Ahad, 14 Februari 2010
KENAPA KAUM INDIA SOKONG ANWAR!
Mc janji hendak ceritakan 'kenapa orang india sokong Anwar?' Semua ini adalah dari sudut pandangan mata Mc dan hasil temuramah Mc dengan beberapa penyokong tegar Anwar berbangsa India. Kaum india adalah kaum yang sensitif dan setiakawan, cuma mereka paling diutamakan keturunan serta darjat antara mereka.
Semasa Mc pergi ke ceramah Bro Anwar di Batu Caves, Mc ternampak satu kumpulan pemandu teksi india yang begitu khusyuk dan taksub mendengar ceramah Anwar. Kumpulan ini juga yang sungguh-sungguh menyorak dan menjerit nama Anwar. Apakah sebabnya kumpulan ini begitu sayang dan taksub kepada peliwat yang bernama Anwar ini?
Untuk mengetahui sebab dan musababnya, Mc bercadang hendak menggunakan khidmat teksi salah seorang dari kumpulan teksi india terbabit, walaupun Mc datang dengan kereta, demi untuk bersembang dan mengorek rahsia mereka, Mc sanggup!. Selesai ceramah, agak lewat, Mc terus pergi kearah teksi kumpulan terbabit dan bertanya.
"Bro, teksi jalan ke Maluri tak"
seorang pemandu teksi yang mukanya agak garang dan misai bercabang memandang Mc dan bersuara.
"Maluri dekat mana?" Mc Jawab, Maluri dekat dengan Jusco.
Dia mengangguk dan mengarahkan Mc naik teksinya.
Semasa didalam teksi, Mc sempat memerhatikan keadaan didalam teksinya yang penuh dengan gambar tokong hindu. Kedengaran radio memasang lagu tamil dengan perlahan. Ada satu tokong kecil didashboard keretanya, 'keychain' PKR ada tergantung dekat cermin pandang belakang dan gambar sticker PKR pun ada dicermin hadapan teksinya. Memang sah la, pemandu teksi ni orang kuat PKR. Mc memulakan perbualan.
"bro, bila lagi ada ceramah Anwar?" dengar soalan tu, dia tersengih. Dia jawab.
"Dengar kata minggu depan Abang Anwar mau turun Selayang sama Azmin"
Ohh..yeke? Mc jawab.
Adik, ahli PKR ke? dia tanya.
"tak, saya cuma penyokong jauh-jauh je". Mc jawab (menipu sunat takpe).
Bro, orang kuat PKR ke? Mc tanya balik.
Dia tak jawab, tapi dia tersingih sambil terkekek, bersembur air liurnya.
"Tadaa laa kuat sangat, saya cuma sokong itu Abang Anwar kerana dia banyakk baik" dia kembali bersuara.
Mc rasa umpan Mc dah mengena, Mc pun terus tanyakan soalan-soalan berat yang dah agak lama menghantui kepala otak Mc ni. Pemandu teksi ni pun jawab dengan bangga sangat, habis semua sejarah dia buka, dia juga menceritakan kenapa, mengapa dan sebab apa dia dan kumpulannya menyokong Anwar.
Kenapa mereka sokong Anwar?
Mereka memanggil Anwar dengan panggilan Abang Anwar! Sebabnya, bagi mereka, Anwar ni umpama Abang angkat kepada kaum india yang susah dan sanggup bersusah payah demi mereka. Diceritakan, Anwar juga yang memberi sokongan kepada hindraf supaya menuntut keadilan kaum india di Malaysia.
Mengapa mereka sokong Anwar?
Kerana Anwar mengaku bahawa, Anwar adalah dari keturunan India. Anwar mengaku, tok neneknya dulu adalah dari keturunan india, dan sebab itulah dia dapat merasakan kesusahan orang india, dia dapat menjiwai mereka. Dari apa yang Mc dengar dari pemandu teksi tu la.
Sebab apa mereka sokong Anwar?
Untuk menuntut hak mereka semula di bumi Malaysia. Anwar berjanji akan memberikan kehidupan yang lebih baik lagi kepada kaum india, jika dia menang pilihanraya umum dan akan membela nasib mereka. Bagi mereka, kerajaan sekarang cuma mengutamakan kaum melayu. UMNO/BN hanya jaga melayu dan cina sahaja.
Mc faham akan perasaan pemandu teksi ni, cuma banyak yang Mc ingin jelaskan padanya bahawa, Anwar sedang menipu dan menracunnya dengan dakyah dah janji kosong. Mungkin si pemandu teksi india ni tak kenal Anwar dengan lebih dalam, sebab itu dia dan kumpulannya amat mudah percayakan Anwar.
Bagi pemandu teksi ini, bagi mereka, kerajaan sekarang tidak bertindak adil dalam menjaga rakyat. Bagi mereka, kerajaan hanya jaga kaum melayu dan cina. Bagi mereka, tiada sebarang usaha kerajaan untuk mengubah nasib kaum india, mereka sering dipinggirkan. Akhirnya mereka tertekan dan tersepit, sehinggalah Anwar datang dan mengiktirafkan dirinya sebagai hero kaum india dan berjanji untuk mengubah segalanya.
Mungkin si pemandu teksi, kumpulannya dan kaum India yang lain tak sedar, ataupun telah dibutakan oleh Anwar. Kerajaan memberi peluang yang sama rata bagi semua kaum, kerajaan hanya peruntukkan lebih sedikit kepada kaum bumiputra. Jika sesiapa rajin berusaha, dia pasti berjaya. Tidak kira agama atau kaum.
Mc cuma diam sambil melayan perasaan, Mc teringin menjelaskan segalanya pada si pemandu teksi ini, tapi terhalang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Jadi Mc hanya menghangguk kepada sambil menunjukkan minat mengenai apa yang dia ceritakan. Selepas sampai, Mc turun dan bayar tambang teksi sambil berlalu pergi. Otak masih ligat memikirkan perkara tadi.
Kaum india tak faham, kami orang melayu sendiri pun banyak yang merempat dibumi sendiri, tapi jangan salahkan kaum lain. Kenapa kita merempat? kerana kita lalai dan tidak berusaha, maka kaum lain akan ambil kesempatan keatas kita. Semua kejayaan datang dengan adanya usaha, jika tidak berusaha, bukan kata nak kaya. Nak makan sesuap nasi pun tak mampu nanti.
Nampak sangat, minda sesetengah kaum india, sudah diracuni oleh bro Anwar yang memang pakar pembakar sentimen dan peracun minda rakyat yang paling tegar. Kerajaan patut merancang sesuatu dan bertindak sebelum keadaan semakin parah. Jangan harapkan kepada MIC, Samy Vellu hanya jaga kroni dan poket sendiri sahaja, semua orang pun tahu.
MctHeory:
Kesian kepada sesetengah kaum india, mereka sekarang menyokong anwar kerana mereka terpedaya dengan racun dan tipu helah si peliwat penipu ala sesumpah ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
Alhamdulillah, org melayu pkr sudah mula sedar dgn masadepan melayu dlm pkr. Org india pun sebenarnya dah mula perasan yg mereka hanya kena kencing dgn anvar, itu sebab hindraf pun berpecah. Sudahlah minoriti, kaum india berpecah pula melalui PPP,gerakan,dap,pkr,muip dan makhal sakhti dari duduk dlm satu payung MIC.
presiden mic sepatutnya dah memberikan laluan utk penjenamaan dan perubahan dlm mic.
pernah juga naik teksi uncle bangsa india.sticker BN penuh dlm kereta.yg amat di banggakan psl uncle tu dia siap cakap salam satu m'sia..
Ramai kaum india yang masih setia dengan anwar, kena buat sesuatu.
Kepada tuan pengarang,
Saya nak mengkomen tentang perenggan dimana tersebut bahawa bukan sahaja kaum India tetapi kaum Melayu merempat di bumi ini.
Ni memang tepat. Sebenarnya saya telah melakarkan analsis terhadap berapa banyakah wang dari gaji yang bakal disimpan oleh sesorang pekerja.
Ianya hanyalah RM 150 sebulan , secara purata.
Terlebih dahulu, biar saya terangkan politik saya.
Saya kira atas pagar. Bagi saya, kalau KJ yang memerintah, aku tak kira parti mana, aku sokong. Tak kira cap Bulan, cap Ayam, cap Keris, cap entah apa - aku terus sokong.
Ni kerana, ekonomi negara kita banyak diporak perandakan oleh Tun Dr. Mahathir. Ini fakta, dan jikalau Tun Dr. Mahathir berani memberi wadah kepada saya untuk berdebat, saya cukup senang untuk "to prove it" lah.
