Rabu, 17 Mac 2010

KEDAH MEMANG SEJAHTERA! - ANWAR


Dah lama Mc tak masuk web Haramkahdaily Pas ni, baru-baru ni Mc saja pergi jengok, nampak pula berita kat bawah ni. Anwar dok puji Azizan MB Kedah ni meleleh-leleh, kononnya Azizan ni baguih..pandai jaga Kedah, selama 2 tahun jaga memang baguih. heh!..Sapa lagi nak puji, kalau bukan geng sendiri..ye tak! Baca la berita kat bawah ni dulu.

ALOR SETAR, 16 Mac: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang telah berjaya menguruskan negeri itu sepanjang dua tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, Ustaz Azizan telah yang berjaya menempatkan Kedah di kalangan negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan hasil dari pentadbiran yang telus dan bersih daripada sebarang amalan rasuah.

Sepanjang tempoh dua tahun itu juga katanya Kedah telah merekodkan pendapatan hasil bumi yang amat memberangsangkan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.

"Kejayaan ini amat membanggakan dan pujian harus diberikan kepada Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan Ustaz Azizan.

"Rakyat perlu meneruskan sokongan kepada Ustaz Azizan demi untuk memastikan kesinambungan pentadbiran sebuah kerajaan yang cekap, telus dan bersih dari amalan rasuah," katanya ketika berceramah umum, di Kompleks PAS Kedah baru baru ini..
- Haramkahdaily

Apa la gamaknya nak jadi dengan Puak-puak Pakatan ni.. dah terang-terang lani Kedah memang dalam masalah air, sampah dan pembangunan yang tidak terancang. Boleh pula si Anwar kata Kedah ni baguih. Habis la kena tipu lagi puak-puak Pas ni. Kesian-kesian.. Mc pernah ceritakan dalam posting yang lepas mengenai masalah dinegeri Kedah dibawah pemerintahan Azizan. Nak baca klik sini dan sini.

MctHeory:
Anwar, sapa tak kenai! Pakar kelentong nombor satu negara!

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, menarik cerita negeri Kedah ni..... biasalah kalau tak puji-puji nanti banyak pulak yg akan tinggal lari..... itulah perinsip Anuwar chameleon.........

MPP berkata...

Salam bro,

HaraMkah tu sebenaqnya media syok sendiri. Khas untuk bacaan pencacai PAS sahaja.

Kekekeke...