Sponsor

Memaparkan catatan dengan label daftar umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label daftar umno. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Oktober 2013

HOT! UMNO Hanya Untuk Orang Tak Pandai? #PemilihanUMNO


Dah lama Mc bersuara mengenai pendaftaran baru ahli UMNO. Ramai yang komplen kata susah sangat nak daftar UMNO ni..

Betul ke?

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyarankan agar proses pendaftaran anggota baharu parti itu dipermudah memandangkan ada yang mendakwa proses sedia ada agak sukar.

"Proses mendaftarkan anggota masih dibelenggu dengan macam-macam masalah. Saya terima rungutan golongan profesional muda yang sudahpun berminat untuk menyertai Umno, tetapi ada yang kata pada saya sudah tiga hingga empat kali hantar borang, tapi borang hilang.

"Saya faham masalah ini sebab saya juga dulu jadi mangsa kepada masalah seperti ini dan yang merugikan kita ialah mereka ini begitu terbuka diterima oleh parti-parti pembangkang," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Sepetang Bersama Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata seharusnya proses pendaftaran anggota baharu tidak wajar dirumitkan sejajar dengan konsep Umno sebagai sebuah parti yang inklusif.

Betul kata calon Naib Presiden kita ni. Jangan la rumitkan pendaftaran, just check kewarganegaraan, pernah jadi ahli parti lain tak, pernah kena tindakan disiplin atau pernah dibuang parti ke tak, rasanya dah cukup kot.

Bagi la peluang profesional muda masuk ke dalam parti. Ada sesetengah bahagian, depa takut profesional masuk, sebab takut nanti nak lawan depa pulak. Tu yang macam-macam alasan depa bagi supaya ahli baru profesional tak boleh daftar.

Depa macam tak suka pula orang bijak pandai masuk dalam UMNO ni. Apa UMNO untuk orang yang tak pandai kah? Atau ada sebab lain?

Sebenarnya macam-macam alasan ada, saja Mc malas nak tulis, buat malu kat orang bukan parti baca. Tapi itulah sebenarnya yang terjadi dalam UMNO ni. Semangat kepartian hampir pudar, tapi semangat keJAWATANan dan semangat nak KAYAkan diri yang lebih.

Oklah.. daripada Mc mengarut lebih jauh, lebih baik kita teliti dan fikirkan saranan dari Dato Mukhriz tuu.. ok.


McTheory:
Makin tekanan dengan orang dalam UMNO lanie..