Selasa, 27 April 2010

HULU SELANGOR PENENTU DAP BAKAL KETUA BARU PAKATAN RAKYAT!



Hulu Selangor menunjukkan turunnya sokongan kaum cina kepada BN. Semestinya kita boleh kata ini salah MCA (Gerakan? ada takpe, takdak pun ok). Mungkin kita tak boleh salahkan MCA seratus peratus. MCA pun baru pulih dari sakit. Pemilihan mereka yang lepas pun masih baru, jadi mungkin MCA akan ambil masa yang lama untuk pulih.

Itu bagi pihak BN, bagaimana pula dengan Pakatan Haram? Nampaknya sokongan kaum melayu dan india kepada pakatan semakin berkurangan. Apakah ini petanda bahawa Dap perlu mengambil alih kuasa mutlak ketua Pakatan (ketua pembangkang) daripada PKR dan anwar?

Mula-mula memangla Kit Siang dan konco-konconya berlapik-lapik, kononnya tak kisah la taknak la, itu la, ini la. Tapi, akhirnya nanti bila susutnya sokongan melayu terhadap Pas, susutnya sokongan kaum india terhadap PKR, mereka pasti akan mempertikaikan kewibawaan anwar sebagai ketua yang tiada sokongan bawahan. Bahkan didalam parlimen pun PKR semakin susut jumlah ahli parlimennya.

Atau mungkin ia salah satu strategi 'come back' Dap (yang dulunya pernah tersungkur teruk) dengan memperkudakan Pas dan PKR bagi meyakinkan pengundi melayu bahawa Dap terbuka untuk semua selain cuba mempergaruhi pengundi cina dengan dasar mereka. Ini cuma teori Mc, cuma andaian.

Akan tetapi semuanya berkemungkinan, jika trent ini berterusan, Pas dan PKR pula sudah tidak dipercayai oleh kaum melayu dan india, sudah pasti apa yang Mc andaikan tadi boleh menjadi kenyataan. Pada ketika itu, ingin sekali Mc melihat muka-muka melayu penyokong Pakatan, sanggupkah mereka menerima Kit Siang sebagai ketua mereka?

Mc rasa, kalau N.ajis mesti sanggup, orang tua tu apa pun boleh, janji dendamnya pada UMNO berbalas. Anwar pun, bukan ada beza sangat dia dengan Kit Siang, SAMA SAJA! Mungkin yang berbeza, kad pengenalan Anwar ada tulis Islam kot!

MctHeory:
Tak dapat bayangkan kalau Dap jadi ketua pembangkang! Kat mana letaknya Pas dan PKR ye? Masih menjadi kuda ke?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DAP jadi ketua pembangkang? Lim Kit Siang, ok ler tu.

Dia kan bapa pada Umar Abd Aziz version PAS. Comfirm PAS akan beri sokongan padu

Tanpa Nama berkata...

Marilah UMNO dan Pas bersatu. Ini bukan masa kita jatuh menjatuh...jangan jadi ketam dalam baldi..

Kenapa susah sangat nak bersatu????

Ini bukan masa kita berbalah....tengok cina dalam diam-diam mereka ada agenda tersendiri iaitu nak menguasai jajaran dari Singapura hingga ke Perak..

Wahai pemimpin UMNO dan Pas jangan tidur lagi...jangan kau jual bangsa dan agama Islam tercinta.. bangun bangun bangkit...

Tanpa Nama berkata...

Betul tu komen orang kampung,tapi masaalahnya UMNO sudah sanggup berbincang dengan PAS tapi PAS lebih suka bergabung dengan kafir DAP untuk menjatuhkan UMNO(juga islam)Jadi apa lagi yang sepatutnya dilakukan untuk mangabungkan semula orang-orang melayu yang semakin berpecah dan lemah...

Tanpa Nama berkata...

Satu pelajaran yang penting bagi kita, walaupun tanpa sokongan kaum CINA BN masih boleh menang, dari memberi penekanan kepada kaum CINA lebih baik beri penekanan kepada kaum INDIA.