Ahad, 27 Jun 2010
AZMIN TERAJU PKR SELANGOR GANTI KHALID!
Berita mengejutkan dan telah dijangka, iaitu Azmin telah mengantikan Khalid gagap untuk meneraju PKR di Selangor! Baca berita dari Malaysiakini!
Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.
Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.
"Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.
Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.
Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.
Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR. - Sambung baca sini
MctHeory:
Menurut Anwar, ini bukan salah satu cara untuk mengulingkan Khalid dari menteri besar Selangor, ini hanya memudahkan Khalid supaya menumpukan perhatian kepada kerjanya. Azmin akan lepaskan jawatan Ketua PKR Wilayah kepada Zaid, dan akan menumpukan perhatian kepada Selangor dan membantu Khalid.
Itu kata Anwar la, kalau ikut firasat Mc, dok nampak Khalid jadi MB Selangor dah tak lama dah. Mau ada silap dua tiga kali lagi, Azmin pun naik la jadi MB. Selamatlah lani Dap dok sayang lagi kat Khalid, yela sebab Khalid ni bodoh boleh dipergunakan oleh Dap. Kalau ikut hati Anwar, mau Azmin dah naik dah jadi MB. . he he he. . Nasib la kau gagap!. .
MctHeory Kata Lagi:
Alaa. .Selangor ni, BN bagi pinjam kejap je, nanti kita ambil balik ler. . jangan gaduh-gaduh!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Bro, dia orang ini sama-sama tiada maruah.... biarkanlah... bila lagi si Azmin nak merasa jadi MB, bila PRU 13 nanti lagilah kempunan....
Salam,
Nampak tak perangai tikam belakang anwar, Khalid ni member lama macam si zahrain juga, akhirnya ke mana mereka?
salam junah, YG
anwar ni memang tak boleh pakai. .
SLM BRO..ALASAN DIA SETELAH KENE SEPAK KLUAR SBB NK JAGE KAW SEMPADAN SELANGOR DAN KG BARU??..PALOTAK DIA LAH..KAW SENDIRI X TERBELA NK NYIBOK TMPT LA PLAKK..MANE LAW DIA PAKAI NI BEB??..JUNGLE LAW KE PER?? KEHKEHKEH BINGAI PUNYE GAGAP! >|D
APA MASALAHNYA MC? AKU LIHAT TIADA APA MASALAH, ITU KAN HAL BIASA BG PARTI2 POLITIK DEMI UNTUK MENGUKUHKAN KEDUDUKAN PARTI..
SAMALAH SPT HALNYA DGN UMNO...SLPS PEMILIHAN PD PERHIMPUNAN AGUNG LEPAS, BYK TOKOH2 UMNO MENERAJUI PERGERAKAN NEGERI BUKAN KELAHIRANNYA SPT :
1. NAJIB = SELANGOR
2. SHAFIE APDAL = KEDAH
3. ZAHID = PPINANG
SAMA JUGA 2 X 5 DGN UMNO...SILA LIHAT DGN MINDA POLITIK, JGN NAK HENTAM BODOH2 JER...INILAH MENTALITI UMNO...SEOLAH2 DIA SAJA YG CERDIK...
Catat Ulasan