Memaparkan catatan dengan label sidang dun negeri kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sidang dun negeri kedah. Papar semua catatan
Selasa, 17 November 2015
#BajetKedah2016 AkuJanji BN Kedah Hampir dicapai!
Tema bajet Kedah 2016 iaitu " Menjamin Kesinambungan Kemakmuran Rakyat" akan menyaksikan corak perbelanjaan yang realistik dan berhemah. Peruntukan mengurus bagi tahun 2016 telah berkurangan sebanyak 2 peratus manakala pembangunan pula diturunkan sebanyak 6 peratus.
Bajet 2016 memberi tumpuan kepada keperluan perbelanjaan sebenar dan keupayaan menjana hasil negeri berdasarkan prestasi kutipan tahun-tahun sebelum.
Objektif Kerajaan Negeri bagi bajet 2016 ini dikekalkan seperti mana tahun-tahun sebelum ini dengan lebih memberi fokus terhadap:-
* Penyediaan Infrastruktur Bagi Meningkatkan Keselesaan Rakyat.
* Pembangunan Modal Insan, Sosial dan Agama.
* Kemakmuran Rakyat.
* Menggalak Pertumbuhan Ekonomi.
* Memperkukuh Tadbir Urus Kerajaan Negeri.
Bagi mencapai matlamat bajet, Kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah iaitu:-
i. Memperkukuh kutipan hasil dan memperluas sumber hasil negeri,
ii. Merancang perbelanjaan optima,
iii. Mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan ke arah pencapaian sasaran.
Bajet 2016 adalah permulaan bagi Rancangan Malaysia Ke-11 yang merupakan RMK terakhir sebelum negara mencapai wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara yang maju. Cabaran getir yang dihadapi Kerajaan dalam menyediakan bajet kearah peningkatan pembangunan (developmental) adalah keterbatasan dana bagi mencapai hasrat negeri dalam usaha memakmurkan rakyat.
Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan untuk projek-projek fizikal yang berskala besar, dan sebaliknya menumpukan kepada kerja-kerja menaiktaraf dan pemantapan prasarana awam sedia ada.
Bagi melaksanakan projek berskala besar, Kerajaan Negeri akan memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan percaya dengan terjalinnya hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, sumbangan ini akan disalurkan bagi membantu negeri Kedah mencapai wawasan 2020.
AkuJanji BN Kedah
Daripada 92 akujanji Kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu, sebanyak 82 telah berjaya dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan BN yang diberi mandat untuk mentadbir Negeri Kedah tidak menabur janji-janji kosong, sebaliknya menepati segala janji demi kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran Rakyat.
Salah satu janji Kerajaan kepada Rakyat iaitu untuk menyediakan perumahan yang selesa, mampu dimiliki daan mencapai kumpulan sasar telah dilaksanakan dengan cemerlang.
Sehingga kini pembangunan perumahan di negeri Kedah begitu rancak dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Hasrat dan aspirasi kerajaan Negeri Kedah sepertimana didalam akujanji iaitu menyediakan 40.000 unit rumah mampu milik sehingga tahun 2018 telah beradaa diatas landasan yang amat tepat.
Sehingga kini 66 peratus atau 22,617 unit telah atau sedang dibina. Kerajaan amat yakin dalam tempoh sehingga 2018 nanti sasaran Kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik akan tercapai.
Selasa, 26 November 2013
HOT! Biadap! MB Kedah di Maki Hamun Puak Pas?! #KedahAmanMakmur #HanyaDiKedah
Dalam sidang dun yang lepas, adun Sungai Limau yang baru, si Azam Samat berucap buat kali pertama sebagai seorang YB di dalam dewan. Dalam ucapannya tu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kononnya PRK Sungai Limau diantara PRK yang paling aman dan paling bersopan.
Ucapan Azam kemudian dipersoalkan oleh beberapa Adun BN yang mencelah mempertikaikan PRK Sungai Limau kononnya aman, tetapi penuh dengan kes tumbuk menumbuk, hinggakan ada wanita UMNO yang ditumbuk berdarah hidung.
Malah ada satu kes, MB Kedah Dato Mukhriz semasa mengunjung ke Peti Undi Sungai Dedap, pada hari pengundian, beliau dimaki hamun oleh perayu undi dan penyokong Pas disana. Malah ada diantara mereka yang tidak mahu bersalam, walaupun salam dihulur oleh MB Kedah.
Apakah itu cara PRK paling baik dan sopan yang dikatakan oleh Azam?
Selepas di soal, Azam menjawab, penyokong dan perayu undi Pas jadi macam tu, disebabkan mereka tidak ajar dengan betul dalam sistem pendidikan sekolah kita.
Jawapan dari Azam menyebabkan ramai adun BN yang tidak berpuas hati. Sistem pendidikan Malaysia yang salah, atau sistem pendidikan pondok Pas yang tidak mengajar pelajar mereka menghormati pemimpin?
Setahu Mc, sistem pendidikan Malaysia mengajar pelajar menjadi lebih bermoral dan pandai menghormati pemimpin. Lain pula yang sistem pendidikan pondok Pas yang sememangnya mengajar membenci pemimpin negara dan hanya menghormati para pemimpin Pas dan sekutunya sahaja.
