Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pusat tahfiz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pusat tahfiz. Papar semua catatan

Khamis, 20 Februari 2014

HOT! Akhirnya Pusat Tahfiz Amal di Arahkan TUTUP!

notis penutupan

Alhamdulillah, akhirnya Pusat Tahfiz Amal di KM 17, Jalan Yan, Kuala Kedah, Kedah, yang selama ini menganiaya kanak-kanak di bawah jagaannya untuk menjadi peminta sedekah dan mengutip derma. Tambah menyakitkan hati, apabila beberapa laman web termasuk Facebook mendedahkan beberapa keping gambar individu yang didakwa sebagai pengetuanya yang dikenali sebagai Azhar Wahab, sedang berhibur dan hidup mewah hasil kutipan derma yang dilakukan para pelajar.

Notis penutupan seperti di atas telah ditandatangani Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah (JAIK), Datuk Noh Dahya yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12(1) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988. Notis berkuatkuasa serta-merta itu dikeluarkan JAIK sebagai susulan kepada notis bertarikh 1 Januari 2007, selepas JAIK mendapati pusat berkenaan masih menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini mengesahkan pusat tahfiz tersebut bernaung di bawah ajaran Azhar Wahab atau ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat. - Blog CTS

Nak kenal dengan pengetua Tahfiz tu? Boleh tengok kat bawah ni,



Kanak-kanak tahfiz dijadikan peminta sedekah, jual barang dari pagi sampai ke malam. Tapi pengetua tahfiz rumah besar, kereta besar, bini muda ada 3 orang. Siap buat album sendiri, walaupun jual tak laku. Macam ni contoh pengetua Tahfiz ke?

McTheory:
Alhamdullilah..akhirnya tutup juga pusat tahfiz tu..

Isnin, 13 Ogos 2012

PANASS!! Penyelewengan Pusat Tahfiz Dan Memperdagangkan Orang Tua!!


Sebelum ni taktik mengutip derma untuk sebuah sekolah tahfiz di Yan Kedah membabitkan pelajarnya sendiri..Kali ini mereka menukar modus operandi dengan memperdayakan golongan emas untuk mendapatkan wang..

MTK dah banyak kali dengar tentang ini. Malah MTK sendiri pernah didatangi pelajar pelajar yang menjalankan aktiviti mereka di stesen stesen minyak di Kuala Lumpur..Malah, ada yang sampai ke Johor.Bila lihat pada barangan yang mereka bawa semuanya tertulis pusat tahfiz yang sama di Yan Kedah..

Dari cerita sebenar yang MTK dapat, pusat tahfiz ni sepatutnya berdaftar dengan pejabat agama supaya dapat disalurkan bantuan kepada mereka.Tetapi pihak pengurusan tidak berbuat demikian kerana wang yang diperuntukkan tak sebanyak yang mereka perolehi dari aktiviti ini..Mereka lebih suka memperdagangkan pelajar pelajar mereka untuk kepentingan sendiri..

Beberapa tahun lalu 5 pelajar terbunuh apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke Kedah selepas menjalankan aktiviti mengutip derma di Lembah Klang..Lebih menyedihkan mereka yang terbunuh berusia diantara 12 hingga 15 tahun..

Pernah dulu satu ketika ada satu sekolah pondok yang daif dan serba kekurangan di daerah Baling menjalankan aktiviti yang sama..Guru dan pelajar dipaksa mengutip derma di seluruh pelusuk negeri kononnya mahu menaik taraf sekolah pondok berkenaan..

Jumlah yang berjaya dikutip menjangkau ratusan ribu ringgit tetapi pemilik sekolah pondok berkenaan tidak menaiktaraf sekolah sebaliknya membeli kereta mewah untuk kegunaan beliau..

Pekara ini diceritakan sendiri oleh salah seorang guru di sekolah berkenaan kepada MTK beberapa tahun lalu..Wajar jika pemilik pusat pusat sebegini diambil tindakkan tegas terhadap mereka..Ini pun salah satu dalam akta pemerdagangan manusia..

Kehadiran warga emas mengutip derma dengan dakwaan bagi membantu kebajikan pelajar di sebuah pusat tahfiz di Yan, Kedah mendapat perhatian daripada anggota masyarakat yang gemar menghulur derma, di sini.

Bagaimanapun, kelibat warga emas itu hanya dapat dilihat sekali-sekala seperti bermusim di tempat awam seperti stesen minyak, sekitar bandar serta kawasan perumahan penduduk di daerah ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, jika dahulu kanak-kanak menjadi peminta derma, namun kini si tua pula ‘bertugas’ dan kelihatan di sekitar bandar dan kawasan yang selalu menjadi persinggahan.

Seorang guru, Suriani Ibrahim berkata, kehadiran warga emas mengutip derma itu hanya tertumpu di lokasi tertentu sahaja terutama di kawasan bandar.

Menurutnya, keadaan tersebut mungkin disebabkan faktor penduduk yang lebih ramai serta kesibukan kota menyebabkan kehadiran mereka tidak disedari menyebabkan orang ramai menghulurkan derma tanpa banyak soal.

“Selalunya mereka membawa kalendar, minyak urut serta buku keagamaan untuk dijual dan wang yang diterima disifatkan sebagai kebajikan seperti yang tertera pada sekeping surat yang sering dibawa mereka.

“Apabila disoal, mereka mendakwa melakukan tugas itu secara sukarela bagi mengumpul dana sekolah namun alasan itu tidak masuk akal ekoran keadaan dan kemampuan diri mereka yang sudah tua dan tidak seharusnya dijadikan bahan eksploitasi,” katanya.

Seorang pekerja swasta, Mohd Farish Daud, 34, berkata, terbit rasa simpati apabila melihat kelibat warga emas berkeliaran meraih simpati orang ramai yang mana ada di antaraya tidak mempedulikan kehadiran mereka.

“Ada dalam kalangan mereka menjual buku, kalendar atau minyak urut dengan harga RM10 atau meminta orang ramai menderma mengikut kemampuan kerana enggan pulang dengan tangan kosong.

“Ada juga dalam kalangan mereka datang dari jauh seperti Kedah dan Kelantan semata-mata untuk mengutip derma sekaligus ‘menjual’ nama pusat tahfiz berkaitan,” katanya yang bersimpati dengan warga emas terbabit.
 Medan Tempur Kedah