Selasa, 9 Mac 2010
DAP KUAT ATAU MCA YANG LEMAH?!
Bosan dan muak! itu yang boleh Mc gambarkan terhadap masalah yang dihadapi oleh parti MCA. Masalah yang berlarutan tidak pernah selesai menyebabkan rakyat menjadi jemu untuk mengikuti perkembangan masalah MCA.
Bagaimana MCA mahu menumpukan perhatian kepada rakyat, jika masalah dalam kain mereka sendiri tidak pernah selesai. MCA sepatutnya selesaikan masalah mereka dan kukuhkan parti bagi membantu UMNO melawan Pakatan Haram.
Akan tetapi MCA seolah-olah masih tengelam dengan masalahnya sendiri. MCA langsung tidak mampu membantu UMNO dalam BN. MCA semakin hari makin dipinggirkan oleh rakyat dan kaum cina. MCA sekarang bagaikan satu beban kepada BN, malah makin hari makin teruk permasalahan dalaman MCA.
Akibat dari masalah sendiri dan kebodohan sesetengan pemimpinnya, kini kaum cina menaruh harapan kepada Dap. Dap pula mengambil peluang ini dengan menyebarkan fahaman songsangnya. Biasalah lagai Dap dihadapan kaumnya, Dap umpama pejuang kesamarataan. Didepan penyokong Pas dan PKR, Dap tunduk bagaikan padi yang berisi. Itulah permainan politik Dap yang gaya ala sesumpah. Depan lain, belakang lain.
Sebab itu kita perlukan parti cina seperti MCA untuk mengekang Dap. Tapi Soi lek atau Tee Kiat, langsung tidak fikir mengenai nasib BN pada masa akan datang. Mereka hanya perjuangkan politik peribadi mereka sahaja. Tak tahulah sama ada kaum cina akan terus menyokong BN atau beralih arah terus kepada Dap.
Kalau MCA terus begini, Mc bagi nasihat supaya bubarkan ajelah MCA tu. Kalau taknak bubar, tolong selesaikan masalah parti. Masa sudah suntuk, selesaikan apa yang perlu. Kalau terus bergaduh sesama sendiri, bagaimana kita nak menjaga rakyat?
MctHeory:
Kadang-kadang perangai orang tua, lagi buruk dari orang muda!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
MCA atau DAP? kedua-duanya sama sahaja. Kedua-dua parti memperjuangkan bangsa Cina. Kedua-dua parti menganggap orang Melayu inferior. Pengalaman menunjukkan orang Cina akan menyokong parti yang nampak lebih kuat memperjuangkan orang Cina dan melanyak orang Melayu. Cuba lihat resolusi MCA yang terbaru yang pada pandangan saya mengkritik secara halus tentang Islam dan majoriti Islam adalah Melayu. Cuba lihat apa berlaku kepada Islam di Negara China tanah besar kaum Cina Malaysia sekarang. Orang-orang Cina beranggapan mereka lebih maju dan lebih layak memerintah Malaysia. Lihat apa berlaku di Singapura, di Thailand dan Indonesia. Di Thailand atau Indonesia walaupun cina kehilangan Namanya tetapi hati cinanya masih pekat dan kuat. Jadi DAP atau MCA, asalkan perjuangan menjadikan Malaysia ini negara diperintah di bawah perdanan menteri atau presiden berbangsa Cina akan tetap dosokong orang Cina.
mungkin duit lebih penting dari perjuangan politik! bagi mca la.. dap pula gila nak kuasa, kalau boleh nak jadi pm terus!
Catat Ulasan