Memaparkan catatan dengan label Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelantan. Papar semua catatan
Rabu, 29 Mei 2013
PANASS!! Telaga Minyak Telah Dijumpai Di Kelantan!
TUMPAT – Tiga sekeluarga di Kampung Baru Pasir Pekan di sini, terkejut apabila telaga yang digunakan sejak 30 tahun mengeluarkan minyak dipercayai petrol.
Kejadian itu disedari Zulnurain Ahmad, 28, ketika membersihkan telaga di rumahnya dua minggu lalu.
“Semasa saya ceduk air telaga dengan timba, saya nampak air telaga ini berminyak dan berbau seperti minyak petrol.
“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas ditapis ia seakan minyak petrol,” katanya.
Lebih meyakinkan Zulnurain, minyak yang diambil dari telaga itu apabila dituangkan ke dalam tangki mesin rumput, ia berfungsi dan apabila dicucuh api, ia terbakar.
Dengan penemuan itu, misteri air telaga Zulnurain berbau minyak petrol selama empat bulan lalu terjawab.
Zulnurain berkata, dia amat risau keselamatan keluarganya kerana telaga tersebut berada di dalam rumah.
“Saya ada anak kecil berusia lapan bulan, bau petrol dari telaga itu memenuhi ruang rumah saya.
“Bukan sahaja mendatangkan pencemaran bau, tetapi boleh mengundang kebakaran dan memudaratkan kesihatan saya kerana air telaga itu sudah tercemar,” katanya.
Zulnurain berkata, sejak penemuan minyak itu, hampir 100 liter minyak dipercayai petrol berjaya dikumpulkan dan diletakkan dalam tangki mesin rumput.
Dua telaga jiran Zulnurain turut terlibat
Tinjauan Sinar Harian di kampung tersebut mendapati dua lagi telaga iaitu di rumah Nik Yusof Nik Salleh, 75, dan Ahmad Othman, 69, turut berbau minyak petrol dan airnya berminyak.
Didapati telaga milik Nik Yusof yang berada di belakang rumahnya seperti ada mata air bercampur minyak membuak keluar dari celah kerek telaga itu.
Dari mana minyak ini datang terus menjadi misteri, bagaimanapun tinjauan wartawan mendapati kira-kira 200 meter dari kediaman mereka, beroperasi sebuah stesen minyak.
Masalah air telaga bercampur minyak di percayai petrol sudah dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar.
“Kami harap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan keselamatan kami tiga sekeluarga di sini.
Komen:
Kah Kah Kah.. ingat betul la ada minyak kat Kelantan.. rupanya tangki kedai minyak petrol yang bocor!! he he he.. kelakar sungguh laaa..
McTheory:
Ingat Kelantan dah kaya dah lepas ni..
Isnin, 21 Jun 2010
KERAJAAN KELANTAN LANTIK TIMBALAN EXCO? FREE KE BERBAYAR?

Keputusan Kerajaan Kelantan melantik 13 timbalan Exco, yang kononnya untuk meringankan beban kerja bagi exco yang ada sekarang, dilihat sebagai tindakan yang membazir, nak baca klik sini. Membazir duit rakyat dalam erti kata lain. Jika dulu dilihat exco-exco yang ada sekarang ni pun nampak serupa tak buat kerja apa-apa pun. Bila ada timbalan nanti nampak gaya mereka dah boleh tidur dalam pejabat exco.
Sudah la Kelantan duit kureng, ekonomi pun teruk. Dok sebuk nak kayakan geng sendiri pula. Rakyat Kelantan macam mana? Jika lantik exco, apa yang rakyat dapat? Duit rakyat, akan digunakan untuk membayar gaji timbalan exco ini. Murah ke gaji exco? Jika gaji exco pun boleh tahan mahalnya, timbalan exco mestilah lebih kurang saja kan? Dah tahu defisit akan naik, buat apa nak tambah staf lagi?
