Ahad, 28 Februari 2010

KENAPA SAYA BENCI PAS! part 3



Sambungan daripada siri 1 dan 2 Kenapa saya benci Pas? nak baca klik Sini dan Sini

Sekali lagi Mc nyatakan disini, bahawa penulisan Mc ini adalah pendedahan pengalaman sebenar yang dihadapi oleh penyokong, pemuda dan rakan-rakan semasa berkempen. Pengalaman sebenar bagaimana mereka menghadapi keganasan penyokong Pas yang fanatik dan taksub terhadap pemimpin mereka.

Alhamdullilah. .pendedahan Mc mendapat sambutan dari rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan mendaulatkan undang-undang negara, semoga apa yang dipapar menjadi tauladan dan iktibar buat pembaca.

Serbu ke Kuala Kedah Kubu Kuat Pas!

Pengalaman ini antara pengalaman paling ngeri dan menakutkan bagi siapa yang menghadapinya. Terjadi ketika waktu berkempen semasa PRU ke 9. Pasukan gerak gempur UMNO, bukan dari pemuda (kerana pada waktu ini, ketua pemuda Alor Star telah meletak jawatan dan masuk parti keadilan), jadi pemuda amat lemah, masih lagi tanpa tujuan.

Gerak gempur ini dilakukan oleh Ustaz Kamal, kalau tak salah. Semasa kejadian kawasan Kuala Kedah dikuasai oleh Mat Sabu. Pada waktu ini Mat Sabu merupakan calon Pas paling popular, pengaruhnya amat kuat dikalangan penyokong Pas.

Gelanggang Parlimen Kuala Kedah pertemukan pertarungan diantara Johari Baharom dan Mat Sabu. Kalau ikut majoriti yang lepas, memang Pas mempunyai peluang yang cerah untuk kekalkan kerusi parlimen Kuala Kedah.

Disebabkan amanah dan semangat untuk merobohkan kubu Pas di Kuala Kedah, kami kesana cuba untuk memberi penerangan kepada penduduk Kuala Kedah, almaklumlah. . mereka ini bukannya suka dengar radio dan tengok tv. Orang Pas kata media ni, mainan UMNO/BN. Yang nombor ekor dalam surat khabar mereka percaya pula, kata semua tipu.

Dengan bantuan beberapa orang penduduk, kami berjaya mencari tempat untuk bertapak, pasang khemah dan mulakan aktiviti. Mungkin pada mulanya aktiviti kami berjumpa penduduk secara rumah ke rumah, pengedaran buku-buku, poster-poster dan cenderamata untuk penduduk kampung, tidak disedari oleh penyokong Pas. Sehinggalah kempen kami agak mendapat sambutan dan dicemburui oleh penyokong Pas disana.

Kemuncaknya, semasa penyediaan pentas untuk membuat ceramah. Pada waktu ini tidak ramai ahli UMNO yang ada kerana masih lagi awal. Cuma ada lebih kurang 11orang yang sedang bekerja. Sedang kami asyik menyusun kerusi. Tiba-tiba terdengar pekikan yang kuat, bagaikan orang gila!

Agaknya seramai lebih 50 orang datang menyerbu ke tempat ceramah, ada yang tua dan ada yang muda. Ramai yang memakai kopiah dan berserban sambil memekik takbir! Keadaan bagaikan hendak berperang. Kami semua terkejut.

Mereka datang untuk menghalau kami keluar dari kampung mereka. Mereka melarang kami mengadakan ceramah disini. Kalau kami berkeras, pasti mereka akan berkasar. Kami memberitahu mereka, bahawa polis sudah mengeluarkan permit yang sah untuk berceramah. Jadi mereka tidak ada hak untuk menghalang kami berceramah disini.

Jawapan kami, disambut dengan makian! Akibatnya habis semua ahli UMNO yang sedang bekerja dikejar oleh mereka. Mereka bersenjatakan kayu dan parang. Mana la boleh lawan, untuk keselamatan, ramai antara kami yang terjun kelaut, masuk semak samun dan kerumah penduduk kampung untuk selamatkan diri.

