Sponsor

Memaparkan catatan dengan label jawab hisham. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jawab hisham. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Jun 2011

KASI PANAS!! VIDEO HISHAM KDN TEMBAK HADI AWANG!!


Dato Hisham ni kenapa nak lambat sangat nak bersuara dalam sesuatu hal. Malah kurangnya ketegasan beliau dalam sesuatu hal, membuatkan rakyat tertanya-tanya apa yang beliau rancang untuk mencegah dan menghalang perhimpunan Bersih 2.0.

McTheory:
Kadang-kadang o.k, kadang-kadang k.o

Selasa, 8 Mac 2011

TERKINI!! BLOGGER TUKAR TIUB MENINGGAL??!!



Kasihan Blogger Tukar Tiub.

Terus terang, saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Sebelum wujudnya dunia blog saya kenali beliau kerana seorang yang aktif dalam gerakan pelajar. Saya kesal kerana belum menonton 'magnum opus'nya, Dari Jemapuh ke Manchester. Kata orang, karyanya itu gagal 'connected' dengan penonton tempatan. Maklumlah, beliau terlalu idealist, lama pula duduk di negara omputih.

Beliau dibenarkan pulang ke Malaysia, dan ketika era reformasi sekali sekala nampak kelibat beliau semasa berdemo. Kadang-kadang, saya terbaca tulisannya - dalam Inggeris - dibeberapa majalah. Ketika itu blog belum ada, mungkin  kerana itu beliau memilih media konvesional.

Hishamudin Rais mampu menulis dengan baik, apabila saya membaca tulisannya ketika dia 'waras'. Tulisan 'waras'nya sering diterbitkan dalam Malaysia Kini, kadang-kadang Sun. Di mana-mana dalam tulisannya, masih nampak api kemarahan yanng belum padam. Maklumlah, beliau bekas 'the angry young man' yang sudah tua.

Hishamudin Rais  dilahirkan memberontak. Memberontak kerana beliau dilahirkan. Memberontak kerana dunia beliau tinggal ini tidak sempurna. Memberontak terhadap ketidakadilan sosial. Memberontak terhadap kesenangan insan-insan lain. Memberontak terhadap kesusahan mungkin buatan beliau sendiri. Memberontak terhadap kejayaan orang. Memberontak terhadap kegagalan sendiri. Memberontak tanpa sebab.

 Rebel without a cause.

Dalam kedudukan Alexa blog di Malaysia, beliau sering duduk dibelakang Tranukite, dalam top 5. Ini menunjukkan beliau seorang yang 'berpengaruh'. Dalam negara demokrasi, beliau gunakan apa saja, malah ada gambar lubang anus untuk mengalahkan kerajaan yang beliau benci. Apalagi trademark 'KAH KAH KAH KAH KAH KAH' dan "WOIT'nya.

Berpengaruhkah beliau? Wallahualam.

Beliau sering menggalakkan anak muda - terutama mahasiswa - agar turun ke jalanan memprotes kekejaman kerajaan. Sebagai role model, beliau sendiri gagal. Gagal menjadi seniman ampuh. Gagal menjadi 'Che Guevara'. Gagal menjadi director sehebat Kubrick atau U-wei Shaari. Gagal jadi pemikir yang bernas. Gagal juga sebagai professional agitator seperti Stalin.

Kasihan dia kerana dilahirkan dibumi yang salah dengan masyrakat yang salah. Beliau berbakat, tetapi gagal mengembangkannya kerana terlalu marah. Marah hingga ke tua. Ketawa puas-puas dengan lelucon politik. Habis ketawa nanti mati dan sirna dari masyarakat Melayu.



Kasihan Tukar Tiub.  Tolong jangan berhenti ketawa kerana apabila ketawa terhenti, anda mungkin diketawakan.

sumber Blogenstarz

P/s: bukan meninggalkan yang mati tu, tapi meninggalkan otaknya ditepi jalan untuk dibuang ke tong sampah!!

Mctheory:
Susah cakap dengan orang yang berasa dirinya bagus ni.. spesis gay la katakan!!

