telah dibuat oleh semua kaum dalam membangunkan negara ini.

"Bagaimanapun, Datuk Nasir ingin memohon maaf sekiranya terdapat komen beliau yang menyinggung," kata kenyataan tersebut.
sambung baca disini-Mstar Online.

Jangan kerana Malaysiakini dan Harakah laporkan benda pelik-pelik mengenai kes ini, semua orang percaya. Mc sendiri pun pelik, kenapa si Nasir ni boleh buat ucapan anti perkauman pula. Sedangkan beliau seorang pegawai khas PM. Tidakkah beliau sedar akan ucapanya itu bakal menguriskan hati kaum lain? ataupun laporan dari media tertentu yang memusingkan cerita sehingga menjadi sensasi.

Mungkin beliau ada menyebut mengenai benda yang sensitif tetapi kita kena kira ucapannya dari mula hingga akhir untuk mengetahui apa yang dimaksudkannya. Apapun Nasir sudah letak jawatan dan minta maaf atas ucapanya itu. Malah ucapannya itu ialah dari dirinya dan tidak mewakili sesiapa.



MctHeory:
Si RPK menyalak mengatakan Nasir ada terlibat dengan kes altantuya? Ada orang percaya RPK lagi ke?