User Online

Politics Blogs

Seminar Autisme 2014

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Ahad, 17 Januari 2010

ISU: CERITA SEBENAR F-ONE LOTUS 1MALAYSIA TEAM!


Mc sering kali disoal dengan soalan mengenai kenapa Malaysia melabur dalam bidang pemotoran F1 ketika negara kita belum lagi stabil dari segi ekonominya. Pencacai PR pula selalu mempersendakan kerajaan dengan cerita F1 Lotus 1Malaysia ini katanya membazirkan duit rakyat. Mc juga tertanya, kenapa Ds Najib melabur dalam bidang F1 ni, pasti ada sesuatu yang boleh memberi impak yang baik pada negara dan juga ekonomi.

Mari kita siasat kenapa Ds Najib melaburkan wang negara dalam bidang F1. Untuk penjelasan lanjut sila baca dibawah.

1.Untuk Menambahkan Kepakaran Negara dalam Bidang Permotoran.
Perdana Menteri berkata projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia. "Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, di uji di SIC dan kereta
buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia," katanya.

2.Meningkatkan Imej Negara Dalam Bidang Sukan Permotoran
Ds Najib berkata pasukan 1Malaysia itu akan mengenal pasti pemandu Malaysia yang sesuai sambil menambah kata projek tersebut dapat meningkatkan imej negara di persada
antarabangsa. Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah menerima permohonan
Malaysia untuk menyertai kejohanan F1 dunia tahun 2010. (Pemandu F1 orang Malaysia)

3.Peluang Memasarkan Jenama Malaysia di Peringkat Antarabangsa.
Ds Najib menyifatkan projek itu tidak membazir kerana ia akan memberi elemen pemasaran yang besar pada negara apabila menyertai kejohanan F1 itu.
"Kalau kita nak eksport Proton, kita kena tentukan jenamanya mantap, ada elemen pemasaran yang mantap. Ia bukan kegiatan sukan semata-mata kerana ada unsur pemasaran untuk Proton dan Malaysia serta jenama Air Asia dan Naza juga dapat dipopularkan"

4.Meningkatkan Pelancong Datang Ke Malaysia.
Ds Najib menjangka komitmen yang tinggi daripada banyak organisasi dan kehadiran individu semasa F1 Petronas GP Malaysia bersama dengan peningkatan dalam pulangan berkaitan pelancongan," katanya lagi.
Dengan mewujudkan pasukan F1 team, Malaysia membawa sukan pemotoran ke
kemuncaknya, dan dengan itu memastikan tempatnya dalam sukan di peringkat antarabangsa bagi mendaki kemuncak pencapaian.

5.Meningkatkan Pulangan Negara Dalam Pelaburan Formula One.
Malaysia telah menyertai F1 sejak 1999 melalui Sirkit Sepang yang telah berada di dalam
kalendar perlumbaan sejak itu dan akan menjadi hos kepada F1 Petronas GP Malaysia ke-11
tahun depan.
Petronas, pengeluar minyak terbesar, juga telah banyak mencatat kejayaan dalam arena ini
melalui penajaan pasukan BMW-Sauber sejak empat tahun kebelakangan ini.
Penubuhan pasukan nasional itu merupakan pergerakan semulajadi bagi meningkatkan
pulangan negara daripada pelaburan dalam Formula One



Bagi yang tak faham lagi, biar Mc terangkan lagi sekali. Objektif yang Mc tunjukkan diatas adalah perkara penting yang diutamakan oleh Ds Najib semasa mempertimbangkan pelaburan negara keatas sukan permotoran antarabangsa ini. Untuk pengetahuan pembaca semua. Jenama Lotus adalah satu jenama yang setaraf dengan Lamborghini, Ferrari, Porsche dan kereta mewah lain didunia, sebelum syarikat Lotus mengalami kejatuhan.



Gambar diatas ada gambar modul terbaru daripada Lotus. Mungkin anda pernah lihat cuma anda tidak tahu bahawa itu adalah kereta buatan lotus.

Mungkin ada yang antara pembaca yang tidak tahu bahawa saham Proton dalam syarikat Lotus dimilik sebanyak 63.75 peratus atau 6.375 million. Ini bermakna pentadbiran dan teknologi Lotus adalah milik proton. Atas sebab itu juga Ds Najib mengambil peluang ini untuk mempopularkan kembali jenama Lotus sekaligus memasarkan Proton kepersada antarabangsa.

Ini menambahkan lagi pendapatan negara apabila negara dapat mengeksport kereta dan memasarkannya diperingkat antarabangsa. Ia juga satu cara untuk menambahkan pendapatan negara dalam sektor sukan permotoran. Sebenarnya banyak kebaikkan yang diperolehi dari pelaburan ini. Cuma pihak pembangkang melihat isu ini sebagai negetif lalu menghentam membabi buta tanpa mengkaji apa kebaikkan dan faedah yang boleh kita dapat.

Jika kita fikirkan seorang pemimpin negara seperti Ds Najib, sedar bahawa beliau sekarang dinilai oleh rakyat Malaysia yang ingin melihat kebolehan beliau mentadbir negara. Adakah mungkin beliau akan satu projek yang sia-sia diwaktu umur pemerintahan hanya baru 6 bulan? (semasa projek ini dilancarkan) Sendiri fikir la.

Mc percaya rakyat Malaysia sekarang semakin bijak dalam penilaian yang mana baik dan yang mana buruk. Kaji dulu sebelum percaya. Pakatan Haram akan sentiasa cuba memutar belitkan isu atas kepentingan politik mereka.

sumber dari Bernama


MctHeory:
Pembangkang (Pakatan Haram) cuma tahu memutar belitkan isu. Jika isu itu boleh dipolitikan, mereka akan politikkan isu tersebut hingga kelihatan negetif dimata rakyat. Waspada la dengan dajal-dajal Malaysia ini.

4 Komen Pembaca:

Frodo Baggins berkata...

yeah cool
DSN mmg cool ...
Hidup Malaysia


>>______<<


sama2 kita bjuang. walau cara wa secara "halus" jer. ekekekekke

MctHeory berkata...

Hehe. . Frodo. . Halus atau kasar kita tetap menuju ke satu matlamat. .

Tanpa Nama berkata...

bagi pembangkang satu apa pun yg kerajaan buat semua tak betul. kalau mereka jadi kerajaan aku ingat basikal pun tak akan dapat malaysia keluarkan apatah lagi produk berteknologi tinggi.

ice.

Arif berkata...

Salam

Sedikit pembetulan fakta.
Saham proton di dalam Group Lotus plc. bukanlah 63.75% tetapi 100%. :)

http://www.proton.com/about_proton/corp_governance/group_operations.php

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review