Hari ini aku nak menceritakan mengenai sorang ahli Parlimen Pas yang memang terkenal dan kelantangannya dalam menghentam kerajaan Pusat dan sering mendedahkan hal-hal peribadi orang untuk menjatuhkan individu terbabit.
Dia ni ahli Parlimen kat Kedah, Rumah dia kat Anak Bukit. Aku memang kenal sangat keluarga dia. Bapa aku kawan baik dengan dia, walaupun Bapa aku orang kuat UMNO dan dia orang Pas tapi masing-masing orang Pekan Rabu (Pasar Melayu) dan orang 30 (tiga line) bukan orang Pekida tapi orang tiga line sebab masa depa ni masuk tiga line. Pekida pun tak wujud lagi. Sebab tu kami macam adik beradik.
Cerita ini bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa, cuma untuk menjadikan tauladan dan ingatan bahawa kita ni manusia takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Jangan selalu menghina atau memfitnah orang kelak Allah akan membalas keatas kita.
Ceritanya bermula semasa aku balik Alor Star (cerita dalam loghat kedah la noo. .baru best sikit) dah bertahun tak balik, aku pun keluaq la jumpa kawan-kawan lama yang dok kat sana, dari Taman Nuri (rumah aku) aku p lepak Taman PKNK, kawan aku ramai kat taman ni. dah kumpul semua, kami p makan kat Restoran Yasmin (kedai mamak paling best kat Aloq Staq)
Sampai sana, masa nak cari tempat nak duduk, jumpa dengan satu lagi geng lama, dalam geng ni la termasuklah anak ahli Parlimen tu, aku memang rapat sangat dengan depa ni. Depa pun baru sampai, soo kami dok la lepak sekali, sambung meja. Ada dalam sepuluh orang masa tu.
Masa dok syok makan tau-tau si anak ahli Parlimen tu bangun p depan kedai kelam kabut. Aku pun tengok la pasaipa plak. Nampak dia dok sembang dengan sorang mamat dok ataih motor, lepas tu dia pun dok balik sambung makan. Aku pun tanya dia ''hang p mana tadi ada kes apa?'' pastu dia jawab ''takdak apa la bang saja jumpa memba (kawan) sat'' dia kata macam tu, aku pun angguk ja la. (nak terangkan disini, aku memang baik dengan anak ahli Parlimen ni sebab dah lama kami kenai, cuma aku tak suka bapa dia ja).
Lepas habih makan, biasala dok sembang-sembang dah lama tak jumpa kawan-kawan, banyakla cerita keluaq, tengah dok syok-syok sembang, aku terkejut tengok anak ahli Parlimen ni hisap rokok, dulu dia mana ada hisap rokok.
Aku pun tanya dia, ''sejak bila hang hisap rokok?'' dia jawab ''Biasa la bang tension belajaq'' (dia ni memang student IPTS) Aku tanya lagi, ''bapa hang tau dak?'' dia jawab balik ''dia taktau, dia sibuk gheja, mana peduli aku'' aku tanya macam tu sebab aku tau kalau ahli Parlimen tu tau mampuih la anak dia kena balun (pukul) teruk-teruk.
Kami semua tengah sembang, si anak Parlimen ni kalut nak balik, dok ajak kawan dia dua orang balik cepat-cepat. Aku pun pelik sebab apa dia nak balik cepat, sedangkan kami semua lama tak jumpa, banyak benda lagi nak sembang.
Lepaih depa balik, aku pun tanya kawan aku yang sorang lagi. Dia ni belajaq sekali dengan anak ahli Parlimen tu.
''Yent! awat depa kalut sangat tu'' dia jawab ''besa la, nak p 'ON' la tu'' aku pelik, tanya lagi ''ON menatang apa plak'' Yent jawab ''wei bang, 'ON' apa lagi, tadi depa baru ambil barang kat Maniam'' (Maniam ialah salah satu pengedar tegar kat Alor Staq berapa kali masuk dalam aku taktau la tak serik-serik juga) aku terkejut, biaq betui ni, dulu budak (anak ahli Parlimen) ni baik sangat awat plak jadi macam tu. Lepas tu macam-macam lagi aku tanya dekat Yent ni, Yent bagitau kat aku yang budak ni tension belajaq, family dia pun tak peduli, bapa dia pun jarang nampak ada kat rumah. Pelik, aku pun belajaq juga, tapi taklah sampai jadi macam tu.
Aku tak puas hati, aku tanya Yent lagi ''hang tau dak port (tempat) depa kat mana?'' Yent terkejut dia kata ''hang nak buat pa abang'' aku kata ''kalau hang tau, jom tunjuk kat aku'' Aku heret (Tarik) tangan budak Yent ni naik kereta pastu suh dia tunjuk kat mana 'port' budak-budak tu termasuk anak ahli Parlimen tu dok ON kan 'barang' depa. Aku nak p serbu.
-sambung siri kedua, nak tau macamana aku serbu masuk dan apa yang aku buat kat depa semua dan siapakah Anak dan ahli Parlimen Pas yang terlibat? Tunggu. .(suspen-suspen)
7 ulasan:
Nak bagi suspense macam SKRU KUAT kot
suspen lagi. .bila plak nak sambung!! skrew kuat dah senyap terus. .
Dia dok karang kot. . apa pun jangan dok bagi suspen lama sangat. .
din kajang
Sabaq la sat. . sabarkan separuh daripada iman. . jangan kalut2. . sambungannya akan tiba nanti.
kami dah dedahkan masa permatang pasir. hehehe
Kalau macam tu, aku tak payah sambung crita aku lagi la. . kantoi la plak. . bole beritahu siapa ahli parlimen tu unspin?
al-mampus omaq ka?
Catat Ulasan