Jumaat, 18 Disember 2009

ISU: BI Bahasa Rasmi Kedua, Pejuang Bahasa Pakatan Pembangkang Tiba-tiba Menikus!

Kulai - Ke manakah hilangnya pejuang-pejuang bahasa terutama dari pakatan pembangkang yang sebelum ini begitu lantang membantah dasar Pembelajaran dan Pengajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang kononnya menggugat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Dulu mereka begitu lantang menentang PPSMI untuk mendaulatkan bahasa Melayu tapi di mana mereka sekarang bila Pengerusi DAP, Karpal Singh mencadangkan kerajaan meminda Perlembagaan bagi membolehkan bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua rasmi negara.

"Kenapa mereka menyorok dalam kelambu? Mana jati diri sebagai pejuang bahasa kononnya", kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ali Mazat Salleh.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas saranan Karpal supaya kerajaan mempertimbangkan untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua.

Menurut Pengerusi DAP itu, langkah tersebut berikutan bahasa Inggeris tidak diberi tempat sewajarnya dalam prosiding mahkamah sehingga menyebabkan pelabur asing termasuk bertaraf multinasional memilih untuk ke timbang tara daripada membawa kes mereka ke mahkamah tempatan.

Ali Mazat yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Politik Pemuda UMNO seterusnya berkata inilah wajah sebenar pemimpin pembangkang yang hanya pandai beretorik kosong.
"Perjuangan mereka hanya berlandaskan untung rugi politik kepentingan peribadi. Mereka menikus sebab yang beri cadangan rakan politik mereka. Mereka takut Karpal, mereka takut Lim Kit Siang.
"Sebab itu mereka bukan takut menentang malah untuk bersuara sekalipun mereka tak berani", ujarnya.

Justeru itu katanya kerajaan tidak perlu melayan cadangan Pengerusi DAP itu dan tidak terperangkap dengan mainan politik murahan pembangkang.

Tegas beliau lagi segala yang termaktub dalam Perlembagaan negara termasuk berkaitan bahasa rasmi tidak perlu dipinda dan dipertikaikan lagi.

Bukankah Perlembagaan negara sudah jelas menyebut bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan martabat bahasa tersebut perlu dipelihara dan dikekalkan sebagai satu-satunya bahasa rasmi.
''Kerajaan mesti tegas dan tidak perlu layan isu-isu murahan seperti itu", katanya.

Oleh: Indera Ahmad
Ehsan Dari web Pemuda.

MctHeory: Alah bisa tegal biasa, memang rasmi pembangkang. Pembangkang hanya melakukan kerja jika hanya ada keuntungan pada mereka, tak kisahlah isu bahasa ke, kaum ke, ISA ke, asal dapat buat kecoh dan hentam kerajaan, itu dah kira bahagia bagi mereka. Jangan dilayan sangat pejuang-pejuang bahasa ala bermusim ni, biarkan aje.

2 ulasan:

Sapinakoko berkata...

penukaran bahasa kembali ke bahasa ingeris adalah sesuatu yg tidak menguntungkan..!penggunaan BI dlm ,M3 dan sains tidak akan mengugatkan BM dari apa cara sekali pun ttp hanya akan membolehkan pelajar2 kita lebih mahir menguasainya..kerana BI digunakan seantero..namun menjadikan BI sebagai bahasa kedua..sapinakoko merasakan..tak perlu lar..!BM cukup bagus!jgn mix buat rojak!

Tanpa Nama berkata...

Sapinakoko,

Kerajaan mengumumkan bahasa inggeris menjadi bahasa rasmi kedua disebabkan kepentingan bahasa itu di persada antarabangsa, bukan nak rojakkan bahasa. Bahasa Melayu tetap paling utama dan diutamakan. ada paham!. .