Jumaat, 1 Oktober 2010

HISHAM PENIPU HISHAM PENIPU HISHAM GAY TUA!! ha ha ha!!


alahai hishamudin rais..
sian..politik liberalnya makin tak laku.
nak buat gimik..
rambut ikut stail kurt cobain..
tapi sayang sekali tengok macam jenglot yang kena kejutan letrik..
kah kah kah

politik kamu dah membosankan
kamu masih bercerita pasal nostalgia insiden baling
kononnya kamu membela nasib petani miskin mati kelaparan
sedangkan pada hakikatnya
2 anak petani yang mati tu disebabkan demam panas..

politik spin makin tak laku
kononnya cukup hero membela melayu zaman dulu
bila nak kena cekup
hisham rais lari dulu
tinggalkan negara dalam keadaan haru biru
hisham tahu dia sebenarnya penipu

Karya Gap.

P/s: Tahh Mc suka baca.. memang jenglot gay tua.. ha ha ha..

Mctheory:
Patutla tak kawin-kawin, geng main belakang rupanya si Tukar Tiub ni..

Rabu, 9 Disember 2009

Benarkah UMNO memperbodohkan Melayu?

Semalam aku melayari Malaysiakini, aku terbaca sesuatu di ruangan kolum. Mengenai tulisan hishammudin Rais. Salah seorang penulis yang agak terkenal. Penulisannya yang selamba dan tajam selalu di selitkan dengan pesanan dan nasihat. Aku sebenarnya antara peminat tulisan hisham. Aku suka gaya bahasa dan cara selitkan jenaka dan cucuk jarum nasihatnya ke atas pembaca. Cuma, aku tak bersependapat tentang politik. Aliran aku, teori aku dan kefahaman aku jauh berbeza dari hisham. Tulisannya terbaru di Malaysiakini mengundang terbit rasa hati untuk mengulas dan menulis. Hisham betul-betul menunjukkan emosinya terhadap UMNO seolah-olah ada dendam lama yang terpendam sekian lama. Cara kritikkannya, penekanannya, seolah-olah UMNO begitu teruk memperbodohkan orang melayu. Hisham selalu menulis mengenai keburukan UMNO tapi jarang sekali mengulas tentang kebaikkan Pakatan Rakyat dan masa depan Malaysia jika Pakatan ambil alih Malaysia. Jika UMNO begitu hodoh pada pandangannya, apakah tiada satu pun perkara baik yang UMNO lakukan untuk dirinya dari secara langsung dan tidak langsung? Semua kesalahan di tujukan terhadap UMNO dari media, sekolah dan raja. Hormat melayu pada UMNO bukan mitos atau pembohongan. Hormat melayu pada UMNO bukan sebab pembodohan. Hormat melayu pada UMNO di sebabkan jasa dan budi parti keramat ini membela dan memperjuangkan bangsa dari dulu hingga la sekarang. Parti keramat ini jugalah yang melindung orang melayu. Ya. .hisham panggil UMNO utamakan kroni, apakah PKR,PAS malah DAP langsung tak ada kroni? PKR, Anwar ibrahim, terkenal dengan kroni-kroninya, dari dalam UMNO hinggalah keluar. Pas pula, yang terbaru Nik aziz dan menantunya. Dap, Lim Guang Eng dengan Lim kit Siang tu ada hubungan apa? itu boleh di klafikasikan sebagai kroni juga mengapa di hentam UMNO sahaja. Ramai orang melayu yang bijak pandai, melayu bukan bodoh. Cuma ramai melayu dah di perbodohkan oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim yang sangat pandai bermain kata, ramai melayu yang tersangat taksub dengan ulama politik seperti Nik Aziz, Hadi Awang hingga memecah belahkan agama. Mungkin ada salahnya UMNO dalam mentadbir, tapi jangan kita tutup terus kebaikkan yang pernah kita perolehi. Jangan jadi melayu mudah lupa, jangan marahkan nyamuk kelambu di bakar. Jangan kita terlalu leka dengan sumpah dan janji manis Pakatan Rakyat, kerana kita pasti menyesal jika kita menjadi hamba di tanahair kita sendiri. Fikirkanlah. .