Sememangnya sistem pendidikan Pas dari 'Pasti' hinggalah ke pondok Pas, mengajar pelajar mereka setia pada pemimpin dan membenci kerajaan Malaysia. Sebab tu mereka jadi taksub dan sentiasa mempercayai bahawa pemimpin mereka maksum.
McTheory:
Tindakan memaki hamun MB Kedah, adalah satu tindakan yang sangat kurang ajar.. mungkin itu cara Islam yang Pas amalkan. Buat busuk nama Islam saja..
Selasa, 27 Ogos 2013
PANAS DARI SIDANG DUN KEDAH!! Dendam Phahrolrazi Terhadap Ustaz Azizan TETAP MEMBARA!! #KedahAmanMakmur
Isu KUIN menjadi pendebatan paling hangat didalam Sidang Dun negeri Kedah ni. Tapi dalam banyak-banyak perkara yang terjadi, tingkahlaku Phahrolrazi dalam Sidang Dun amat menarik perhatian.
Nampaknya dendam Pharolrazi terhadap Tan Sri Azizan Razak masih lagi berkesumat. Walaupun Tan Sri Azizan sudah kudung kedua-dua belah kaki dan sudah tidak mampu untuk buat comeback lagi dah dalam dunia politik Pas Kedah. Namun itu semua langsung tidak menjadi alasan untuk Phahrolrazi merasa simpati kepada Tan Sri Azizan Razak.
Dalam sidang DUN Kedah pagi tadi, Phahrolrazi telah mengejutkan semua wakil rakyat Pas apabila Phahrolrazi secara selamba meminta semua pihak berhenti daripada mempolitikan isu KUIN, dan Phahrolrazi juga meminta Kerajaan Negeri supaya mengeluarkan kertas putih bagi menceritakan secara detail mengenai isu KUIN, seperti siapa yang bertanggungjawab, kenapa dan mengapa masalah di KUIN terjadi.
Saranan yang dibuat oleh Phahrolrazi ini jelas menunjukkan yang Phahrolrazi mahu membalas dendam kepada Tan Sri Azizan Razak, kerana Tan Sri Azizan Razak dan bekas rektor KUIN si Jamil la yang bertanggungjawab merosakkan KUIN, malah dalam sidang DUN Kedah kali ini,wakil-wakil rakyat Pas yang pro Tan Sri Azizan mahu menggunakan isu KUIN untuk menghentam Kerajaan BN Kedah, tapi nampaknya Phahrolrazi yang meminta isu KUIN ditamatkan serta meminta kerajaan keluarkan kertas putih bagi isu KUIN dimana nama Tan Sri Azizan Razak pasti akan tertulis sebagai antara makhluk-makhluk perosak yang merosakkan KUIN.
Dahsyat sungguh permainan politik si Phahrolrazi ni, hehehe.. cuba meletakan kesalahan Pas Kedah terhadap KUIN 'kesemuanya' terhadap Tan Sri Azizan. Selamatlah exco Pelajaran Dato Tajul masih waras dan tidak melayan permintaan si Phahrolrazi, kalau tak teruk lagi la orang tua tu kena.
Kenapalah, si Phahrolrazi ni tak puas hati lagi terhadap Tan Sri Azizan? Orang Tan Sri Azizan taknak kata apa-apa ka?
McTheory:
Ini jenis dendam sampai mati ni.. dasatt..
PANASS!! Pas Kedah Rembat Duit?! Kos Seorang Pelajar KUIN Pindah Ke Kuala Ketil RM8000? #KedahAmanMakmur
Nampaknya adun-adun Pas Kedah, sudah tersilap langkah, hasrat depa nak serang Kerajaan BN sekarang dalam isu KUIN nampaknya hancur lebur apabila peluru yang mereka lancarkan pagi tadi sudah terkena kepala sendiri.
Ada adun Pas mempertikaikan kenapa pembinaan asrama di Kuala Ketil dihentikan. Menjawab soalan demikian, Adun Tanjung Dawai kata, kontraktor yang hentikan pembinaan tu sendiri kerana mengikut kronologi, pada zaman Pas tandatangan kontrak dulu, yang luluskan kontrak hanyalah mantan MB, mantan CEO KUIN dan Pengarah KBSB Sdn Bhd.
Kontrak ditamatkan selepas KUIN tidak menandatangani perjanjian PFI yang telah didesak oleh KBSB kepada KUIN dulu. Mereka hanya menerima perjanjian seperti mana dipersetujui secara bersama semasa pemerintahan Azizan. Bermakna pembinaan bermula tanpa apa-apa perjanjian dan hanya dua orang saja yang tahu.
Tiba-tiba bila Kerajaan negeri baru, KBSB mendesak untuk membuat perjanjian, sedangkan kerajaan sekarang tidak tahu apa-apa kerana tiada perjanjian yang sah! Sebab tu kontrak dihentikan! Teruknya Pas buat kerja dulu, buat bangunan tanpa perjanjian dan detail kontrak, kalau runtuh bangunan tu, nak salah siapa?
