Memaparkan catatan dengan label info kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info kedah. Papar semua catatan
Sabtu, 13 September 2014
INFO!! Akhbar Popular UK Kagum Pentadbiran Kedah.. #KedahSerataRata
Tulisan akhbar luar mengenai negeri Kedah dan pentadbiran kerajaannya dibawah pimpinan Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir.
Akhbar ini dari U.K bukan Ulu Kelang, tapi United Kingdom. Antara akhbar yang popular dan mempunyai pembaca harian sekitar 1.3juta orang.
Jika orang luar pun kagum, kenapa tidak kita?
Sumber: Daily Telegraph
Rabu, 11 Disember 2013
INFO! Minyak dan Gas Bakal Jadi Sumber Pendapatan Kedah?
SUNGAI PETANI - Kerajaan Kedah menimbang dengan serius cadangan untuk melaksanakan semula projek industri minyak dan gas (O&G) selepas tertangguh beberapa kali sejak 1997.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata usaha proaktif sedang dilaksanakan bagi mempelawa peserta dalam sektor itu mengemukakan kertas konsep untuk dinilai oleh kerajaan negeri.
Katanya beliau optimis sektor minyak dan gas menjanjikan pulangan besar kepada negeri dan negara umumnya.
"Melihat perkembangan geopolitik di rantau ini, industri O&G perlu diberi perhatian walaupun Kedah tidak terkenal dalam industri ini, namun pasaran masa depan industri ini agak besar.
"Di timur ada China, Jepun dan Korea Selatan manakala di barat ada India yang memerlukan minyak atau bekalan tenaga dalam jumlah besar. Kita pula boleh dapat bekalan untuk diproses dari negara yang tidak menghadapi sekatan kuasa besar," kata Mukhriz.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari bersama Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) Cawangan Kedah, di sini Selasa.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Negeri, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Md Zain dan Naib Presiden FMM, Datuk Raja Abd Aziz Raja Muda Musa.
Mukhriz berkata Kedah mempunyai kelebihan untuk membuka zon industri penapisan minyak kerana lokasinya yang strategik di bahagian utara Selat Melaka yang memudahkan kapal-kapal mengangkut bekalan minyak ke pasaran ketiga.
"Kali ini kita teliti kertas-kertas konsep yang dikemukakan dahulu berikutan projek tersebut tertangguh beberapa kali kerana pelbagai masalah. Semuanya kita perincikan supaya tidak tersilap buat keputusan," tambahnya.
Barisan Nasional (BN) pada 2007 mengumumkan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY), menyasarkan keuntungan sebanyak RM400 juta setahun dalam bentuk cukai dari projek itu yang dijadual siap pada 2014 dan menawarkan pekerjaan kepada kira-kira 30,000 orang mengikut perancangan awal.
Bagaimanapun selepas BN tewas dalam pilihan raya umum 2008, Pas yang memerintah menukarnya kepada projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) dengan menjadikan projek penapisan minyak di laut yang ditambak di Sungai Limau, Yan.
Projek itu juga gagal berikutan berlaku pertelingkahan perjanjian antara kerajaan negeri dengan pelabur dan juga kekangan lain khususnya kewangan.
Semasa berucap pada majlis itu, Mukhriz berkata kerajaan negeri mempunyai perancangan padu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Kedah berjalan rancak dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata antara usaha bakal dilaksanakan adalah mewujudkan bandar baharu berkonsepkan sains dan teknologi di Bukit Kayu Hitam dan bandar industri getah di Padang Terap untuk menarik pelabur meneroka teknoloji berasaskan getah. - BERNAMA
Selasa, 1 Oktober 2013
INFO! Lagi Mangsa Keracunan Makanan Meninggal Dunia! #KedahAmanMakmur
![]() |
| keluarga mangsa menunggu pesakit |
Petang tadi, seorang lagi mangsa keracunan disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani menjadikan mangsa keempat meninggal dunia akibat kejadian itu.
Mangsa, seorang nelayan, Wan Razali Wan Yaacob, 56, dari Kampung Banggol, Belau, Merbok dikatakan mula berasa sakit pada jam 4 pagi Ahad lalu selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah kawannya jam 6 petang hari sebelumnya.
Adik mangsa, Roslinda Ibrahim, 35, berkata, pada mulanya keluarga menjangkakan ia hanya sakit perut biasa dan tidak menyangka akan membawa mudarat.
“Abang dibawa ke hospital jam 4 petang Ahad setelah mendapati keadaannya yang agak serius, ketika itu kami belum tahu dia sakit akibat dari makanan itu kerana belum ramai yang dikesan,” katanya kepada pemberita.
Menurutnya, keadaan mangsa semakin teruk apabila dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.
“Ketika itu doktor mengesahkan organ dalaman termasuk buah pinggang, hati dan paru-paru sudah mengalami kesan akibat jangkitan bakteria yang merebak dengan cepat,” katanya.
Menurutnya, selepas itu, keluarga dimaklumkan doktor bahawa keadaan jantung mangsa semakin lemah dan tekanan darah pula tidak stabil sehinggalah Wan Razali disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi.
Roslinda berkata, abangnya turut mempunyai majlis kenduri di lokasi lain pada hari kejadian menyebabkan dia agak terlewat ke rumah kawannya itu di Kampung Huma pada lewat petang.
Mengikut kajian doktor yang merawat semua pesakit yang keracunan makan. Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.
Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.
“Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik,” katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.
Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.
“Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella,” katanya.
Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.
“Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.
Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam.
Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.
Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.
Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.
Jumaat, 24 Mei 2013
HOT INFO! Tempat Peranginan Maut Di tutup!! #HanyaDiKedah
![]() |
| Kakitangan kesihatan menyembur racun.. |
Baling: Pusat Peranginan Lata Bayu, Asam Jawa, di sini, ditutup sementara bermula hari ini kerana disyaki tercemar virus kencing tikus (leptospirosis) yang dipercayai menyebabkan kematian seorang lelaki selepas berkelah di kawasan berkenaan, awal bulan ini.
Semalam, lebih 50 petugas membabitkan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Baling, Majlis Daerah Baling (MDB), Jabatan Perhutanan, Syarikat E-Idaman, pengendali kebersihan pusat peranginan itu dan penduduk kampung, bergotong-royong membersih kawasan yang dikenal pasti sebagai tempat tikus bersarang.
Kerja pembersihan Pegawai Kesihatan Daerah Baling, Dr Delima Kalsom Abdul Wahab, berkata kawasan itu terpaksa ditutup sementara kerja pembersihan dijalankan dan ia akan dibuka semula selepas benar-benar selamat dikunjungi.
“Kita terpaksa menutup sementara pusat peranginan itu dan akan membukanya semula selepas mendapat pengesahan dan kebenaran Pengarah Kesihatan Negeri.
“Orang ramai dinasihatkan supaya akur dan tidak berkunjung untuk sementara waktu ke kawasan terbabit kerana dibimbangi akan terkena jangkitan.
“Selain itu, peniaga yang menjalankan perniagaan di situ juga terpaksa menutup gerai mereka buat sementara waktu sehingga keadaan benar-benar selamat,” katanya, di sini, semalam. Berita Harian
Langgan:
Catatan (Atom)



