Sponsor

Memaparkan catatan dengan label mahasiswa pintar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahasiswa pintar. Papar semua catatan

Rabu, 19 September 2012

PANASS!! Ini Contoh Mahasiswa Tulen, Bukan Mahasewel!! #AspirasiMahasiswa


PERUBAHAN
wujud pada tahun 1990-an dimana pada masa itu perlu difikirkan ada kumpulan yang
memperjuangkan aspirasi mahasiswa. Mungkin perkataan ASPIRASI alah kepada pihak
tertentu namun, faktanya aspirasi boleh dibawa maksud keinginan yang kuat. Ketahui sejarah pergerakkan PERUBAHAN.

Inilah
perjuangan seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar iaitu membawa suara
mahasiswa. Seorang MPP seharusnya memperjuangkan idealisme dan apa yang
mahasiswa PERLUKAN dan bukan MAHUKAN. Wujud perbezaan antara kedua-dua maksud
itu. Admin percaya selaku mahasiswa kita mengerti kedua maksud itu.

Mahasiswa
perlu terus memberi mandat pemerintahan MPP kepada mahasiswa PERUBAHAN. Iaitu kumpulan
mahasiswa yang bersama-sama menjulang dan mendukung aspirasi mahasiswa. Mahasiswa
PERUBAHAN bukanlah mahasiswa yang mahukan perpecahan, pergaduhan, peretakan,
kebiadapan, malah kebodohan tetapi apa yang diperjuangkan adalah keadaan
harmoni dan aman dalam kampus supaya mahasiswa berjaya menuntut ilmu dalam
keadaan yang kondusif. Lihat gambar dibawah:


 Demo PTPTN


Demo PTPTN

MENOLAK KEBIADAPAN

Pecah klinik- demo UPSI


Panjat Pagar UPSI


Mahasiswa
PERUBAHAN sebenar alergi pada rusuhan, pecah pintu (Pro M UPM) drama
penculikan (UM), pergaduhan dan sebagainya. Tetapi kami hanya mahukan kampus ini
BEBAS dari idealisme pihak luar. KAMPUS adalah bebas dan pelu sentiasa bebas.

Banyak
yang diperjuangkan oleh MPP PERUBAHAN yang kurang bercakap tetapi kerja
dilakukan, banyak juga yang diperjuangkan oleh Presiden DPP PERUBAHAN
berbanding Presiden yang konon-kononnya bebas. Mahasiswa harus berani bersuara
dan bebas, harus berani berhadapan dengan risiko. Inilah dia yang dimaksudkan
dengan mahasiswa PERUBAHAN. Provokasi murahan bukan mainan kami.

Empat
teras utama perjuangan PERUBAHAN iaitu Patriotik, agama, ilmu dan berkebajikan.
Pemimpin PERUBAHAN tidak akan mencemarkan maruah university dan negaranya,
tidak akan berdemostrasi melaungkan ‘anti UMNO’, ‘anti Najib’ dan sebagainya. Perjuangan
PERUBAHAN mendidik juga untuk kumpulan mahasiswa untuk menjadi seorang yang
beragama, berilmu dan berkebajikan. Perjuangan PERUBAHAN adalah selari dengan
perjuangan ASPIRASI MAHASISWA.

Mari
bersama kami, PERUBAHAN UUM!


Undilah calon PERUBAHAN,
Bersama kita menjadi Wadah Penggerak Mahasiswa!!!
PERUBAHAN!!!
PERUBAHAN!!!
PERUBAHAN!!!
PATRIOTIK || AGAMA||ILMU||KEBAJIKAN

Untuk mengetahui mengenai Aspirasi Mahasiswa UUM sila ke blog Perubahan UUM

PANASS!! Perjuangan Pro Aspirasi Mahasiswa Menentang Pro-Militan di UUM!! #AspirasiMahasiswa



Mulai dari hari ni, hingga ke 25hb September. Mc akan melaporkan kisah apa yang sedang berlaku di dalam UUM. Tahukah anda, setiap IPTA di Malaysia sedang dilanda demam Pilihanraya Kampus. Persaingan diantara Suara Sebenar Mahasiswa, kumpulan Aspirasi Mahasiswa dan Pro-M, iaitu Pro-Militan Pembangkang yang selalu membawa suara sumbang pembangkang dan membuat kerja kotor bagi pihak puak pembangkang didalam kampus.

Sebenarnya, saingan agak sengit di Universiti-Universiti sekitar Lembah Kelang, seperti UM, UKM, UIA dan UiTM. Malah di UPSI tempat Adam 'mahasewel' Adli belajar pun dijangka sengit dengan tentangan dan campur tangan orang luar.

Sebab itu kali ni Mc dan rakan-rakan yang lain memberi tumpuan khusus untuk Pilihanraya kampus untuk kali ini. Malah Mc lebih memberi tumpuan kepada UUM. Universiti di hujung Utara Malaysia. Mc dapat jangkakan saingan agak sengit. Pemegang kuasa pelajar di UUM sekarang ialah pro Aspirasi Mahasiswa, namun Mc diberitahu, Pro-M telah memulakan gerak lebih awal untuk menghasut pelajar.

Apa akan jadi pada Pilihanraya Kampus kali ini, apakah Aspirasi Mahasiswa dapat mengekalkan penguasaannya terhadap pelajar UUM. Atau Pro-M yang berjaya mengalahkan Aspirasi Mahasiswa buat julung-julungnya pada kali ini. Harap-harap jangan la ya!

Untuk mengikuti perkembangan mengenai Pilihanraya Kampus di UUM, Mc beri anda rujukan, anda boleh lawati blog rasmi Aspirasi Mahasiswa UUM, blog Perubahan UUM dan blog Mahasiswa Utara. Bersama-samalah kita memberi perhatian apa yang berlaku didalam kampus Universiti anak-anak kita. Apakah mereka pergi belajar, atau dijadikan boneka untuk perjuangan orang lain.


McTheory:
Aspirasi Mahasiswa menolak perjuangan keras ala militan pembangkang!!

Isnin, 16 April 2012

TUDIAA!! Video Gempak!! Mahasewel VS Mahasiswa!!


Tengok video ni sampai habis dan nilaikan sendiri. Siapa yang anda mahu untuk dijadikan pemimpin negara pada masa depan. Pro-Mahasewel, atau Pro-Aspirasi mahasiswa.

Rosak negara kalau bakal pemimpin macam budak mahasewel ni.

Ahad, 1 April 2012

GEMPAR!! Adam Adli dah Insaf, JOIN AMAN KAMPUS?? #AmanKampus


Terkejut beruk rasanya bila Adam Adli nak turut serta join geng Aman Kampus? Gambar ini telah diubahsuai untuk tujuan humor semata-mata. Serius sangat pun tak boleh juga kan.

Mari kita lihat video seorang mahasiswi UUM yang memegang jawatan Exco Informasi Majlis Perwakilan Pelajar UUM, Saudari Nurul Asmak Ahmad yang jelas menggambarkan ciri-ciri sepatutnya diterapkan dalam diri seorang mahasiswa yang mungkin satu hari nanti bakal menerajui negara ini.


Jumaat, 13 Januari 2012

TUDIAA!! Video Anwar Perli Mahasewel 3 Suku!!

Adam dan Mentor sewelnya..



Syabas Anwarhadi.. ko membuktikan bahawa ramai lagi Mahasiswa yang benar-benar bijak dan berfikiran matang. Bukan seperti golongan mahasewel yang menjerit terlolong tak tentu pasal tu.

Ini baru student.. bukan stupid!