Khamis, 10 Disember 2009

Nazri memang bodoh sombong!

Topic hangat di perkatakan sekarang ialah lawan mulut di antara nazri dan Tun dr Mahathir. Aku amat kecewa dengan statement yang di keluarkan nazri kepada Tun, terutamanya Tun di labelkan sebagai bapa perkauman. Apakah nazri sedar bahawa amat bodoh dan rugi bila dia bergaduh dengan Tun. Tun seorang negarawan yang hebat, masa tun memimpin negara adakah Tun di lihat sebagai rasis? Selama 22tahun Tun menjadi PM, Malaysia kelihatan begitu maju dan majmuk sehingga kaum cina dan india tiada mampu membuka mulut dan bersuara kerana kemampuan Tun memerintah negara. Tun memberi semua merasa kesenangannya. Sehingga tiba zaman pak Lah yang memusnahkan segala, ekonomi lembab, politik lemah dan flip flop tiada pendirian yang menyebabkan UMNO dan kaum melayu di pandang rendah. Akibat daripada itu kaum-kaum lain mula berani bersuara dan mula mempersoalkan apa rasionalnya ketuanan Melayu. Kita nak jadi tuan, tuan harus berani, harus kuat, baru di hormati. Kalau tuan dah lemah, sesiapa pun berani pijak. Apabila nazri mengeluarkan ayat bodohnya semalam. Aku menyokong Tun Dr Mahathir bahawa, nazri patut letak jawatan dan keluar dari UMNO.

Tiada ulasan: