Selasa, 23 Februari 2010

WANG ROYALTI: SUDAH-SUDAHLA KU LI!



Kita semua sudah didedahkan oleh kerajaan pusat dengan fakta-fakta mengenai mengapa Kelantan tidak berhak mendapatkan wang royalti minyak dari Petronas. Kes kontroversi ini telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang selaku kerajaan Kelantan dengan mengatakan kerajaan pusat mengenepikan hak Kelantan untuk dapat wang royalti.

Oleh itu kerajaan pusat bangkit demi rakyat dengan menghadiahkan rm10juta sebagai wang ehsan demi untuk pembangunan untuk rakyat Kelantan. Cuma cara penyampaian wang tersebut, bukanlah secara terus kepada Kerajaan Kelantan, tetapi disalurkan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Ini menyebabkan kerajaan Pas Kelantan semakin memberontak dan disokong oleh bekas menteri kewangan dan pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah ataupun Ku Li. Mc tak tahu, kenapa Ku Li perlu campur tangan dalam hal ini sehinggakan sanggup berkongsi pentas pembangkang untuk menghentam kerajaan Pusat.

Dengar cerita, apabila kerajaan mengeluarkan fakta mengenai sebab kenapa Kelantan tak patut dapat wang Royalti, pun telah dipertikaikan oleh Ku Li. Mc pernah menceritakan tentang latar belakang Ku Li, Mc tidak mahu menceritakan lagi, cuma Mc nak mempertikaikan pendiriannya.

Dulu beliau keluar UMNO sebab kecewa, kemudian tubuh semangat 46, beliau dipergunakan oleh Pas untuk menakhluk Kelantan kembali, kemudian diabaikan oleh Pas sehingga beliau keluar pakatan pembangkang, bubar 46 dan masuk UMNO semula. Kini, adakah kejadian sebegini berulang semula?

Ku Li tak sedar, beliau sedang dipergunakan oleh pakatan, yang menunjukkan kepada rakyat, bahawa UMNO/BN bersalah sehingga Ku Li pun menyokong mereka diatas wang royalti ni. Kini giliran anwar pula yang memperkudakannya. Ku Li tak sedar lagi ke? Takkanla tak ada pemimpin atasan yang berani tegur Ku Li ni.

Punyala beliau nak jadi hero kat Kelantan, sampai sanggup join Pakatan, Jangan sampai, menang sorak, kampung tergadai. Sudah-sudahla Ku Li. .anwar sedang mempergunakan kamu!. .

MctHeory:
Orang tua ni, memang tak sedar-sedar, dari dulu, sampaila sekarang!

4 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

salam bro,
Kuli dah dijanjikan akan menjadi PM bila Paktan Haprak memerintah dalam PRu13 akan datang...berangan lagi..
nuar masuk penjara jadi orang yang paling sesuai ialah Kuli...itu yang tekan minyak jer Kuli..
Apapun UMNO mungkin boleh mengambil langkah menghantar orang untuk 'mengejutkan' Kuli yang sedang angau tu..tak pun bagi jer dia handle duit ihsan tu, biar dia pulak ngadap nik najis...
tq bro

Frodo Baggins berkata...

hehehhehe ... hari ni ada kumpul kan geng diorg ni? x abis2 .... dah baca story kat blog bro GAP sal uncle ni ..


>>___<<

Tanpa Nama berkata...

salam bro.......
rasa-rasanya le...kerajaan pas kelantan dah takberduit, dah habis disakau koroni-koroni & lebai-lebai PAS......Perbelajaan nak membayar bil ubat Tuanku Sultan di singapore dah berlambak-lambak siapa nak bayar kalau bukan kerajaan PAS kelantan.....agak-agaknye le.....

Tanpa Nama berkata...

Pas dah gila makan duit rakyat! sebab tu duit yang ni depa nak makan juga. Ku Li batak ni ada syer kot!