Pada 25 Oktober tahun lalu, ketika pembentangan bajet negeri, Kerajaan Negeri Kelantan dianggar mengalami bajet defisit sebanyak RM29.50 juta pada tahun ini dengan perbelanjaan mengurusnya dianggarkan berjumlah RM416.88 juta berbanding hasil yang dianggar berjumlah RM387.38 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata defisit bagi tahun 2010 dijangka berjumlah RM29.50 juta berbanding defisit bajet 2009 berjumlah RM20.20 juta.- sambung baca komen Putra Merdeka. Tak tahulah kenapa N.ajis boleh buat tindakan sebegini. Agaknya pasti ada 'penasihat' yang menasihatkan orang tua ni supaya melakukan perkara yang sia-sia. Kadang-kadang Mc pun kesian tengok N.ajis, Mc percaya kebanyakan keputusan kerajaan negeri sekarang bukan dari idea N.ajis, tapi oleh 'penasihat'nya yang mempengaruhi keputusan peribadi.
Timbalan exco pastinya akan dilantik dari kalangan puak sendiri. Silap-silap adik-beradik, sepupu sepapat, pakcik makcik, semua dari family. Biasalah kerajaan negeri Kelantan ni kan umpama 'family bussines'. Bagus la pok nik weii.. kayakanlah kroni, jagalah kroni. Rakyat? Tolak tepi, nanti nak mengundi baru kita tipu lagi, ye tak?
MctHeory:
Dah tahu negeri tu nak bangkrap. Dok perabih duit kat kroni buat apa lagi?
Ahad, 20 Jun 2010
FIESTA KELANTAN: UMNO DERHAKA PADA PEMANGKU SULTAN KELANTAN? FAKTA ATAU AUTA?

Mc ada terbaca dalam blog pencacai Pakatan Haram, Perosak Rakyat, hasil tangan Tulang Babi yang membuat fitnah secara terbuka mengenai Fiesta Kelantan 2010. Ni la orang kata bodoh tak boleh diajar. Bila tak tahu tu bukan nak bertanya, main serbu je. Tambahan pula tuduhan si bonggok tu buat kata UMNO derhaka kepada Pemangku Sultan Kelantan adalah tidak benar sama sekali. Tuduhan itu adalah fitnah yang paling besar dan tanpa bukti yang kukuh.
Untuk mengesahkan cerita sebenarnya, Mc cuba sms blogger Pisau yang masih berada di Fiesta. Tambahan pula Pisau masih lagi bersama dengan pihak penganjur dan akan mendedahkan bukti dan fakta sebenar tentang apa yang terjadi disana. Mengikut apa yang Mc dapat dari Pisau, memang benar dalam aturcara majlis dikatakan Ds Najib yang akan merasmikan majlis tersebut. Hakikat sebenarnya, Pemangku Sultan yang akan merasmikannya.
Ceritanya begini, semasa perasmian Ds Najib dan Pemangku Sultan akan naik ke pentas bersama dan Ds Najib akan serahkan 'Mock Up" Wau Bulan kepada Pemangku Sultan untuk rasmikan majlis. Bukan Ds Najib yang akan rasmikan majlis. Ini adalah rancangan yang dibuat oleh pihak penganjur dan pada hari perasmian berkenaan Mc dimaklumkan Ds Najib akan mengadap bertemu Sultan dan Pemangku Sultan sebelah pagi dan petang. Takde apa yang derhakanya, puak pencacai Pas ni saja nak spin isu ni.
Nak tahu kenapa mereka rampas banner pihak penganjur? Disebabkan dibanner tu ada muka Ds Najib, puak-puak Pas ni kalau tengok muka Ds Najib sekarang ni mau boleh kena histeria. Sememangnya banner tu perlu diletakan muka Ds Najib dan Pemangku Sultan. Tapi jika diletakkan muka pemangku Sultan bukankah itu tujuan tidak beradap? Tujuan promosi dengan meletakan muka Pemangku Sultan, itu salah disisi undang-undang.
Lagi satu, N.ajis ada mengatakan dalam perjanjian pertama dengan pihak penganjur Fiesta akan membenarkan N.ajis berucap. Mana ada! Semua ini dusta semata-mata. Pembohong besar! Dia yang syok sendiri nak berucap. Bila orang tak bagi mulalah dia melenting mengamuk dan suruh beruk-beruk Pas yang lain pulaukan fiesta tersebut.
Kalau dah memang dasar pembohong, buka mulut sikit je dah pasti banyak yang dibohongnya. Agaknya dalam 100 perkataan, 110 perkataan tak boleh pakai. Wahai la Pas Kelantan, kenapa a dengki benar kamu kepada orang yang nak berjaya. Kamu katakan UMNO ni jahat la apa la, sebenarnya Pas ni perangai buruk macam dajal. Teruk Bebenor!
Bila dah sabotaj, jadi la macam ni, klik sini
MctHeory:
Sejak kawan dengan Dap, Pas dah makin kejam!
Sabtu, 19 Jun 2010
DISEBALIK PAS-RAEL SABOTAJ FIESTA KELANTAN!
Pelbagai tohmahan dibuat terhadap Fiesta Kelantan 2010. Paling buruk apabila blogger pencacai Pas dan Pakatan bertepuk tangan dan bergembira dengan sabotaj yang mereka buat untuk merosakkan Fiesta ini. Mc merasa bertanggung jawab untuk menyebarkan berita sebenar apa yang terjadi di Fiesta itu sebenarnya. Sila baca laporan sebenar dari Blogger Pisau yang berada disana.
Pisau berada di di Kota Bharu untuk mengikuti perkembangan Fiesta Kelantan.Pisau tiba di sana sehari lebih awal untuk melihat persiapan pihak penganjur iaitu Red Carpet Worldwide.
Pisau melihat usaha pihak penganjur amat baik apabila memberi peluang dan platform kepada usahawan usahawan melayu PKS untuk memasarkan produk dan barangan mereka.
Dalam masa yang sama pelbagai agensi agensi kerajaan pusat dan negeri turut sama terlibat didalam fiesta ini seperti KDN,JPN,KADA,MARDI,SPNB,Institusi Pengajian Tinggi terdiri daripada universti dan kolej koleh termasuklah ketiga tiga cabang angkatan tentera.
.JPG)
.JPG)
Golongan muda turut sama tidak dilupakan buat pertama kali penganjuran sukan lasak Xtreme dan Paintball..JPG)
(peserta dijemput dari seluruh Asia Tenggara untuk menyertai acara Xtreme ini,namun Khawarij PAS telah menghancurkan hati anak muda,apabila kelmarin pihak penganjur diarah mengosongkan kawasan ini.)
Berkesempatan bersama Shahrul Nasrun Kamarudin iaitu penganjur Fiesta Kelantan ,umurnya baru 24tahun,tetapi mampu untuk menguruskan Fiesta berskala besar ini.Semangat anak muda ini untuk memberikan pendedahan kepada anak muda dan rakyat Kelantan pada amnya seharusnya diberikan pujian.
Beliau telah berusaha untuk menganjurkan fiesta ini lebih setahun dengan bertemu dengan pelbagai pihak,pemimpin yang pertama beliau jumpa adalah MB Kelantan iaitu Nik Aziz . Malah dalam pertemuan itu beliau mendapat persetujuan dari Nik Aziz sebelum memanjangkan kepada exco kerajaan negeri.
Kerajaan negeri bersetuju dengan penganjuran fiesta ini kerana mereka tidak akan mengeluarkan sesen pun,malah diletakkan sebagai penganjur bersama .
Pisau mendengar dan melihat sendiri bagaimana pihak PAS memutar belitkan kenyataan,malah mereka turut menarik diri pada petang sebelum majlis perasmian.klik sini untuk jawapan balas oleh pihak pengajur.
Pada hari raptai dijalankan pada waktu malam,semua lampu dipasang sistem audio dan lampu turut diuji,dalam masa yang sama hujan turun,namun tiada apa apa masaalah yang dihadapi walaupun hujan turun dengan lebat.Hampir seribu pesilat dan kanak kanak terlibat didalam majlis raptai termasuklah pasukan tentera .
Namun,setelah tersebarnya berita bahawa pihak kerajaan negeri menarik diri,pelbagai masaalah timbul.Mereka mendakwa kononnya pihak penganjur tidak membayar sewa stadium walhal pembayaran telah dibuat dan disertakan dengan resit.
Pihak PAS berusaha untuk menghalang daripada majlis perasmian dijalankan,sabotaj sana sini.
Pada malam perasmian,Lampu stadium tidak dinyalakan,walhal pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 8 mlm.
Pintu untuk penonton masuk turut dikunci dan dibuka lambat,Pisau berada diluar stadium,dan sempat melihat pengunjung merungut kerana tidak dapat masuk kedalam stadium.
Setelah didesak oleh pihak penganjur,barulah pintu dibuka,dan penonton mula membanjiri kedalam stadium.Pada pukul 8.30 mlm,ketika penonton mula masuk dan mengambil tempat duduk ketika itulah hujan mula turun.Ramai penonton terpaksa beredar kerana hujan mula turun dengan lebat sepertimana malam sebelumnya.
Di sekitar podium tempat duduk berbumbung ,dipenuhi oleh penonton,yang amat menyedihkan,lampu turut dipadamkan , pihak pengurusan stadium menyedari ramai penonton dan termasuklah kanak kanak dibawah tempat berbumbung namun kerana menuruti kehendak Islam PAS,maka sabotaj harus diteruskan untuk menghalang majlis dijalankan.
Pada pukul 9 barulah lampu ditempat duduk berbumbung dinyalakan,pada waktu itu sudah kedengaran ura ura bahawa PM tidak dapat hadir,setelah menanti 30minit,pihak penganjur telah mendapat kepastian bahawa PM dan Pemangku Raja membatalkan kehadiran,mereka meneruskan majlis perasmian dengan digantikan Tok Pa sebagai wakil PM.
Saudara Mahadir Lokman,pengacara pada majlis itu untuk mengumumkan ucapan Tok Pa akan membuat ucapan ketika itulah sistem audio dimatikan secara tiba tiba. Dan lampu limpah ditutup,hanyalah lampu kecil dinyalakan


Perasmian terpaksa dijalankan dalam keadaan sabotaj disana sini oleh pihak Khawarij PAS dan pengurusan stadium.
Pada malam itu Pisau membaca beberapa blog haprak,ternyata mereka berbohong dan membuat fitnah walhal majlis itu telah disabotaj sejak dari awal lagi.
Tak ketinggalan Pisau ternampak blogger haprak perisik rakyat sedang asyik mengambil gambar bersama seorang lagi blogger ruangbicaraparia ,gelagat mereka dirakamkan oleh teman blogger DET.
Inilah kerja mereka,tidak tahu hujung pangkal terus melaporkan kerja kotor PAS kononnya pihak penganjur mendapat pembalasan tuhan,walhal PAS Khawarij dengan jahatnya telah mensabotaj sejak dari awal lagi.
Pisau membandingkan cerita dari pihak penganjur dan apa yang dituliskan oleh blogger haprak,Harakah dan Malaysiakini ternyata mereka telah membuat fitnah dan tidak tahu perkara yang sebenar.
Khawarij PAS ternyata amat kejam terhadap usahawan melayu bumiputra,malah mereka turut sama kejam terhadap anak anak muda Kelantan.
Baca kronologi Pas sabitaj Fiesta Kelantan di DarulEhsanToday
MctHeory:
Kenapa la busuk benor hati+perut orang-orang Pas ni?
Pisau berada di di Kota Bharu untuk mengikuti perkembangan Fiesta Kelantan.Pisau tiba di sana sehari lebih awal untuk melihat persiapan pihak penganjur iaitu Red Carpet Worldwide.
Pisau melihat usaha pihak penganjur amat baik apabila memberi peluang dan platform kepada usahawan usahawan melayu PKS untuk memasarkan produk dan barangan mereka.
Dalam masa yang sama pelbagai agensi agensi kerajaan pusat dan negeri turut sama terlibat didalam fiesta ini seperti KDN,JPN,KADA,MARDI,SPNB,Institusi Pengajian Tinggi terdiri daripada universti dan kolej koleh termasuklah ketiga tiga cabang angkatan tentera.
Golongan muda turut sama tidak dilupakan buat pertama kali penganjuran sukan lasak Xtreme dan Paintball.
(peserta dijemput dari seluruh Asia Tenggara untuk menyertai acara Xtreme ini,namun Khawarij PAS telah menghancurkan hati anak muda,apabila kelmarin pihak penganjur diarah mengosongkan kawasan ini.)
Berkesempatan bersama Shahrul Nasrun Kamarudin iaitu penganjur Fiesta Kelantan ,umurnya baru 24tahun,tetapi mampu untuk menguruskan Fiesta berskala besar ini.Semangat anak muda ini untuk memberikan pendedahan kepada anak muda dan rakyat Kelantan pada amnya seharusnya diberikan pujian.
Beliau telah berusaha untuk menganjurkan fiesta ini lebih setahun dengan bertemu dengan pelbagai pihak,pemimpin yang pertama beliau jumpa adalah MB Kelantan iaitu Nik Aziz . Malah dalam pertemuan itu beliau mendapat persetujuan dari Nik Aziz sebelum memanjangkan kepada exco kerajaan negeri.
Kerajaan negeri bersetuju dengan penganjuran fiesta ini kerana mereka tidak akan mengeluarkan sesen pun,malah diletakkan sebagai penganjur bersama .
Pisau mendengar dan melihat sendiri bagaimana pihak PAS memutar belitkan kenyataan,malah mereka turut menarik diri pada petang sebelum majlis perasmian.klik sini untuk jawapan balas oleh pihak pengajur.
Pada hari raptai dijalankan pada waktu malam,semua lampu dipasang sistem audio dan lampu turut diuji,dalam masa yang sama hujan turun,namun tiada apa apa masaalah yang dihadapi walaupun hujan turun dengan lebat.Hampir seribu pesilat dan kanak kanak terlibat didalam majlis raptai termasuklah pasukan tentera .
Namun,setelah tersebarnya berita bahawa pihak kerajaan negeri menarik diri,pelbagai masaalah timbul.Mereka mendakwa kononnya pihak penganjur tidak membayar sewa stadium walhal pembayaran telah dibuat dan disertakan dengan resit.
Pihak PAS berusaha untuk menghalang daripada majlis perasmian dijalankan,sabotaj sana sini.
Pada malam perasmian,Lampu stadium tidak dinyalakan,walhal pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 8 mlm.
Pintu untuk penonton masuk turut dikunci dan dibuka lambat,Pisau berada diluar stadium,dan sempat melihat pengunjung merungut kerana tidak dapat masuk kedalam stadium.
Setelah didesak oleh pihak penganjur,barulah pintu dibuka,dan penonton mula membanjiri kedalam stadium.Pada pukul 8.30 mlm,ketika penonton mula masuk dan mengambil tempat duduk ketika itulah hujan mula turun.Ramai penonton terpaksa beredar kerana hujan mula turun dengan lebat sepertimana malam sebelumnya.
Di sekitar podium tempat duduk berbumbung ,dipenuhi oleh penonton,yang amat menyedihkan,lampu turut dipadamkan , pihak pengurusan stadium menyedari ramai penonton dan termasuklah kanak kanak dibawah tempat berbumbung namun kerana menuruti kehendak Islam PAS,maka sabotaj harus diteruskan untuk menghalang majlis dijalankan.
Pada pukul 9 barulah lampu ditempat duduk berbumbung dinyalakan,pada waktu itu sudah kedengaran ura ura bahawa PM tidak dapat hadir,setelah menanti 30minit,pihak penganjur telah mendapat kepastian bahawa PM dan Pemangku Raja membatalkan kehadiran,mereka meneruskan majlis perasmian dengan digantikan Tok Pa sebagai wakil PM.
Saudara Mahadir Lokman,pengacara pada majlis itu untuk mengumumkan ucapan Tok Pa akan membuat ucapan ketika itulah sistem audio dimatikan secara tiba tiba. Dan lampu limpah ditutup,hanyalah lampu kecil dinyalakan
Perasmian terpaksa dijalankan dalam keadaan sabotaj disana sini oleh pihak Khawarij PAS dan pengurusan stadium.
Pada malam itu Pisau membaca beberapa blog haprak,ternyata mereka berbohong dan membuat fitnah walhal majlis itu telah disabotaj sejak dari awal lagi.
Tak ketinggalan Pisau ternampak blogger haprak perisik rakyat sedang asyik mengambil gambar bersama seorang lagi blogger ruangbicaraparia ,gelagat mereka dirakamkan oleh teman blogger DET.
Inilah kerja mereka,tidak tahu hujung pangkal terus melaporkan kerja kotor PAS kononnya pihak penganjur mendapat pembalasan tuhan,walhal PAS Khawarij dengan jahatnya telah mensabotaj sejak dari awal lagi.
Pisau membandingkan cerita dari pihak penganjur dan apa yang dituliskan oleh blogger haprak,Harakah dan Malaysiakini ternyata mereka telah membuat fitnah dan tidak tahu perkara yang sebenar.
Khawarij PAS ternyata amat kejam terhadap usahawan melayu bumiputra,malah mereka turut sama kejam terhadap anak anak muda Kelantan.
Baca kronologi Pas sabitaj Fiesta Kelantan di DarulEhsanToday
MctHeory:
Kenapa la busuk benor hati+perut orang-orang Pas ni?
Ahad, 21 Mac 2010
APA KO MEREPEK NI ZAID?! SOAL ROYALTI KE POKET DAH TAKDE ISI?

Mc terbaca tentang si mabuk Zaid pencacai Anwar yang setelah keluar dari UMNO dan dilantik sebagai Penyelaras Pakatan Haram, yang masih cuba lagi mempertikaikan soal Royalti minyak atau wang ehsan dari kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan. Zaid ni mencabar kerajaan supaya mendedahkan perjanjian royalti minyak diantara Petronas dengan kerajaan negeri.
Pertama sekali Mc nak beritahu, apa jua perjanjian diantara petronas dan kerajaan negeri, semua itu tertakhluk kepada budi bicara kerajaan pusat. Pada kes Kelantan ni kerajaan pusat sudah menetapkan untuk memberi wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bukan kepada kerajaan negeri. Kerana takut wang ehsan itu akan disalahgunakan oleh kerajaan negeri Kelantan. Almaklumlah..Pas Kelantan sekarang ni tengah kekeringan duit. Takut nanti bila sampai ke tangan N.ajis atau Husam. Habis kering duit rakyat ditelan mereka nanti.
Sebab itu kerajaan pusat membuat keputusan dengan mahu mengagihkan wang ehsan ke rakyat Kelantan mengikut saluran yang boleh dipercayai dan akan memastikan wang tersebut sampai kepada rakyat dan berguna untuk kesenangan rakyat Kelantan! Apa bezanya wang ehsan dengan wang royalti? Kalau kedua-duanya boleh dinikmati oleh rakyat Kelantan?
