Jumaat, 26 Mac 2010

KISAH DRAMA DI PARLIMEN!



Muka-muka diatas adalah diantara ahli parlimen yang mengelabah bila namanya disebut terbabit dalam perancangan anwar. Malah ada yang naik angin tak tentu pasal bila YB Zahrain menyebut perkara tersebut. Bagi Mc, YB Zahrain cuma meluahkan perasaan peribadinya dengan mengatakan beliau ditipu oleh Anwar, bukannya menuduh YB-YB lain bersubahat? Jadi kenapa nak takut sangat kalau tak buat?

Rasanya blogger lain sudah mainkan isu ini. Disini Mc cuma mahu menyatakan pendirian dan teori yang Mc dapat disebalik kejadian di parlimen tempoh hari. Mungkin ada antara pembaca yang tidak tahu bahawa ramai ahli parlimen BN Sabah yang amat mesra dengan Anwar. Sejak Anwar (sewaktu jadi TPM ) diberi tugas memporakperandakan Sabah sehingga ramai ahli parlimen PBS melompat kepada BN dan akhirnya Sabah jatuh ke tangan BN.

Peristiwa ini sudah lama berlaku. Tapi inilah kehandalan sebenar Anwar, pakar strategi cara memusnahkan kerajaan negeri dengan cara mencuri ahli parlimen. Cara ini juga yang cuba dipraktikkan oleh anwar untuk menawan Malaysia. Cuma mungkin ahli parlimen yang dijanjikan untuk lompat itu takut dan tidak melompat seperti yang dirancang.

Tapi inilah yang dipanggil politik! Rakan atau musuh tidak kekal. Yang kekal hanyalah wang dan kuasa. Selagi engkau berkuasa, selagi engkau mempunyai wang. Kau akan punyai ramai kawan dan pengikut. Andai kata kau jatuh tersungkur, antara seribu kawan tadi, nak jumpa satu pun susah.

Begitu juga dengan anwar. Mungkin dia ingat pengaruhnya masih kuat di Sabah dan Sarawak, malah dia juga punyai ramai rakan baik dikalangan ahli parlimen sebab itu dia yakin dengan rancangan 16 september. Tapi malang apabila anwar tersungkur malu kerana perancangannya tidak dapat kerjasama dari ahli parlimen BN yang cuba disogok oleh anwar.

Apabila semua rahsia ini dibongkar oleh Zahrain dalam ucapannya diparlimen. Ramai Ahli parlimen yang berpakat dengan anwar tapi tak berani melompat, berasa amat takut, takut rahsia mereka didedahkan oleh Zahrain. Sebab itu ada diantara mereka ini yang melenting, ada yang menafikan, tak kurang juga menuduh Zahrain menipu.

Apa yang cuba Mc terangkan disini ialah, Ahli Parlimen yang dikaitkan dengan 16 September tu, takut kepada pimpinan parti BN. Jikalau Ds Najib mengetahui mereka ini terbabit dengan perancangan Anwar, jangan haraplah mereka akan dicalonkan lagi pada PRU akan datang. Sebab itu Mc kata, kuasa lebih daripada segala-galanya.

Apapun anwar sudah 3 kali kena bom kat parlimen. Anwar sudah tersungkur buat beberapa kali. Kita tunggu apa pula perancangan mat tunda kes kita ni. Pasti ada idea baru untuk dia memporakperandakan Malaysia.

Mctheory:
Kita berperang rampas balik Parlimen Hulu Selangor!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bee End! pasti bermimpi utk dptkan hulu Selangor, umnGok! cuma pandai rasuah untuk menang!

Tanpa Nama berkata...

bukan mimpi tapi pasti.jangan mengata umno aje, sekarang pendedahan dah dibuat. suku sakat kau lagi teruk. buat fitnah nak berkuasa.jangan mimpi dapat bertahan kat hulu selangor.

Tanpa Nama berkata...

aku org hulu selangor,kali ni bn letak tunggul kayu sbg calon pun aku undi bn!!!

aku tak rela mempetaruhkan nasib ngri slangor kpd bangsat2 pr.tgok saja cara khalid gagap mmrintah

org2 yg sokong pr mmg bodoh mcm babii!!!

Tanpa Nama berkata...

kalo aku kata pegi mampus sama bee end dan umnGok! korang marah tak?

Din Kajang

Tanpa Nama berkata...

aku orang ulu selangor..
cadangan aku BN letakle orang melayu..dah bertahun wakil india..klu india juga...takut kalah..sebab hulu selangor ramai melayu.

anak melayu berkata...

Betul...kena letak melayu..ramai kawan-kawan saya tak undi bn sebab letak india sedangkan pengundi ramai melayu...ini cadangan ikhlas...kita mahu bn menang

Tanpa Nama berkata...

@anony DIN KAJANG

kor kata le apa yang kau suka terhadap UMNO......
tiada siapa yang marah....
itu hak engko...engko bebas menyalak macam anjing, meraung macam polong, menjerit macam engko bersama seorang yang gemar "main belakang"...menangis dalam hati macam isteri yang di madukan, bertempik macam stor kunyit engko di nodai, berbisik dalam kelambu macam engko berdua duan dengan lelaki..tak kira le samada lelaki tu bujang, duda, teruna, ada isteri....... eiiiii aku geli, sebab nama engko @din kajang....
inilah di namakan kebebasan bersuara....
HULU SELANGOR
semua pengundi berpendidikan, dah tentu tahu membezakan samada yang dulu baik atau yang sekarang lagi baik...pastinya mereka dapat berfikir secara rasional dan bukannya emosional.....tahu siapa punca memecahbelahkan MELAYU hingga terhakis secara mendadak kuasa politik yang di miliki kesan PU12....orang hulu selangor juga tahu suasana politik di perak sebagai guideline bilamana bekas menteri besar selama 11 bulan menjadi puppet rocket tidak berinjin...sampai sekarang, speaker yang di lantiknya merasakan kuasa ada di tangan nya...macam perangai orang tak bersekolah
semua itu menjadi ikhtibar kepada para pengundi berdaftar di hulu selangor, terutamanya yang berbangsa MELAYU.....

McTheory berkata...

Wahh. . aktikel Pasal Parlimen. Tapi lain pula dikomen. . Bagus! semua semangat BN bangkit ke Hulu Selangor! Mc dah gatal kaki nak pi Hulu Selangor ni!

Tanpa Nama berkata...

ngeh!

kdg2 tak paham
huhuhu