Begitu ganas penyokong Pas! keganasan mereka bagaikan kami ini musuh mereka di medan perang. Agaknya kalau kami melawan, pasti habis kami dikerjakan. Mc sempat menelefon Polis dan pasukan gempur yang lain untuk minta pertolongan.

Alhamdullilah. .apabila tiada diantara kami yang cedera teruk, semuanya sempat lari selamatkan diri. Cuma cedera ringan tu ada la. Polis menasihatkan kami supaya mengubah tempat ceramah.

Akhirnya, kami tetap berceramah di kampung itu, tetapi di atas pengawasan Polis dan FRU. Segala yang dirancang menjadi dan berjalan lancar. Walau pada mulanya disabotaj oleh penyokong-penyokong Pas yang ekstrim.

Kalau anda pembaca berada ditempat Mc, apakah perasaan anda? mahukan anda menyokong Pas? Mc pernah dapat email, yang bertanyakan, kenapa Mc benci Pas? Mc harap si pengemail tu membaca posting bersiri Mc ini. Untuk mengetahui jawapannya.

Kepada ahli dan penyokong Pas. Jangan taksub kepada parti dan pemimpin. Mereka semua adalah manusia biasa yang mempunyai nafsu dan boleh membuat dosa. Jangan terlalu maksum dan taksub. Masih sempat lagi untuk berubah dan bertaubat. Islam bukan untuk Pas dan Pas sangat jauh dari Islam.

MctHeory:
Bersambung Part 4: Pensyarah ahli Pas gagalkan pelajar penyokong UMNO.

8 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, inilah syaitan-suyaitan dan iblis yg berupa manusia untuk menyesatkan umat Islam di Malaysia....

Kerajaan perlu memandang berat sikap pensyarah-pensyarah PAS di IPTA yg menganianya pelajar Melayu.... hapuskan pengkhianat anak bangsa ini...

Tanpa Nama berkata...

hmm. . Pas mmg sbuah prti yg sgt tksb n ska mbuat prkra yg kcohkn msyarkt

Tanpa Nama berkata...

pemuda ameno penakut!

Tanpa Nama berkata...

memang pemuda umno penakut.. kalau dah berparang.. baik jadi penakut.. bukan apa.. yg serang tu pun sesama islam..

sebab kalau berani..memang jadi arang kalah jadi abu..

hehehe."penakutkan" ..itu laa akal bila letak di lutut.

kalau berani.. bawalaa parang tu gi tetak israel.. takde nya berani... setakat hohahoha dgn sedara sendiri sahaja.

mmmm penakut ye...hehehe

-aku dulu peyokong PAS

Tanpa Nama berkata...

penyokong pas takdak otak! otak ada kat lutut!

Tanpa Nama berkata...

Salam bro, cuba kita imbas kembali peristiwa Muasasah Pas Pokok Sena dulu..bermatian-matian diorang nak pertahankan sampai berkampong kat situ dan lupa anak bini.aku dulu pun berapa banyak habis kat Muasasah tu dulu..la ni apa yang jadi..terbongkang dan mcm rumah hantu tak terjaga..klu nak tau ada yang dah berlatih jadi gorila..guna senjatapi..ingat balik peristiwa penangkapan 4 ke 3 orang PAS di Pokok Sena dalam kereta ada pistol..bayangkanlah kalau kerajaan hapuskan ISA...lu pikir la sendiri...

bekas orang PAS.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu! saya sokong!

Tanpa Nama berkata...

aku pun ada pengalaman, lebeh kurang sama.. sewatu pilihanraya 2004, kat bandar baru bangi, selangor.. kami bukan penakut, kalau hampa ada kat tempat tuh, mana lebih penting.. nyawa ka atau aku bunuh je sedara Islam aku nih.. tapi aku Islam... lebih baik sentiasa mengalah...