Pedulikan kerajaan negeri Kelantan yang sudah sengkek! Mereka bukan mahu membangunkan Kelantan pun. 1 Masjid pun tak pernah mereka buat! Mereka sibuk fikir macamana nak berfitnah dan berpolitik untuk menipu rakyat saja. Banyak kesongsangan dalam pentadbiran Kelantan semasa menguruskan kewangan, macam mana kerajaan Pusat nak percaya bagi duit kat diorang?
Kenapa si Zaid dan Pakatan Haram marah sangat bila Kerajaan Pusat hendak bagi wang ehsan kepada rakyat? Biarlah..bukan duit mereka pun, kecualilah mereka ada niat lain untuk mengambil kesempatan keatas wang tersebut, seperti Mc katakan tadi. Mungkin poket puak Pakatan Haram dah tak berisi lagi. Mana nak ada duit kalau si bos nya asyik terbang kesana sini memperabih duit je.
Kepada si Zaid, sudah-sudahla tu Zaid weii.. rakyat pun dah bosan dan jemu dengar ko dok merepek. Berapa kerat sangat yang sokong ko Zaid? Ko nama kata orang melayu, tapi hidup ko dah tak serupa melayu. Kalau melayu kena pijak, ada ko nak tolong?
MctHeory:
Orang mabuk memang macam tu. Bercakap ikut sedap mulut saja.
Selasa, 23 Februari 2010
WANG ROYALTI: SUDAH-SUDAHLA KU LI!

Kita semua sudah didedahkan oleh kerajaan pusat dengan fakta-fakta mengenai mengapa Kelantan tidak berhak mendapatkan wang royalti minyak dari Petronas. Kes kontroversi ini telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang selaku kerajaan Kelantan dengan mengatakan kerajaan pusat mengenepikan hak Kelantan untuk dapat wang royalti.
Oleh itu kerajaan pusat bangkit demi rakyat dengan menghadiahkan rm10juta sebagai wang ehsan demi untuk pembangunan untuk rakyat Kelantan. Cuma cara penyampaian wang tersebut, bukanlah secara terus kepada Kerajaan Kelantan, tetapi disalurkan kepada pihak-pihak yang berkenaan.
Ini menyebabkan kerajaan Pas Kelantan semakin memberontak dan disokong oleh bekas menteri kewangan dan pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah ataupun Ku Li. Mc tak tahu, kenapa Ku Li perlu campur tangan dalam hal ini sehinggakan sanggup berkongsi pentas pembangkang untuk menghentam kerajaan Pusat.
Dengar cerita, apabila kerajaan mengeluarkan fakta mengenai sebab kenapa Kelantan tak patut dapat wang Royalti, pun telah dipertikaikan oleh Ku Li. Mc pernah menceritakan tentang latar belakang Ku Li, Mc tidak mahu menceritakan lagi, cuma Mc nak mempertikaikan pendiriannya.
Dulu beliau keluar UMNO sebab kecewa, kemudian tubuh semangat 46, beliau dipergunakan oleh Pas untuk menakhluk Kelantan kembali, kemudian diabaikan oleh Pas sehingga beliau keluar pakatan pembangkang, bubar 46 dan masuk UMNO semula. Kini, adakah kejadian sebegini berulang semula?
Ku Li tak sedar, beliau sedang dipergunakan oleh pakatan, yang menunjukkan kepada rakyat, bahawa UMNO/BN bersalah sehingga Ku Li pun menyokong mereka diatas wang royalti ni. Kini giliran anwar pula yang memperkudakannya. Ku Li tak sedar lagi ke? Takkanla tak ada pemimpin atasan yang berani tegur Ku Li ni.
Punyala beliau nak jadi hero kat Kelantan, sampai sanggup join Pakatan, Jangan sampai, menang sorak, kampung tergadai. Sudah-sudahla Ku Li. .anwar sedang mempergunakan kamu!. .
MctHeory:
Orang tua ni, memang tak sedar-sedar, dari dulu, sampaila sekarang!
Langgan:
Catatan (Atom)
