Memaparkan catatan dengan label bn kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bn kelantan. Papar semua catatan
Isnin, 17 Jun 2013
PANASS!! BN Kelantan Supply Dadah Untuk Tarik Undi?
Tindakan penyokong kerajaan negeri Kelantan menuduh Umno dan Barisan Nasional (BN) mengamalkan taktik kotor pada pilihan raya umum lalu dengan memberi pil kuda kepada penagih dadah dan arak adalah tohmahan untuk memburuk-burukkan Umno.
Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) berkata tuduhan Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) itu bertujuan supaya rakyat tidak menyokong Umno dan BN.
"Mana mungkin kita mengupah penagih yang terlibat dengan pil kuda untuk menyokong, sedangkan ia musuh kita...kita nak banteras benda ini (ketagihan dadah).
"Sebab itulah saya lihat perkara ini, pemimpin PAS cuba fitnah kita untuk memburukkan memburukkan kita di mata rakyat supaya berterusan tidak menyokong Umno," kepada pemberita sewaktu persidangan DUN berhenti rehat.
Terdahulu, semasa membahaskan titah ucapan Sultan Kelantan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini, Mohd Zaki mendakwa BN telah memberikan pil kuda dan arak kepada petugas parti pada pilihan raya umum ke-13 lepas.
Nozula berkata PAS sengaja membuat tuduhan liar itu bagi memainkan sentimen di kalangan penduduk di negeri ini serta anak-anak muda yang berhijrah ke luar Kelantan untuk terus memberi sokongan kepada mereka.
Sebelum ni tuduh bawa bangla, kali ni tuduh UMNO sokong penagih dadah pula untuk dapat undi. Macam-macam la depa tuduh, sampai tempat kita kalah pun, kita masih ditipu buat kerja jahat. adehh
Sabtu, 5 Mei 2012
GEMPAR!! Nik Aziz Boleh Masuk HOSPITAL Bila Tengok Gambar Ni!! #Pasrabut
Gambar diatas dirakamkan di Program bersama PM di Gua Musang yang dilaporkan telah dihadiri hampir 30,000 orang pagi tadi manakala gambar di bawah semasa Ku Li bersarapan di rumah beliau di Gua Musang bersama-sama Tok Pa.
Aku yakin tatkala puak pencacai melihat kemesraan Ku Li bersama PM dan Tok Pa sepertimana gambar-gambar ini, maka besar kemungkinan punahlah harapan untuk melihat Ku Li menjadi duri dalam daging kepada UMNO dan boleh menjadi aset untuk juak fcukatan.
Isnin, 9 Ogos 2010
SEMAKIN RAMAI YANG KELUAR PAS DI KELANTAN!
Fuuyoo.. bila baca berita ni macam tak percaya pulak. Mc ambil dari blog Kamalfarsya. Ingatkan UMNO Selangor je yang dah mulakan jentera, rupanya UMNO Kelantan pun dah mula bergerak. Siap pasang niat nak ambil balik Kelantan. Bagus la tu, jangan biar N.ajis jadi MB lama-lama kesian dia, dia dah tua. Dah nyanyuk tu..orang tua kena kasi rehat kat rumah, jangan bagi banyak buat kerja. Suruh dia jaga anak dan cucu je nanti ye. he he he. .
Seramai 194 ahli Pas dari sini mengambil keputusan menyertai UMNO kerana terkilan dengan sikap pemimpin parti itu yang didakwa gagal membawa perubahan selain enggan berjuang untuk penyatuan orang Melayu di negara ini.
Mereka merupakan ahli Pas di tiga kampung di Pengkalan Chepa dekat sini iaitu Kampung Tukang Dollah, Kampung Pantai Cahaya Bulan dan Kampung Tok Betek.
Ketiga-tiga kampung tersebut sebelum ini mendapat gelaran ‘kawasan hijau’ berikutan sokongan fanatik penduduknya kepada Pas.
Kesemua ahli Pas terbabit menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sempena ceramah ‘Selamat Tinggal Pas’ yang dihadiri lebih 2,000 penduduk di Kampung Tukang Dollah di sini malam tadi.
Turut menyampaikan ceramah ialah Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin dan Mudir Pondok Pok Krau Tumpat, Mohammed Zainal Abidin.
Mustapa dalam ucapannya mengisytiharkan gerakan untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) merampas kembali Kelantan pada pilihan raya umum akan datang. - sambung baca sini.
Meraka yang menyertai UMNO ni disebabkan rasa tidak puashati mereka terhadap pemimpin setempat. Pemimpin Pas langsung tidak menjenguk mereka. Malah jika mereka melaporkan ada masalah mengenai penduduk. Pemimpin Pas langsung tidak memberi bantuan, malah tiada tindakan yang diambil. Namun apabila penduduk melaporkan kepada UMNO cawangan, dengan sepantas kilat, masalah diselesaikan.
Jadi apa perlunya mereka masih menyokong Pas?
P/s: Betul ke UMNO Kelantan buat kerja? Ishh.. macam tak percaya pun ada. he he he.
MctHeory:
N.ajis jadi MB Kelantan sampai bersawang dah. Sebab tu dia terlalu ego dan bongkak. Hantar dia balik rumah nanti. Kasi pencen!
Langgan:
Catatan (Atom)


