Sabtu, 8 Mei 2010
PAS YANG KELIRU DAN BEBAL!
Pas yang keliru! Tajuk besar yang mengambarkan untuk menunjukkan kekeliruan dalam parti Pas. Apa yang kelirunya? Kelirunya pada parti Pas disebabkan terpesongnya tujuan penubuhan Pas. Pas ditubuhkan khas untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia. Memantau kerajaan Pusat supaya tidak pinggirkan Islam semasa mentadbir.
Tapi sekarang apa yang telah terjadi? Kesian pada pemimpin Pas peringkat bawahan dicawangan-cawangan. Mereka ini bukannya tahu apa yang terjadi pada pemimpin atasan mereka. Mereka yang masih lagi setia kepada pemimpin mereka yang sudah gila kuasa, gila duit dan gila harta.
Pemimpin Pas peringkat bawahan dicawangan ni ada diantara mereka aktif di Masjid-masjid menjadi tok Imam, tok siak, tok bilal dihormati oleh masyarakat setempat tak kira agama atau parti politik. Mereka inilah yang masih menjaga imej Pas yang kononnya menjadi parti Islam di Malaysia.
Hakikat sebenar, pimpinan Pas Pusat sudah punah ranah! Hancur-lebur! Islam tah kemana. Kononnya kepimpinan Ulamak, tapi bagaikan ular dalam semak. N.ajis dengan fatwa merapu, salah laku dan banyak sudah penyelewengan yang dilakukannya. Pas Pusat yang lain pula bagai mengikut saja telunjuk PKR dan DAP walaupun adakalanya kedua beruk ini sudah mencemar kesucian Islam.
Kesian memang kesian kepada ahli Pas yang masih setia pada Pas. Mereka dibawah masih tertipu dengan tipu helah permainan pemimpin mereka. Walaupun sudah ada yang sedar, tapi masih lagi terkeliru untuk menelan semua kebenaran ini.
Jalannya senang saja, buang yang keruh ambil yang jernih! Insyallah. .kebenaran sebenar akan datang dan anda semua tidak akan terkeliru lagi.
MctHeory:
Fikirlah, apakah perjuangan Pas yang sebenar?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
PAS parti orang sakit kepala kerana lambang benderanya warna hijau dan bulan ditengah saperti lambang ubat sakit kepala PANADOL sebab itu tok guru nya ustaz2nya pun 2X5semua nya sakit kepala
salam hormat bro
wali selipar di kelirukan oleh al juburi supaya bersama-sama dia masuk 'syurga'.
sebenarnya yang bawah-bawah tu cuma follow membabi buta sebab wali selipar dah keluar fatwa 'sokong anuwar masuk syurga'
wali selipar dah bagi syafaat
bukan senang nak dpt tau masuk syurga sebelum mati broo
ekeke
Catat Ulasan