Sponsor

Memaparkan catatan dengan label ketum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ketum. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Jun 2014

HOT!! Punca Kenapa Kerajaan Negeri Kedah Haramkan 'Ketum' @MukhrizMahathir #KedahSerataRata


Ada orang marah bila kerajaan negeri Kedah nak haramkan tanaman ketum dan menyokong kerajaan pusat supaya ketum diletakan bawah akta dadah.

Ketum ni ada baik, dan ada buruk. Sama sebijik kesnya macam dadah dalam ubat yang kita dok ambik tu. Jika kita ambil dalam dos atau pengambilan yang betul, ianya jadi ubat. Jika diambil berlebihan dan dicampur dengan bahan-bahan lain, ianya dah jadi LAIN.

Itu yang kerajaan takut, bila ianya disalahguna.

Kenapa dulu boleh sekarang ni tak boleh? Dulu orang-orang tua, atau pekebun, hanya rebus 2,3 helai ambil air minum untuk tambah tenaga. Tu pun dibuang urat-urat yang boleh memabukkan.
Ada yang minum untuk ubat kencing manis.

Tapi sekarang ni, depa bukan nak hilangkan mabuk, tapi tambah lagi bahan lain untuk mabuk dan pening sekali. Malah ada belia dan budak sekolah ketagih minum, seolah-olah ketum dah jadi dadah baru dalam kehidupan orang melayu.

Kesannya pun lebih kurang macam dadah juga. Hingga ada yang tak mampu nak berjalan, meracau tak boleh tidur, gelisah dan lembik terus bila takdak ketum ni. Belum lagi kisah campur dengan ubat nyamuk, ubat batuk dan bahan-bahan lain yang terlarang.

Sebab tu kerajaan negeri mahu kuatkuasakan akta dan mahu ianya dicegah sebelum parah. Sebab yang buruk lagi banyak dari baik.


Sekarang ni dikampung-kampung ada yang sanggup buang tanaman lain dan tanam pokok ketum hingga 7 atau 8 ekar. Sebab permintaan ketum tinggi. Kalau yang beli untuk kesihatan dan buat kerja takpa.

Ini yang beli, untuk mabuk dan pening sebab campur macam-macam.

Punca dari sinilah yang kerajaan harus bertindak. Sebab kalau tak bertindak dan ianya kritikal. orang akan salahkan kerajaan juga.

Baik bertindak awal, sebelum ia parah.

Dengan ini aku menyokong tindakan kerajaan yang mahu mencegah, merampas dan menyokong ketum diletak bawah akta dadah. Jika perlu, buat satu sijil pelepasan dari hospital yang orang ini dibenarkan ambil air ketum dalam kuantiti yang dibenarkan.

Boleh macam tu?


Komen-komen yang menyokong kerajaan haramkan ketum.


Video Dato Seri Haji Mukhriz Mahathir mahu ketum dicegah dan dirampas,



Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..

Khamis, 26 Jun 2014

HOT!! Kerajaan Negeri Kedah Tegas Banteras Penyalahgunaan Daun Ketum! @MukhrizMahathir #KedahSerataRata


Dalam Sidang Media YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah selepas mempengerusikan mensyuarat mingguan EXCO Kerajaan Negeri Kedah, YAB MB Kedah menegaskan akan mengambil tindakan tegas merampas tanah yang digunakan untuk buat penanaman pokok ketum.





Sesungguhnya jika Ketum yang tidak disalahguna dan ubahsuai. Ia bagus untuk kesihatan, tapi bila dicampur macam-macam hingga ia memudaratkan. Adalah wajib kerajaan negeri bertindak dan membendung perkara ini dari terus berlaku.


Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..