Ahad, 28 Februari 2010

UMNO HARUS AMBIL TINDAKAN PADA KU LI!



Ini berita baru yang Mc dapat dari Bernama, lama juga Mc tunggu dari mana-mana kenyataan pemimpin UMNO mengenai tindakan Ku Li yang mengunakan pentas pembangkang untuk menghentam Kerajaan Pusat pasal duit royalti minyak Kelantan. Sebenarnya tindakan Ku Li perlu dipandang serius oleh UMNO kerana beliau mungkin boleh menjadi contoh kepada orang UMNO yang lain untuk mengikut caranya.

TPM pun pernah berasa hairan dengan tindakan Ku Li, kenapa beliau perlu buat begitu sedangkan beliau boleh selesaikan dengan cara lain bersama UMNO. Mungkin Ku Li hendak menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin Kelantan yang sebenar dan cuba menjadi hero kepada rakyat Kelantan, kononnya je la. Tapi caranya umpama tidak menghormati keputusan Ds Najib. Mc andaikan beliau tidak wajar bertindak demikian.

Baca berita dibawah:

BATU PAHAT, 28 Feb (Bernama) -- Umno perlu mengambil tindakan terhadap Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana bersekongkol dengan parti-parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat berkata, walaupun Tengku Razaleigh merupakan bekas "orang besar" di dalam Umno, tetapi ia tidak bermakna beliau perlu diberikan sebarang layanan istimewa.

"Umno perlu mengambil tindakan terhadap Tengku Razaleigh. Beliau tidak sepatutnya diberikan sebarang layanan istimewa walaupun beliau pernah menjadi orang besar di dalam Umno suatu ketika dahulu," katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.

Mohd Puad berkata demikian sebagai mengulas tindakan anggota Parlimen Gua Musang yang bekerjasama serta terlibat di dalam siri ceramah anjuran parti-parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan.

Majlis Tertinggi Umno di dalam mesyuaratnya minggu ini menyerahkan kepada anggotanya untuk menentukan bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah itu.

Menurut Mohd Puad, Tengku Razaleigh sememangnya sengaja menggunakan platform parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan kerana mahu memaksa Umno mengambil tindakan terhadapnya dan seterusnya menjadi hero di dalam isu itu.

"Tujuan beliau (terlibat di dalam siri ceramah pembangkang) itu adalah untuk mencabar parti (Umno) mengambil tindakan terhadap dan membolehkannya menjadi hero, " katanya.

Beliau berkata pandangan Tengku Razaleigh tentang isu royalti minyak Kelantan ketika ini juga adalah tidak konsisten dan berlainan sebagaimana ketika Anggota Parlimen Gua Musang itu memegang jawatan Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

Mengenai tindakan Tengku Razaleigh yang mahu mengadakan siri ceramah tentang isu itu, katanya Umno tidak perlu berasa bimbang kerana anggota Parlimen Gua Musang itu tidak mempunyai pengaruh yang besar, sebaliknya terpaksa bergantung kepada parti pembangkang.
- BERNAMA

MctHeory:
Mc pernah menceritakan mengenai Ku Li dan salah laku tindakannya, boleh klik
sini dan sini

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ku li dah melampau dia memang patut kena hukum, jangan biar dia cakap banyak lagi.

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya ku li dah tak sedar diri ... dulu memperjuangkan umno dah tu buka parti sendiri semangat '46 (tak bersemangat pun) kerana ???? dah tu masuk umno balik dah tu sekarang mahu main back stabber this old man never learn from mistake.

Tanpa Nama berkata...

Maybe this old man ada cita2 nak ambil anwar punya tempat kot? Teka je la.

Ct

Unknown berkata...

Bro, ini Ku Li biar je lah ckp sorang-sorang.Tok sah layan lah. Dia tu tunggu je komen utk dapat exposure semula. Kalu biar je, buat dia macam tak ada benda, dia senyap lah. Saiko je Ku Li, pasti boleh.Org-org nak lemas ni apa pun dia capai utk berpaut. Anwar ni buih pun dia sambar.

Tanpa Nama berkata...

cepatttttttttttt baliklah