Isnin, 21 Jun 2010
KERAJAAN KELANTAN LANTIK TIMBALAN EXCO? FREE KE BERBAYAR?
Keputusan Kerajaan Kelantan melantik 13 timbalan Exco, yang kononnya untuk meringankan beban kerja bagi exco yang ada sekarang, dilihat sebagai tindakan yang membazir, nak baca klik sini. Membazir duit rakyat dalam erti kata lain. Jika dulu dilihat exco-exco yang ada sekarang ni pun nampak serupa tak buat kerja apa-apa pun. Bila ada timbalan nanti nampak gaya mereka dah boleh tidur dalam pejabat exco.
Sudah la Kelantan duit kureng, ekonomi pun teruk. Dok sebuk nak kayakan geng sendiri pula. Rakyat Kelantan macam mana? Jika lantik exco, apa yang rakyat dapat? Duit rakyat, akan digunakan untuk membayar gaji timbalan exco ini. Murah ke gaji exco? Jika gaji exco pun boleh tahan mahalnya, timbalan exco mestilah lebih kurang saja kan? Dah tahu defisit akan naik, buat apa nak tambah staf lagi?
Pada 25 Oktober tahun lalu, ketika pembentangan bajet negeri, Kerajaan Negeri Kelantan dianggar mengalami bajet defisit sebanyak RM29.50 juta pada tahun ini dengan perbelanjaan mengurusnya dianggarkan berjumlah RM416.88 juta berbanding hasil yang dianggar berjumlah RM387.38 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata defisit bagi tahun 2010 dijangka berjumlah RM29.50 juta berbanding defisit bajet 2009 berjumlah RM20.20 juta.- sambung baca komen Putra Merdeka. Tak tahulah kenapa N.ajis boleh buat tindakan sebegini. Agaknya pasti ada 'penasihat' yang menasihatkan orang tua ni supaya melakukan perkara yang sia-sia. Kadang-kadang Mc pun kesian tengok N.ajis, Mc percaya kebanyakan keputusan kerajaan negeri sekarang bukan dari idea N.ajis, tapi oleh 'penasihat'nya yang mempengaruhi keputusan peribadi.
Timbalan exco pastinya akan dilantik dari kalangan puak sendiri. Silap-silap adik-beradik, sepupu sepapat, pakcik makcik, semua dari family. Biasalah kerajaan negeri Kelantan ni kan umpama 'family bussines'. Bagus la pok nik weii.. kayakanlah kroni, jagalah kroni. Rakyat? Tolak tepi, nanti nak mengundi baru kita tipu lagi, ye tak?
MctHeory:
Dah tahu negeri tu nak bangkrap. Dok perabih duit kat kroni buat apa lagi?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan