Jumaat, 19 Mac 2010
PENJELASAN MENGENAI ISU APCO!
Kecoh di parlimen mengenai 1Malaysia yang kononnya dikatakan meniru Israel..isu ini juga dimainkan oleh blog, portal dan ahlul parlimen pembangkang. Di sini Mc mendapat post ini dari MyKMU dan Mc bawa untuk tatapan pembaca. Selamat Membaca!
Isu mengaitkan konsep 1Malaysia dengan slogan 1Israel melalui firma hubungan awam antarabangsa APCO sedang cuba dihebuhkan oleh pembangkang untuk menjadi isu panas di Parlimen hari ini (Khamis 18hb, 2010).
Sebenarnya perkara ini adalah sebahagian dari rancangan propagnda yang diatur PAS untuk memburuk-burukkan slogan 1Malaysia yang telah efektif dalam menarik sedkit demi sedikit sokongan kaum bukan Melayu dari Pakatan rakyat, khususnya PKR dan PAS.
Ekoran dari debat itu, ahli Parlimen Pontain yang juga Ketua Penerangan Malaysia, Dato Ahmad Maslan dan ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah mengadakan sidang akhbar untuk menafikan tuduhan pihak pembangkang.
Khairy mengulang debatnya dengan Lim Kit Siang dalam Parlimen ke luar. Katnya, APCO Worldwide telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan penglibatan dalam membentuk gagasan 1Israel oleh Perdana Menteri Uhud Barak.
Khairy mencabar Kit Siang membuat tuduhan yang sama di luar Parlimen yang mana beliau masih belum berani lakukan.
Bagi menjawab tuduhan propaganda terancang dari Ibu Pejabat PAS dan Biro Politik, APCO tidak mungkin menjadi agensi yang melahirkan konsep 1Malaysia kerana slogan ini sudah muncul di laman blog Perdana Menteri sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri dan sebelum APCO dilantik sebagai juruperunding perhubungan awam antarabangsa.
Kalau isunya slogan yang hampir sama, mungkin PAS boleh terangkan persamaan slogan pilihanraya PAS yang berbunyi “PAS for ALL” yang sama dengan slogan “Israel for All” yang digunakan di Israel.
Walaupun mudah untuk menerangkan isu APCO, pasti ia tidak habis disitu.
Ekoran dari isu ini yang ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim semalam yang cuba menghubung kaitkan perlantikan APCO dengan negara Zionis tersebut, pihak mereka akan cuba mengungkit Tun Dr Mahathir dengan pelobi berbangsa Yahudi Amerikam, Jack Abramovich yang mengatur pertemuan Tun dengan Presiden baru Amerika ketika itu, George W Bush.
Perlu difahami bahawa ini adalah usaha Anwar untuk mengalih pandang rakyat awam dari rangkaian rapatnya dengan Zionis Israel dan Neo-Con America. Rangkaian Anwar dengan CIA, NED, FFF, IIIT, Mossad dan lain-lain sudah didedahkan dan kini begitu jelas terbuka. (Sila lawati arkib blog AIDC).
Bagi yang ingin tahu, Dr Mahathir tidak ada keperluan untuk bertemu Presiden baru Amerika, George W Bush tetapi adalah didesak untuk bertemu oleh rakan-rakan negara kita yang meminta bantuan kita untuk menyampaikan suara mereka ke pada presiden baru Amerika.
Butirnya tidak perlu didedahkan melainkan oleh orang yang lebih mengetahui.
Jack Abram adalah pelobi profesyenal bangsa Yahudi warga Amerika. Amalan membayar pelobi profesyenal adalah amalan sah dari segi undang-undang. Ianya bukan dibayar oleh negara kita pun. Masaalah yang timbul kemudian bukan melibatkan kesalahan bagi pihak Malaysia.
Setelah menerangkan kedua-dua kes APCO dan Jack Abram, ada beberapa perkara yang kita perlu bezakan antara hubungan Anwar dan "Yahudi" dan hubungan kerajaan dengan "Yahudi".
Pertama, pihak Yahudi yang berhubung dengan Anwar adalah berkuasa dalam kerajaan Amerika dan Israel dan terlibat dengan polisi-polisi yang menganiaya negara-ngeara Islam.
Mereka juga adalah operatif dalam agensi-agensi rahsia yang digunakan untuk campurtangan dalam hal ehwal negara lain dan menjalankan kerja-kerja espionage.
Kerajaan Malaysia hanya mengambil khidmat firma-firma profesyenal Amerika dalam perhubungan awam dan pelobi politik yang mana ada penglibatan bangsa Yahudi warga Amerika.
Kedua dan penting, Anwar menerima sumbangan wang dan ekoran dari itu, pasti menerima arahan dari pihak-pihak pembiayanya dan agensi kerajaan asing.
Anwar telah mengubah banyak pendiriannya dan boleh dijangka ia diarah melakukan sesuatu untuk kepentingan pembiayanya yang mungkin bertentangan dengan amalan, kehendak dan kepentingan rakyat dan kerajaan.
Firma yang diambil perkhidmatan oleh kerajaan Malaysia tidak menyumbang wang kepada negara ini dan dengan itu, tidak mengarahkan kerajaan melakukan sesuatu. Sebaliknya, mereka dibayar dan menerima arahan dari kerajaan untuk menjalankan sesuatu.
Anwar diarah Yahudi. Bezanya kita mengarah Yahudi.
Sumber: MyKMU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan