Isnin, 22 Februari 2010

APABILA MELAYU DAH TAK SERUPA MELAYU!


Mc nak ceritakan tentang orang melayu yang mungkin dah lupa dia ni melayu, atau sudah hilang kemelayuannya atas sebab harta dan kuasa. Alhamdullilah dia cuma hilang kemelayuan, kalau hilang kemaluan lagi teruk perangai agaknya.

Cerita ni bermula di tandas lapangan terbang Subang. Sewaktu Mc baru balik dari Kedah. Bukan Mc nak cerita tandas, tetapi nak ceritakan tentang seorang hamba Allah yang berlagak tahap dewa. Orang melayu biasa la, boleh pakai kot, neck tie sikit. Mula la, jalan kembang dada.

Ketika Mc sedang buang air kecil, Mc terdengar ada mamat dok bising-bising dalam tandas, sebabnya, takde tisu. Bagi kita orang melayu, takde tisu biasala, basuh dengan tangan kiri. Lepas tu sabun. Habis cerita. Tapi mamat ni, nak tunjuk berlagak, dia bising-bising panggil bangla pencuci tandas minta tisu.

Bangla tu pun macam blur, kata tisu takde, tisu dah habis. Mamat ni hangin, dia kata dia sakit perut, takde tisu macam mana nak membuang, terus ditamparnya bangla tadi. Dua kali berturut dia tampar, bangla terdiam dan cuma pegang pipi, tak melawan.

Mc dan beberapa orang kat situ tarik dia jauhkan dari bangla tadi. Sambil bagi nasihat. Kita orang cuma kata, tak baik pukul dia, dia cuma clearner je. Nak tau mamat tu cakap apa? Dia kata, ''korang peduli apa! korang tau aku siapa! Aku orang kuat kerajaan tau, sukahati aku la...''. Dengan megahnya dia berkata demikian.

Mc nak bagitaula ni. Mc peduli apa dia ni siapa. Tapi agak-agakla, pasal tisu pun nak pukul orang. Airkan ada, basuh la. .kalau dia cina ka, india ka, ok la. Ini, orang melayu minta tisu tandas. Bodohla ya amat! Inilah yang dipanggil orang melayu yang dah tak jadi melayu. Berlagak konon orang kuat kerajaan negeri, peduli apa!

Kalau hebat sangat, orang kuat kerajaan Selangor la katakan, panggil la si gagap tolong basuh pungkoq ko tu. Atau anwar lagi bagus, boleh dia tolong liwatkan sekali, senang sikit ko membuang nanti. Mc nak bagitau ni, Allah maha adil, hidup kita umpama roda, kadang-kadang kita diatas, kadang-kadang kita dibawah.

MctHeory:
Tunggu balasan dari nya nanti, pasti tiba!

Tiada ulasan: