Khamis, 6 Mei 2010

KES AMINULRASYID POLIS SALAH?


Ops! Tajuk diatas bukan menuduh! tapi persoalan yang cuba Mc timbulkan. Otak Mc ni berfungsi sebagai seorang rakyat malaysia yang tidak berpihak kemana-mana pihak. Cuma tidak adil kita terus menuding jari kepada pihak Polis yang telah diamanahkan untuk menjaga keamanan negara kita ini.

Sesetengah pihak punya la seronok menghentam polis hinggakan ada saja kesalahan yang terbabit dengan polis, terus saja disalahkan polis. Apa jua kes, polis juga yang salah. Pernahkah anda terfikir bahawa Polis juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan?

Polis juga punyai rasa takut, curiga, gementar, panik dan semua perasaan yang kita ada. Di Malaysia, kita cuma ada lebih kurang 50,000 anggota polis termasuk yang bertugas dipejabat. 50,000 ditugaskan menjaga lebih 27 juta rakyat Malaysia. Jumlah jagaannya terlalu besar.

Oleh itu kita perlu faham tugas polis yang sebenar, kadang-kadang kita hanya pandai hentam saja. Sedangkan kita sendiri pun taktau apa kerja polis yang sebenar. Manusia memang pandai bercakap dan menuduh kesalahan orang. Jika kena pekung sendiri, pandai pula nak mengamuk.

Dalam Kes Aminulrashid, perlu ada ketelusan dari kedua-dua pihak. Kawan Aminul si Azzimuddin, bercerita tentang kejadian yang menimpa kawannya semasa ditembak. Kejadian bermula apabila mereka keluar untuk menolong seorang kawan yang tayar motornya pancit.

Kemudian terjumpa roadblock polis. Mereka melarikan diri, memecut, cubaan melanggar polis, polis peronda terus mengejar. Diberi arahan untuk berhenti, degil untuk bekerjasama. Amaran untuk menembak, tapi tidak dihiraukan. Kemudian tayar kereta ditembak, kereta terbabas menuju kearah polis, polis terus menembak kerana disyaki suspek cuba melarikan diri dan melawan.

Suspek terkena tembakan, tapi kereta terus bergerak, disyaki suspek cuba melawan, polis teruskan tembakan bagi melumpuhkan suspek. Akhirnya kereta terbabas, kawan suspek cuba melarikan diri, polis cuba menangkap, suspek kedua dapat ditangkap, polis melepaskan suspek kedua, setelah dikenal pasti polis telah tersilap dalam tindakan mereka. (teori kronologi Mc)

Sebenarnya ada kesalahan dikedua-dua belah pihak. Pertama mangsa Aminul melarikan diri setelah diberi amaran. Itu salah yang paling besar, sudahla bawah umur dan takde lesen, melarikan diri lagi. Bagi pihak polis, melarikan diri semasa sekatan jalan raya, adalah melakukan jenayah peringkat yang agak tinggi.

Peringkat tinggi termasuk, bunuh, rompak, rogol, kecurian kereta atau penjenayah yang dikendaki polis. Melarikan diri setelah diberi amaran menimbulkan lagi peringkat kesalahan, cubaan melanggar polis pula sudah termasuk cubaan mencederakan penjawat awam. Satu peringkat kesalahan paling tinggi dan boleh ditembak.

Mc tak faham kenapa budak-budak terbabit tidak takut dengan segala tindakan polis. Kalau kita manusia yang waras, bunyi tembakan pun boleh menyebabkan kita tergamam dan menyerah. Pihak polis pula terlalu cuai dalam mengenal pasti mangsa sebelum membuat tindakan.

Semuanya ada salah masing-masing. Mc bersetuju supaya ditubuhkan badan penyiasatan khas bagi mengenal pasti dan menyelesaikan kemelut yang melanda dalam kes ini. Usahla kita rosak dan selitkan kes ini dengan politik. Jika sudah diadun politik, ia akan jadi lebih buruk malah lebih teruk dari sedia kala.

Jadi dari semua yang berlaku, perlukah kita salahkan pihak polis seratus peratus? Fikirkanlah!

Mctheory:
Polis juga manusia biasa!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada satu lagi, iaitu punca segala masalah. Ibu dan bapa kedua-dua bebudak tersebut. Bagaimana ibu dan bapa kedua bebudak tersebut mendidik anak? Tanggungjawab besar juga harus diletakkan keatas kedua ibu bapa. Jika ibu bapa prihatin dan mengambil berat dengan mendisiplin anak2 insyallah perkara begini dapat dielakkan. Ibu bapa zaman sekarang sangat memanjakan anak sehingga anak2 gagal membezakan antara salah dan betul. Rosak masyarak sekarang juga sebahagian besarnya adalah berpunca daripada sikap ibu bapa. Gejala Mat Rempit bagi saya 100% ibu bapa gagal mendidik anak2 dengan sempurna dan berkesan.

Tanpa Nama berkata...

Puak puak pembankang mempertikai kerja polis sejak mereka berkuasa di tiga negeri tapi mereka ini semua bukan nya arif sangat selok belok menjaga keselamatan org awam kalau polis tiada memantau jenayah dan keselamatan org awam apa akan jadi pada negara ini betul ini kerja polis tapi kalau banyak sangat yg pertikai macam mana polis nak buat kerja sesaat polis tiada bertugas dikawasan yg berrisiko tinggi jenayah berapa juta wang dan harta benda akan hilang itu semua puak puak pembankang kena ambil tahu.Angguta polis apabila keluar untuk bertugas nyawa nya di cagarkan kerana untuk menjaga kenteraman awam tapi puak puak pembankang tidak menghargai nya macam mana kalau pihak polis tidak mahu menjalankan tugas lagi di luar kerana nyawa mereka terancam apabila bertindak mempertahankan nyawa ada pihak yg mempertikaikan nya aku minta kepada kerajaan supaya buat hari polis tidak bertugas luar kita akan tengok apa akan jadi pada keselamatan negara lepas kita pihak mana yg memprtikai apabila polis membuat hari tidak bertugas luar.

zainol_56 berkata...

Punca kejadian tragik ini adalah berpunca dari sikap ibu bapa yang tidak mendidik anak anak supa dapat membezakan yang mana salah dan tidak. Seperti memadu kenderaan tanpa lesen memadu yang sah adalah salah dari segi undang undang. Oleh kerana didikan yang demikian maka remaja berumur 15 tahun sudah tidak menghiraukan undang undang lagi. Dalam soal salah laku remaja, peranan ibu bapa yang akan mewarnai peribadi anak anak.

Tanpa Nama berkata...

dakwa je keluarga dia...cuai

Tanpa Nama berkata...

Budak 15 tahun tidak berfikiran matang seperti orang dewasa. Oleh itu dia tidak memberhentikan kereta setelah di tembak. Sepatutnya pihak polis mengejar kenderaan suspek sehingga berhenti, banyak cara boleh dilakukan untuk memberhentikan kereta. Setelah kereta berhenti polis hendaklah menyuruh suspek keluar dari kenderaan dan menyuruh mengangkat tangan memastikan suspek tidak bersenjata.

Tanpa Nama berkata...

tuan Mc..
sy juga simpati kepada keluarga arwah atas kejadian tersebut.cuma kesal atas sikap mereka sekeluarga yg tidak prihatin dan mengambil iktibar atas kejadian yg hampir serupa pernah berlaku satu masa dulu. akhirnya polis juga yg dipersalahkn.
bkn niat utk menambahkn derita dan kesedihan keluarga tersebut tp sbb utama adalah kecuaian ibu yg tidak memastikn dimana anak harus berada dalam waktu sebegitu..puas sudah kerajaan terutama Kem. Penerangan dgn iklan..." lihat jam anda...dimanakah anak-anak anda berada..." apakah susah sgt utk jenguk sebentar kebilik anak bagi memastikn anak berada dalam rumah? adakah kejadian tersebut akan berlaku jika ibu prihatin? permintaan sy adalah si ibu kenalah redha dgn segala ketentuanNya dan Dia Maha Mengetahui.....inilah dugaanNya buat keluarga tersebut.
cuba fikir apa pula perasaan keluarga polis...digantung keja bermakna tiada pendapatan dan pernah kah terfikir setiap waktu keluarga polis ini akan menanti kepulangan suami/bapa...kerana bila polis ini keluar bertugas mereka mempertaruhkn nyawa..samada selamat pulang kepangkuan keluarga.hanya kerana sikap kecuaian dan kenakalan arwah yg mencabar undang2 adakah perasaan bersalah dirasai oleh sang ibu yg tidak terima Qada' dan Qadar Ilahi !!!
puak pembangkang dan juga peguam so call yg amat prihatin dgn hak asasi pula..tunggu keluarga anda dibunuh penjenayah pula...adakah polis juga akan dipersalahkn?
kita semua bertanggungjawap atas keselamatan negara ini bkn hanya polis.juak-juak pembangkang jgn kecohkn keadaan bg tujuan politik sempit yg hanya memusnahkn negara..

GAFARO a.k.a. agentno9 berkata...

bro,kejadian berlaku waktu malam,
macam mana ko nak cam umur orang tu waktu malam bro...

ada masa lu main la teka teka umur orang waktu malam dalam kereta..
mesti lu susah nak teka punya

Tanpa Nama berkata...

dah umur 15 tahun,mmg x matang pun bawak kereta.aku pun pernah juga ditahan oleh polis waktu malam.mereka pun manusia gk.ada timbangrasa.sekalipun xde lesen, xkan polis nak buang tenaga p kejar klo x lari.satu lagi polis klo tahu first kesalahan pun dia akan warning je klo kita ikut arahan,xplain baik2.tgh2 mlm jrg polis nak saman2 ni kecuali ada operasi.buang masa jer.polis waktu mlm mcm ni lah polis ronda,saja nak pastikan kita ni penjenayah ke tidak.klo sampai budak tu boleh bawak keta family malam2 ni salah siapa?polis jugak ke?

Tanpa Nama berkata...

AT the first place mak bapak yang salah...macamane boleh lepas anak kelaur jam 2pagi...macamane budak baru umur 15 tahun bawak kereta tanpa lesen?

Tanpa Nama berkata...

Bro, bkn nk sokong sape2..dlm hal ni salah famili n arwah..bdk2 zaman skrg sgt dasyat..sekolah blum hbs dh pandai nk tunjuk lagak. Mcm kes ni, pandai sgt la tu smpi nk tlg kwn tayar pancit bw kete xde lesen. Yg si kwn tu pun, dh xde sedara mara ke nk minta tlg klu pun tayar pancit.. adoyaiii.. saksi tu pula..better diam biar polis buat keje dlu.. aku pun penah je kna tahan ng polis.. klu nk kna saman pun xde la smpi beratus..dh salah, watpe nk lari..

aku sokong polis walaupun kdg2 geram gak ng polis, ehehhe..

McTheory berkata...

Terima Kasih pada semua Komentar! kerana memberi komen dan ulasan dengan baik sekali. Ternyata anda semua masih mahu mempercayai anggota Polis kita! Jika kita semua asyik menyalahkan Polis dalam setiap tugasan mereka. Lambat laun, Polis akan sukar untuk menjalankan tugas, kerana asyik dipertikaikan. Kritikan amatlah bagus, untuk perubahan, tapi kritikan untuk membina, bukan menghina!