Rabu, 31 Mac 2010
MEB TIRU AGENDA EKONOMI PAKATAN HARAM?
Model Ekonomi Baru (MEB) disambut baik oleh sesetengah ahli parlimen dan rakyat mengenai perancangan untuk melaksanakan cara ekonomi di Malaysia. Namun bagi Anwar dan Pakatan Haram, MEB adalah idea yang berasal dari Pakatan Haram.
Anwar berkata MEB adalah idea Pakatan yang dicedok oleh Ds Najib. Begitulah kenyataannya semasa ditemual oleh portal rasis pembangkang. Anwar juga berkata ia mempunyai persamaan dengan AEM.
Contoh persamaannya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum.
Lim Kit Siang pula mempertikaikan kenapa MEB tidak dibentangkan diparlimen terlebih dahulu sebelum diumumkan perlaksanaannya.
Terdahulu, Hadi Awang pula mengatakan bahawa MEB adalah idea lama yang tiada roh (pembaharuan). Dia juga kata MEB adalah idea Tun Dr Mahathir yang diperbaharui semula.
Jadi yang mana betul ni? Hadi ke Anwar? SI anwar kata lain. Hadi pula kata lain? Hadi kata idea Tun Dr M. Anwar kata idea dia. Memang sah la, dua orang kepala Pakatan ni langsung tak sependapat. Biasala, cakap main hembus mana nak guna otak.
Nampak sangat mereka hanya tahu membantah. Tidak kisah la baik atau buruk. Mereka hanya membantah tanpa mengkaji terlebih dahulu. Apa guna kerajaan bentangkan MEB dalam parlimen kalau pembangkangnya hanya tahu membantah tanpa memberi idea yang baik?
MctHeory:
Dah memang dasar Pakatan membantah apa saja usaha kerajaan, tidak kira baik atau buruk!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
apa yg dikatakan oleh DSAI adalah benar. Najib dah takde idea utk mentadbir negara..soo copy la pakatan punya. prtanyaan utk tuan punya blog. apakah umno masih relevan utk Malaysia kalau asyik copy Pakatan punya? Nampak sangat umno dah tak diperlukan lagi di negara ini.
UDAH UDAH LE TU PR.
ASAL JANGAN TIRU PERANGAI MENJUBO
& IKUT JALAN BELAKANG UDAH LE.
AL-JUB & THE FOLLOWERS... U KEEP
DREAMING.......OR OTHERWISE BOLEH
PEGI MAMPUS
to Anon 18.16
kalau buat PRU ke 13 waktu sekarang ni. UMNO/BN tetap akan jadi kerajaan. Jadi siapakah yang tak diperlukan di Malaysia? UMNO atau Pakatan Haram?
Salam Untuk semua.
Berfikirlah di luar lingkongan. Jangan seperti katak di bawah tempurong.
Banyak-banyaklah beristigfar. Minta petunjuk Allah. Asal yang baik aje dari PR. Yang Buruk aje dari UMNO/BN. Tak ada lain cerita ke?
Hai anom 18:16. Janganlah asyik mimpi di siang hari. PR dah banyak Adun , AP dan cawangannya dah keluar parti. Apa cerita... Masih bermimpi lagi ke?
"Betulkanlah yang Biasa
dan Biasakanlah yang Betul".
Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com
http://saatjais.formor.com
Salam Mct,
Beginilah cara pemikiran AnuWar yg sentiasa mencari jalan untuk memberi gambaran buru kpd sesuatu perancangan kerajaan untuk rakyat..... mana yg agak dia tak boleh nak balun, dia tuduh ciplak, mana yg boleh dibalun dia hentam habis2an....
Biarlah rakyat yg menilai, kebenaran UMNO semakin sehari semakin terselah...
Salam Ukhwah..
Maaf... TELINGA PAB tersalah dengar ker DSAI kata MEB idea PR.
Kelakar pula mendengarnya.. Sekadar LAMPIR JANJI TUE..JANJI NIE...bolehlah..
RAKYAT nk tgk BUKTI. BUKTIKAN dulu AEM tue dilaksanakan di 4 negeri..
INSYA-ALLAH.. Rakyat akan MENILAINYA pada PRU13 nanti.
MAAF BERCAKAP... Kalau setakat IDEA tapi TAK LAKSANA.. TAK DER MAKNANYA... "Umpama menulis suart berjela-jela..akhirnya di sungai juga dilemparnya'
Wassalam
Sayonara
Catat Ulasan