Sabtu, 19 Disember 2009

Dasar Bersama Pakatan Rakyat Melingkupkan Malaysia!!

Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama seperti biasa mendendangkan lagu-lagu lama, janji manismu dan janji seribu janji seperti mana selalu dilaungkan oleh Komplot-komplot mereka. Anwar ketua komplot mensasarkan ke Putrajaya bagi memenuhi impian peribadinya untuk menjadi PM Malaysia.

Dasar mereka kali ini, bersama berjanji (berjanji lagi) untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan (dengar bole percaya jangan).

Pakatan seperti biasa menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak - di mana pengaruh Pakatan tidak kuat - dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji (berapa banyak janji daa. .) untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan.

Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat (janji seperti biasa).

Banyaknya janji Pakatan Rakyat, janji PRU12 pun tak tunaikan lagi, ni dah buat janji-janji baru. Semua janji yang dibuat cuma untuk menarik undi saja. Sabah dan Sarawak ada satu perempat daripada kerusi Parlimen, kalau tak menang kat sana macam mana nak takluk Putrajaya.

Banyak lagi janji Pakatan dalam ekonomi, dalam undang-undang dalam sistem kehakiman (yelah, anwar memang adil sangat masa jadi TPM dulu pun banyak salah guna kuasa).

Dalam pada itu seperti biasa juga pengampu-pengampu Anwar Pas dan Dap mengangguk-anggukkan kepala selain tersengih-sengih dengan angan kosong dan janji-janji palsu Pakatan.

Janji Pakatan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri (ada balak lebih bagi sama pada kroni negeri lain).

Dasar pada janji-janji Pakatan Rakyat itu merangkumi empat perkara, iaitu demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan; dan hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara (ekonomi, duit takdak pinjam IMF, gadai negara takpa janji masyuk)

MctHeory: Bosan. . hanya itu dapat diluahkan pada semua kesimpulan janji-janji Pakatan Rakyat tadi. Perkara sama diulang-ulang, janji seribu janji. Pas diserahkan tugas menipu Melayu Islam, Dap pula seperti biasa menipu kaum-kaum lain dengan agenda dia. Anwar dan Pkr, bersedia dengan slogan samaratanya dan tipu muslihat untuk rakyat. Sama rata sama rasa, depan belakang sama saja. Itulah Dasar sebenar Pakatan Rakyat!!

Tiada ulasan: