Khamis, 4 Mac 2010

SOKONGAN PAS DAN DAP BAKAL BAWA ANWAR REBAH!



Belum sempat PKR menarik nafas selepas menghentam peribadi Tan Tee Beng (Nibong Tebal) yang keluar parti semalam, PKR sekali lagi digegarkan dengan pengumuman keluar parti AHLI Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri dari PKR (gambar diatas). Sebagai rakyat Malaysia kita juga mahu tahu, apa telah terjadi dengan PKR? Kenapa ahli parlimen dan adun PKR banyak keluar parti akhir-akhir ini? Nak tahu jawapannya klik sini.

Baru semalam Pas dan DAP menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, walaupun dua Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti itu dan mengisytiharkan menjadi ahli Bebas.

Semua 23 Ahli Parlimen Pas diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan media bersama mereka yang dikeluarkan di sini, menyatakan mereka sepakat menyokong Anwar. Dalam kenyataan media tersebut anwar juga ada mengatakan, dia berasa kesal dengan tindakan ahli parlimen yang keluar parti.

"Kami sedar yang rakyat mengundi kami kerana mahu kepada perubahan daripada suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan kerajaan yang bersih berasaskan prinsip agama dan moral.

"Kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang yang memilih untuk meninggalkan prinsip murni perjuangan ini," kata kenyataan media itu.


Itu apa yang diperkatakan oleh anwar, tetapi bagi Mc, rakyat tidak mengundi UMNO/BN kerana terpengaruh dengan cakap-cakap anwar yang kononnya kalau mengundi BN harga barang naik. Permainan membakar sentimen perkauman yang baik oleh anwar juga mempengaruh keadaan, ditambah pula ramai ahli dan penyokong UMNO yang tidak keluar mengundi kerana mahu mengajar pimpinan parti semasa itu.

Akibatnya BN tersungkur di beberapa buah negeri dan menjadi sejarah paling buruk BN selama ditubuhkan. Itu cerita lama, sekarang Ds Najib berjaya mengukuhkan semula UMNO/BN, sekaligus mencicirkan keyakinan Pakatan Haram untuk menakhluk Putrajaya. Atas sebab itu kita lihat Pakatan Haram Pembangkang, semakin hari semakin lemah, ditambah dengan masalah dalaman yang dihadapi setiap parti pembangkang, membuatkan Pakatan mereka bagaikan retak menanti belah!

Sepatutnya rakan-rakan pembangkang yang lain menasihatkan PKR supaya mencari jalan penyelesaian untuk mengelakkan mereka terus rebah, bukannya berpura-pura menyokong Anwar tanpa berbelah bagi, kononnya untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada Anwar dan PKR. Mungkin belum masa lagi bagi mereka menentang Anwar, tunggulah sehingga kerusi parlimen PKR semakin susut, baru nampak belang antara mereka.

Selepas ahli parlimen Bagai Serai keluar parti, tunggu pula sidang media Pakatan yang menyuarakan sokongan kepada Anwar. Mc cuma nak tunggu Dap, bagi Mc kesetiaan Dap umpama anjing lapar yang selalu diberi makan oleh tuannya. Bila masa tuannya tidak mampu berikan ia makanan, anjing itu akan makan tuannya pula. Tunggu masa dan ketika!

MctHeory:
Pas err.. macam biasa la, telur dah kena pegang, mengikut je la apa kata bos!

1 ulasan:

Awanama berkata...

pakatan haram ni dah tak lama dah. bakal rebah dua tiga bulan ni.