Rabu, 6 Januari 2010

ISU: KENAPA PAS SALAHKAN UMNO, POLITIKAN 'KALIMAH ALLAH' dan LEMAHKAN ISLAM DI MALAYSIA??



Sekali lagi Pas menunding jari kepada UMNO berkenaan isu agama Islam di Malaysia.
PAS menuduh Umno menangguk di air keruh dengan mempolitikan isu nama Allah kerana mahu diiktiraf sebagai 'juara rakyat'.(Pas dengan dengkinya)

Sehubungan itu, PAS mendesak Umno yang 12 penggal mentadbir Malaysia supaya meminda perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama lain terhadap umat Islam.

1. Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad, sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam. PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera, kata ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Jawapan: Insyallah selepas kejadian ini mungkin UMNO akan mengubal undang-undang syariah menjadi lebih terperinci, khas untuk menjaga kesucian agama Islam supaya tidak dicabar lagi.

Tidak boleh hanya menyalahkan UMNO dalam kes ini. Adakah Pas lupa bahawa ketua umum Pakatan Haramnya Anwar Berahim merupakan seorang pejuang kebebasan manusia? Kebebasan beragama?

Agaknya jika Pas memerintah Malaysia, mampukah Pas membuat perubahan dari segi undang-undang syariah dan undang-undang perlembagaan, khas untuk agama Islam? apakah bini dan madu haramnya Dap dan Pkr akan membiarkan Pas dalam perkara ini? sedangkan selama ini pun Pas hanya keldai tunggangan Pkr dan Dap. Nampak sangat Pas hanya pandai bercakap. Gah disana sini, hanya itu saja le yang Pas ada. Bercakap mengalahkan orang mabuk.


2. PAS juga kesal kerana Umno suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam daripada digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam, Idris turut mengecam Umno yang menurutnya telah bertindak meroboh serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politiik

Jawapan: Mengapa UMNO berbuat demikian? perlu tanya kepada setiap pemimpin Pas, kenapa UMNO cuba buang nama Islam dan mengunci beberapa masjid? Ini disebabkan ada sesetengah pertubuhan Islam, hanya menggunakan nama Islam untuk kepentingan masing-masing. UMNO bimbang jika nama ISLAM disalahgunakan, hingga ada orang Islam menganggap sesuatu pertubuhan yang mengunakan nama Islam itu mewakili agama Islam dan apa saja perlakuan yang dibuat oleh pertubuhan atau parti terbabit ialah perlakuan yang mewakili Islam.

Contoh paling senang la, macam SIS (Sister In Islam) nama saja Islam, tapi segala kenyataan yang keluar dari pertubuhan itu bukan berlandaskan agama, malah pertubuhan itu lebih kepada kebebasan manusia. Sama juga dengan Pas, kononnya Parti Islam SeMalaysia. Kononnya juara dalam menegakkan agama Islam, cakap kosong belaka. Pas sekarang lebih kepada liberal. Pas hanya menggunakan Islam untuk terus hidup dengan Politik songsangnya.

UMNO hanya mengunci masjid dan surau yang telah disalahgunakan oleh Pas. Masjid dan surau yang dikunci, merupakan masjid dan surau tempat beribadat yang telah disalahgunakan Pas untuk menipu rakyat. Ini adalah salah besar, salahgunakan tempat beribadat dengan tujuan berpolitik.


3. PAS yakin rakyat turut kesal kerana pemimpin Umno yang tegar mempertahan nama Allah hari ini, masih enggan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur di hadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang 'berlesen besar'.

Jawapan: Memang perbuatan itu ditentang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, sebagai manusia semuanya bergantung kepada niat. Jika kita niat menyembah berhala nescaya kita berdosa besar. Jika kita hanya niat mengenangkan jasa pahlawan yang terkorban demi negara tak salah kalau kita berdoa untuknya. Bagi pendapat aku pun kita kena ubah majlis ini supaya lebih Islamlik.



4. Umat Islam juga jelak dengan pemimpin Umno yang berdegil membenarkan ahli-ahlinya menjadi ahli lembaga pengarah syarikat judi dan arak di negara ini. Malah Umno juga enggan mengeluarkan larangan kepada umat Islam yang bekerja di premis arak dan judi.

Beliau juga mendakwa pemimpin Umno turut bertanggungjawab dalam menekan jabatan-jabatan agama yang melakukan operasi di pusat-pusat hiburan dan maksiat.

Jawapan: Kerajaan telah melarang umat Islam daripada bekerja dipremis arak atau judi. Larangan telah dikeluarkan, malah wujud dalam undang-undang syariah. Bagaimana pun perlaksanaannya sudah didalam kajian dan akan dilaksanakan secepat mungkin.