Walau macam mana pun, saya berani berhujah, ekonomi di negara kita akan tetap tidak menentu kerana ianya bukan lagi kompetitif. Sebelum TDM mengambil tampuk pemerintahaan, kita begitu kompetitif, sehingga syarikat Intel mengiktiraf kilang di Malaysia lebih kompetitif dari kilang di Jepun.
Selepas dia masuk, hancur daya kompetitif negara kita. Hancur sama sekali.
Ramai bloggers pro Kerajaan hanya memfokuskan terhadap dakyah DAP dan PKR tanpa memberi apa2 penekankan kepada penambah baikkan ekonomi negara. Saya yang cuba merungkai pekara tersebut dengan terperinci, dianggap kelas pariah, lebih teruk dari Hindraf.
Sebaliknya, banyak bloggers pro Kerajaan cuba menghentam DSAI kerana dia tu pakar berpura pura. Itu sebenarnya, semua orang tahu - Uncle Singh tu pun tahu juga, tetapi orang kadang kadang sanggup terus percaya kepada cerita dongeng kerana dilihat realitinya begitu pahit.
Hanyalah kerajaan yang dibarisi oleh sdr KJ mampu memberi penyelesaiaan yang konkrit dan bukannya retorik. Tomahan terhadap KJ semuanya dijawab - sampai cerite berkenaan MV Augusta, di jawab dengan cukup komprensif
Itulah intipati saya. Apa beza kerajaan BN dan kerajaan pembangkang jika kedua duanya membawa padah.
Jikalau orang masih hidup merempat?
Jikalau perhubungaan kaum masih retak?
Jikalau fitnah dan kebenaraan dianggap sebgai kebenaraan, ataupun "THE TRUTH"?
Yang beza hanya retorik masing2
Terima kasih
kepada wenger,tun mahathir juga dgn mudah akan prove kat awak mgapa,bgaimana,atas sebab apa sesuatu dasar dan tindakan yg dia buat.nak kritik mmg mudah wahai wenger.
wenger J. Khairy,
Ko ni biar betul? Tun Dr Mahathir merosakkan ekonomi kita? Fuhh. .gegar otak aku dengar. . Setahu aku, jika KJ jadi PM, habis hancus Malaysia dibuatnya. Baik bagi pakatan je jadi pemerintah, lebih kurang je takdak bezanya. Bukan aku kata KJ tak bagus, tapi memang tak bagus pun.
Aku dah pernah duduk dalam UMNO sewaktu Pak Lah dulu, ketika itu pak lah patung, KJ yang perintah, aku dah rasa betapa peritnya. Hingga aku letak jawatan, kalau ko nak puji KJ, janganla masuk dalam blog aku. Tolongla. .muntah darah aku nanti. Aku bukan setiakatwang! aku setia pada agama, bangsa dan tanah air. .
Mctheory aka Pendekar Melayu!
Salam bro, patutlah si Nuar ni cakap berputar-putar..... rupanya satu keturunan. Raja Kapooooooor...
salam tuan blog,
kesian la hindu tu..
kena tipu idup-idup
Mereka lihat anwar adalah manusia terbaik untuk rosakkan melayu yang berpaksikan DAP pengkianat Melayu tu.. Dengan anwar melayu dah berpecah 3 sekarang ini.
Orang Melayu yang dah mula sedar pun banyak, tapi yang dah termakan hasutan pun banyak sebab PAS tetap menyokong PKR asalkan BN jatuh itulah matlamat PAS biarpun mereka tahu Anwar tu penipu besar dan al sodomi hebat.... dialah maha karut...
Komen untuk Wenger J.Khairy..
Wow tetiba penyokong KJ bersuara? Kelakar saya dengar sampai nak menguling2 mendengar kehebatan ekonomi KJ lebih handal dari Tun M. Setahu saya Tun M memerintah Malaysia selama berpuluh tahun harga Minyak naik berapa % je. Berapa Banyak Syarikat Gergasi wujud masa Tun M. Masa Pak Lah boneka KJ memerintah rasanya harag minyak naik semua sedia maklum. BErapa byk pulak syarikat Gergasi Milik negara tergadai demi kepentingan Ekonomi KJ. Hebat2 KJ ade penyokong tegar.
Catat Ulasan