Khamis, 7 Januari 2010

ISU: Mekanisme Baru Subsidi Petrol Diumum 1 Mei!



PETALING JAYA: Kerajaan akan memperkenalkan mekanisme baru bagi menentukan sama ada seseorang warganegara itu layak atau tidak mendapat subsidi petrol bermula 1 Mei ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, mekanisme tersebut akan dibahagikan kepada subkategori yang memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah.

"Subsidi petrol bagi yang layak akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan mereka, dengan tumpuan diberikan pada golongan berpendapatan rendah yang kebiasaannya menggunakan kapasiti enjin rendah.

"Pada masa sekarang semua mendapat subsidi, termasuk warga asing. Bermula 1 Mei, pembelian menggunakan MyKad akan diperkenalkan, dengan hanya warganegara layak mendapat subsidi,

"Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10. Jadi harga RON 95 bersubsidi sekarang ialah RM1.80. Mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan warga asing akan membayar RON 95 pada harga RM2.10 atau lebih.

"Golongan yang mendapat subsidi pula akan membayar petrol pada harga yang ditetapkan sekarang iaitu RM1.80," katanya lagi.

Sementara itu Bekas Mb Selangor Dato Seri Khir Toyo dalam Blognya menerangkan kelemahan-kelemahan yang mungkin dihadapi jika kita menggunakan sistem ini.Khuatir akhirnya nanti sistem yang dirancang untuk mengurangkan subsidi dan menambah pendapatan negara di manipulasi dan lebih merugikan negara.

Oleh sebab ia belum dilaksanakan dan masih di peringkat kajian, saya berharap kerajaan mungkin mempertimbangkan kaedah lain bagi menampung subsidi petrol..

Salah satu kaedah yang boleh dipertimbangkan ialah mengenakan cukai kereta pelbagai peringkat mengikut CC. Kereta yang cc lebih besar maka lebih besar bayaran dikenakan. Kerajaan boleh menganggarkan satu angka yang dianggap dapat menampung subsidi petrol.

Jika tidak dimasukkan dalam cukai jalan, kerajaan boleh mewujudkan "Levi Petrol" yang perlu dibayar setiap tahun semasa memperbaharui cukai jalan. Saya cadangkan levi ini dikenakan ke atas kereta yang mempunyai CC 2000 ke atas.

Demikian juga bagi kereta negara jiran. Di sebalik mewujudkan sistem pam yang berlainan serta peraturan tahap petrol di dalam tangki, kerajaan hanya perlu mengenakan satu levi yang dianggap munasabah bagi menampung kos penggunaan petrol semasa kereta tersebut berada di Malaysia.

Walau bagaimana pun kerajaan akan mengumumkan perkara ini pada 1 Mei akan datang, setelah mempertimbangkan apa yang terbaik khususnya untuk rakyat yang berpendapatan rendah.

MctHeory: Sebagai rakyat Malaysia, kita mengharapkan yang terbaik untuk kepentingan bersama. Apa yang Dr.Khir cakapkan pun perlu diambil kira kerana jika berlaku penipuan atau kerosakan ke atas Mykad boleh menambahkan lagi kesukaran sistem ini. Aku cuma nak tunggu komen dari pemimpin-pemimpin dan blog-blog pembangkang. apa pula mereka nak pusing kali ni.

2 ulasan:

Mohd berkata...

Levi petrol yg dikenakan ke atas kereta2 yg ber cc besar harus dikenakan. Begitu juga dgn kereta2 asing dari negara2 jiran harus dikenakan levi bila ianya masuk ke negara ini. Kerajaan boleh melakukan ini dgn mudah.
Jika dijual petrol mengikut cc kereta dan MyKad akan berlaku penyelewengan yg susah hendak dibendung nanti.

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..TAKUT ADA JUGAK PIHAK2 YG PANDAI BUAT HELAH BARU CONTOHNYA GUNA RAKYAT TEMPATAN. TLG PAM PD KETA MEREKA LEPAS TU JUAL KAT WARGA ASING HEHEH