Pas juga telah membuka premis arak dan judi di Kelantan, malah di Selangor larangan arak untuk umat Islam hanya di papan tanda, langsung tidak ada perlaksanaannya. Jika dulu Pas beria-ria mahu menutup kilang arak bila memerintah, mengapa tidak tutup saja kilang arak di Petaling jaya? Malah pusat urut(pelacuran) dan perjudian makin bertambah di Selangor. Kenapa Pas tidak ambil tindakkan?


5. PAS dan umat Islam juga belum dapat memaafkan dosa Umno yang menarik bantuan kepada sekolah-sekolah Agama rakyat, yang menyebabkan berpuluh sekolah terpaksa ditutup dan pendidikan agama anak-anak umat Islam disekat.

Jawapan: UMNO hanya menutup sekolah agama rakyat yang digunakan Pas untuk merekrut ahli-ahli baru. Pas menggunakan isu ini untuk menunjukkan kekejaman UMNO, sedangkan semua ini adalah salah Pas. Menggunakan sekolah Agama rakyat dengan tujuan politik, bagi mengembangkan lagi pengaruhnya di kalangan rakyat Malaysia. Adakah Pas tindakan ini betul?

6. Umno juga pernah mencuba untuk menyekat perkembangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan PAS bagi memberikan didikan kepada anak-anak pra-sekolah, malahan PASTI di Melaka telah disaman oleh kerajaan Umno di Melaka,katanya

Jawapan: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan Pas disyaki mempunyai agenda sulit dengan meracun otak kanak-kanak yang diasuh dengan agenda politik sempit Pas. Kanak-kanak diajar supaya membenci pemimpin, tidak menghormati pemimpin negara dan menganggap pemimpin Pas yang lainnya seperti ulama dan pemimpin Islam yang terbilang. Bukankah itu satu kesalahan besar, mempolitikkan kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa.

7. Pas mempertikaikan lagi, rakaman debat olok-olok yang diadakan oleh Umno bagi mempertikaikan dasar-dasar Islam yang dibawa PAS. Walaupun akhirnya debat itu berjaya menjelaskan kejahilan Umno terhadap Islam, namun rakyat melihat mereka sebenarnya sengaja mempermainkan-mainkan dasar-dasar Islam dalam debat yang dianggap memperolokkan Islam keseluruhannya. Akibatnya tindak tanduk Umno itu, maka sudah ada orang berani mencabar Islam di negara ini.

Jawapan: Debat olok-olok? Pas juga harus mempertikaikan kenapa pemimpin Pas tidak memperjuangkan agam Islam di negeri yang diperintah oleh Pakatan Haram?

Mana hukum hudud? kenapa di Pulau Pinang Melayu di layan seperti pendatang? kenapa di Kedah wujud banyaknya disko, premis arak dan juga judi, bagai cendawan lepas hujan? Mengapa di Selangor Pas benarkan Dap dan pkr ambil tanah orang Islam untuk buat kandang babi terbesar di Asia Tenggara? malah isu arak pun belum selesai? Mengapa di negeri Kelantan begitu banyak masalah sosial, rogol dan dadah? Malah pentadbirannya terbabit dengan salahguna kuasa dan rasuah? sedangkan pentadbiran Pas Kelantan kononnya pentadbiran berlandaskan Agama Islam dan di pimpin oleh Ulama Besar Pas, Nik Aziz.
- sumber Pas dari Malaysiakini. Jawapan oleh hafiz Azmi pandangan peribadi.

MctHeory: Woii Pas!! jangan asyik salahkan UMNO. Cermin diri! Dari dulu sampai sekarang, apa yang Pas buat untuk majukan Islam di Malaysia? cuba beri aku tiga la? kalau tak boleh pun dua pun cukup la! Apa? takde? kiranya Pas hanya pandai cakap saja la ye. No Action Talk Only! tarak guna punya Pas!

3 ulasan:

C L J berkata...

Semasa perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan (yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariaan mengatasi Mahkamah Sivil dalam hal hal bersangkut paut dengan kepentingan Islam) dibahas dan diluluskan di Parlimen dalam tahun 2003 dahulu; adakah wakil wakil Pas memberi sokongan ?

Politik mengatasi kepentingan ugama dan umat ke puak khawarij Pas nih ?

McTheory berkata...

Bro. .diorang ni cakap saja pandai. Tapi mana diorang buat apa-apa pun. asyik salahkan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

pada aku jemaah tablig lagi bagus dari pas. selalu ajak orang kemasjid dan duduk dalam majlis fikir dan amal.