Sponsor

Memaparkan catatan dengan label umno kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno kelantan. Papar semua catatan

Isnin, 11 Februari 2013

PANASS!! Gambar Menarik KUBU Kuat Nik Aziz Di Serang UMNO!! #SaveKelantan






Gambar ini Mc ambil dari blog CTS,  Ini adalah Pengkalan Chepa, Parlimen di mana yang berjawatan MB Kelantan dan dua EXCO tinggal dan bertanding. Malam tadi malam bersejarah buat penduduk di Pengkalan Chepa.

Tidak pernah berlaku sebelum ini ribuan Rakyat membanjiri himpunan Gelombang Merah. Disaat PAS membuat replika patung Datuk Mustafa Mohamed dan memukul replika patung berkenaan dengan rotan di sebelah petangnya, di sebalah malam pula ribuan Rakyat Pengkalan Chepa berhimpun menyatakan sokongan pada Tok Pa dan Tok Dali serta angkatan pemimpin seluruh Pengkalan Chepa.

Nampaknya kali ni, Kelantan benar-benar dilanda gelombang perubahan. Kalau dalam kubu MB pun boleh himpun sebegini ramai. Sudah tentu ditempat lain, lagi porak peranda dikerjakan oleh UMNO Kelantan.

Mungkin rakyat Kelantan sudah bosan dengan penipuan Nik Aziz dan exco-exconya? Kita tunggu PRU ke 13 kali ini. Rasanya ada perubahan besar akan berlaku di Kelantan.


McTheory:
Selepas kalah, Nik Aziz boleh bersara dengan tenang..

Isnin, 1 November 2010

GEMPAR!! ADA PEMUDA UMNO KELANTAN NAK KELUAR PARTI??

gambar dari blog msomelayu
Kecoh disebarkan diantara blog2 puak pakatan mengenai hal ini. Malah gambar ini juga telah jauh tersebarnya. Sejauh mana kebenaran khabar angin yang dinyatakan, sama2lah kita tunggu dan lihat. Dengar cerita, mamat pemuda UMNO Kelantan ni akan serahkan surat perletakkan jawatannya hari ni pada Tok Pha.

Sebab apa dia nak keluar parti, tidak pulak dinyatakan.. tah tah.. ini cuma gimik politik Pas yang sudah senyap takde isu.

Teringgin juga Mc nak tengok kalau benar ada pembelot UMNO Kelantan keluar parti, dari duduk menyemak membusukkan parti, baik keluar je. Takde siapa pun nak larang, suka lagi ada la..

P/s: Dengar cerita Sabri Safei (bekas ketua pemuda Umno).. betul ke?? sekadar bertanya.

Mctheory:
Hanya Allah yang tahu.. teka je..

Selasa, 24 Ogos 2010

SKANDAL SEKS MELIBATKAN KETUA BAHAGIAN UMNO KELANTAN?!


Terkejut bila Mc mendapat tahu berita ni. Sudahla UMNO Kelantan ni lemah dan bermasalah. Ditambah lagi dengan pelbagai isu yang kurang menyenangkan. Apa, ketua-ketua bahagian kat sana dah cukup hebat ke? 'Rasuah Seks' satu isu panas yang mungkin akan mengegarkan UMNO Kelantan, apakah dakwaan ini benar atau tidak. Baca cerita dibawah,
Ceritanya begini; wanita Umno berkenaan telah memohon bantuan kewangan sejumlah RM10,000 dibawah skim sebuah institusi yang dikelolakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Untuk mendapat bantuan ini biasalah, wanita berkenaan kena mendapat sokongan PPM - Pegawai Penyelia Mukim kemudian akan disahkan oleh Ketua Bahagian Umno.

Wanita berusia lebih 30an ini - anak dara tualah kiranya, memohon bantuan berkenaan untuk memulakan perniagaan. Dia telah melalui proses biasa. Tetapi selepas lama menanti kelulusannya dia menghubungi atau bertanya ketua bahagian berkenaan.

Ketua bahagian itu telah menjanjikan akan cuba membantunya dengan memberi syarat tertentu termasuk sedia untuk memberikan khidmat sex dengannya. Kerana yakin dan terpadaya wanita berkenaan sedia menurut kehendak ketua bahagian berkenaan. Mereka berjumpa di sebuah hotel.

Beberapa bulan selepas menunggu permohonan tetapi tidak diluluskan menyebabkan wanita berkenaan mulai bising. Untuk menutup rahsia itu dari tertedah ketua bahagian berkenaan dikatakan telah membayar sebanyak RM600 kepada wanita berkenaan yang dimasukkan ke dalam akaun. Bayaran itu sebagai menutup supaya kisah itu tidak di dihebohkan sementara usaha mendapat bantuan RM10,000 itu diusahakan.

Semua rakaman bercakapan dan SMS semasa 'rundingan dan tawar menawar' yang berlaku antara ketua bahagian dengan wanita berkenaan dan termasuknya jumlah pemakluman pemberian wang sebanyak RM600 juga disimpan dalam bentuk SMS dan akan didedahkan wanita berkenaan
.
- Sambung Baca sini.

Bayar rm600 untuk tutup mulut? Aduh la.. siapa la agaknya yang buat tindakan bodoh macam ni. Kalau cerita ini adalah benar, maka UMNO Kelantan kena ambil tindakan KERAS kepada ketua bahagian yang banggang tu. Pak Mustaffa kena siasat untuk pastikan cerita ini benar atau tidak. Jika benar pastikan Ketua Bahagian tu, dibuang jauh-jauh. Kalau tak benar, kita buang orang yang bawa cerita ni jauh-jauh.

Dengar cerita, sudah ada pihak yang mengumpul bukti dan akan buat laporan kepada SPRM!. Kalau betul, tangkap saja. Barua macam ni, buat malu muka UMNO je. Gila Seks tahap Anwar Ibrahim ni. aduss..

Malu sehh.. malu cerita macam ni tersebar.. Bulan Ramadhan lagi nih..

P/s: Yang betina tue pun, senang sangat bagi sapa suruh! Bodoh la!!

MctHeory:
Tak tahu nak komen apa, Hati tengah panas!