Pas pertikaikan kenapa Kerajaan BN Kedah sekarang memindahkan pelajar balik ke Mergong dari Kuala Ketil, kerana ia melibatkan kos yang tinggi!
Adun Tanjung Dawai jawab,
Kos penempatan dan pemindahan yang dilakukan oleh Kerajaan BN sekarang masih kecil jika nak dibandingkan dengan Pas dulu, sebab Pas dulu membelanjakan RM12.5 juta hanya untuk memindah 1500 pelajar KUIN ke Kuala Ketil.
Pehh.. mahainya kos pindah, sampai juta-juta.
Kalau 12.5 juta tu dibahagikan kepada 1500 pelajar KUIN. Bermakna seorang pelajar KUIN yang dipindahkan tu, boleh dapat RM8000 seorang!
Perghh.. kos pindah zaman Pas dulu, hanya nak ke Kuala Ketil saja sampai RM8000 seorang? RM8000 tu boleh beli tiket flight ke London tauu!
Patut la zaman Pas dulu takdak duit, rupanya depa dok buat kerja rembat duit macam ni!!
McTheory:
Kita sambung sidang dun selepas ni.. banyak lagi benda panasss
Isnin, 26 Ogos 2013
PANASS!! Kisah Ustaz Pas 'Main' Sarkas Dalam Sidang Dun Kedah! #KedahAmanMakmur
Cerita sarkas Ustaz Pas ni Mc ambil dari blog MTK, sebab Mc tak sempat nak ulas pasal sidang dun hari ni. Insyallah esok Mc akan ulas. Tapi rasanya baik pembaca cerita Ustaz Pas main sarkas dalam sidang dun ni dulu.
Nama saja Ustaz tapi kuat pembohong!! Dah lah bohong, fitnah pulak tu...Semalam geng geng pemuda Pas duk atur nak buat demo kononnya nak panggil staf staf Insaniah Holding mai depan wisma..
Pagi tadi berlangsunglah demo seperti yang dirancang oleh mereka...Biasalah hari mula sidang dun depa pun nak tunjuk hero..
Dah habis demo depa nak serah memorandum kat MB..Depa nak jumpa MB dan serah kat tangan MB..
Lepas tu duk tak duk si Ketua Pemuda Pas merangkap Adun Alor Mengkudu share status yang dimuat naik oleh PA dia yang jaga akaun rasmi kata Mukhriz lari dari staff Insaniah Holding nak serah memo..
Mad Ya(tak layak panggil Ust sebab kaki bohong) duk dalam dewan yang taktau apa saja share status kat FB kononnya nak habaq kat puak Pas yang MB Kedah penakut takmau jumpa staff Insaniah..
Padahal cerita sebenarnya MB sendiri sanggup jumpa staff Insaniah Holding..Ini buktinya
Datuk Mukhriz tak macam Ust Azizan, Dulu masa geng bersih kuin buat demo nak serah memorandum kat MB, Azizan pun tak berani jumpa..Dia hantaq pegawai khas dia saja jumpa geng bersih kuin..sekali pun Ust Azizan tak pernah menghadap geng bersih Kuin..
Kepada Mad Ya yang first time jadi Adun tu buatlah perangai elok elok.. Jangan jadi macam beruk atas pokok ceri...
McTheory:
Ustaz Pas semua penipu ka? heh..
Isnin, 16 Julai 2012
GEMPAR!! Sidang Dun Kedah Cuma DUA JAM!! Pas Kedah Takdak TELOQ!! #TukarKedah
Hari ini dalam sejarah apabila Sidang Dun Negeri Kedah hanya dibenarkan berlangsung DUA JAM!! Sudah la Sidang dun hanya buat sehari. Itu pun dua jam! Nampak sangat kerajaan Pas Kedah penakut nak mampuihhhh.. depa takut nak kena hentam, takut nak kena soal, hinggakan nak tutup suara dari pihak pembangkang Kedah.
Selalunya pada waktu BN dulu, Sidang Dun dibuat 3 hari.. lepas tu waktunya pula sampai petang. Kerana nak beri peluang pihak pembangkang dan kerajaan berbincang mengenai masalah negeri. Ini tidak, dibuatnya hanya dua jam, tu pun selamatlah dua jam. Kalau boleh rasanya setengah jam saja dia nak buat kot!!
Kami banyak benda nak tanya ni.. nak tanya pasal janji-janji palsu Pas Kedah, nak tanya pasal kelab malam yang bercambah-cambah ni.. nak tanya pasal rumah kos rendah, nak tanya SULIHH ishh.. banyak aihh nak tanya. Dua jam tu mana cukup.. selalunya Sidang Dun orang buat sampai petang. Ni dua jam saja.. nak kentot pun tak sempat nak fikir.. he he..
Inilah kerajaan negeri paling Low Class.. takdak teloq punya kerajaan negeri!! Hanya orang yang buat salah saja yang selalu takut.
McTheory:
Lepas ni kita gelar Pas Kedah kerajaan DUA JAM!! Boleh??
Langgan:
Ulasan (Atom)








