Tahukah anda punca dan sejarah kenapa Singapura keluar dari Malaya? Apa punca dan kenapa Ds Najib berbincang dan bersetuju untuk memajukan tanah KTMB di Singapura? Kalau tak tahu tanyalah, atau cari maklumat yang tepat, jangan sampai jadi macam Chugubard, bodoh tak bertempat! Blog Pisau menjawab segala fitnah Ghegu'LUMBU'bard ni. Baca dibawah:
Chegubard telah mengeluarkan kenyataan media pada 25/6 klik sini, dalam kenyataan tersebut amat jelas cara penceritaan dan gebang putar belit fakta,telah memperbodohkan orang ramai yang kurang pengetahuan sejarah ,isu dan fakta sebenar.
Kenyataan media beliau bagaikan anjing menyalak didepan cermin. Lagi kuat menyalak,lagi terasa hebat kononnya kenyataan beliau punyai "substance dan berfakta tulen".
Dalam kenyataan media tersebut,sudah awal awal lagi beliau telah menyuap najis fitnah dan melambangkan tahap kebodohan dan buta sejarah seorang yang bergelar bekas guru.
Kerajaan Tanah Melayu digambarkan sebagai rejim.hinggakan menuduh dari dulu sudah mengadai kedaulatan negara kerana kehilangan Singapura.
Dalam isu ini Pisau melihat betapa jahil dan ceteknya pemikiran dan tahap pengetahuan sejarah Chegubard dan juak juak haprak,malah mereka kelihatan amat bebal untuk melihat dan membuat kajian mengapa Singapura dilepaskan.
Tidakkah mereka sedar percaturan politik ketika itu,jika dibiarkan PAP berleluasa di Tanah Melayu bakal mengakibatkan orang melayu akan kehilangan kerusi diparlimen,kerana ketika itu kaum pendatang yang mendapat kerakyatan secara percuma telah melebihi peratusan yang tinggi daripada kaum melayu dan bumiputra,Jika PAP menguasai parlimen ketika itu,secara langsung parti perikatan yang meraih kemerdekaan bakal menjadi pembangkang dan pada masa yang sama Sosialis anutan PAP akan berkembang.
Bukan suatu yang mudah buat Tunku untuk melepaskan sebahagian kedaulatan milik negara . Pisau tidak mahu mengulas lebih panjang tentang isu bagaimana Singapura berpisah dari Tanah Melayu.
Anda yang mahu berbicara soal sejarah dan mempersoalkan UMNO yang menjadi punca kehilangan Singapura dinasihatkan kembali kesekolah dan rajin rajinlah membaca sebelum menuduh dengan membuta tuli agar tidak nampak jahil dan bodoh yang amat ketara.
Cara juak juak haprak berbicara seolah olah mereka turut berada pada ketika zaman itu, pendapat mereka konon kononnya bagus bagus belaka hinggakan memperlekehkan niat dan iltizam pemimpin yang terdahulu.
Berbalik kepada kenyataan media CheguBard ,yang semua orang tahu beliau begitu kuat pegangannya pada fahaman Sosialis,cara beliau mempertikaikan tindakan Ds Najib berkenaan tanah KTMB cukup jelas betapa beliau hanya tahu tembak secara rambang,kena atau tak kena belasah saja,asalkan persepsi UMNO mengadai tanah KTMB sampai kepada rakyat.
Pisau menantikan jawapan daripada pemimpin UMNO,namun sehingga sekarang mereka langsung tidak menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh manusia bebal seperti Chegubard.
Chegubard mempersoalkan tentang rundingan tanah KTMB yang berlangsung diantara Ds Najib dan rakan sejawatnya dari Singapura, baca kenyataan beliau
"Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini di mana Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%.
Ini, bermakna dari jumlah 271 hektar tanah milik KTMB, 40% kini sudah sah menjadi milik Singapura melalui perkongsian pelaburan"
Kebodohan yang amat ketara yang diperlihatkan oleh Chegubard apabila mempertikaikan mengapa kepentingan hak milik tanah diberikan 40% kepada Temasek Holding.Tahukah anda tanah yang dikatakan milik Malaysia sebenarnya adalah cuma tanah pajakan.
Buat kajian dahulu, bukan sesuka hati buat tohmahan. Kalau tak tahu perkara sebenar, tanyalah kepada pihak berkenaan.
Ingatlah bahawa Malaysia dan Singapura sudah berpisah. Tanah yang dimiliki KTMB sekarang cuma berstatus pajakan. Singapura mempunyai hak untuk tidak melanjutkan pegangan tanah kepada KTMB.
Kalau Perdana Menteri tidak berunding dan merancang pembangunan tanah KTMB, tanah itu akan terlepas juga kepada Singapura. Daripada terlepas begitu sahaja, lebih baik kerajaan Malaysia dan Singapura memajukannya.
Cara Chegubard memainkan persepsi seolah olah beliau turut sama berada didalam perbincangan tersebut seolah olah beliau tahu bentuk dan ketetapan yang dicapai diantara Ds Najib dan rakan sejawatnya - sambung baca sini.
Macam mana la seorang bekas gutu boleh buta sejarah ni. Selamatlah dia dah tak jadi guru, kalau dah habis la anak murid dia jadi LUMBU serupa dia juga. Dengar cerita dia ni bakal jadi Ketua AMK? Betul ke? Kalau betul, lagi mudah la kerja kami. he he he. .
MctHeory:
Kenapa la orang-orang anwar ni kebanyakkannya LUMBU-LUMBU belaka? Kesiannn...
5 ulasan:
sbb lembula diorg sokong anwar dan pengkhianat melayu..
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kami di Unit Media Permatang Pauh selama ini hanya berpeluang membaca dan juga memberi komen ke blog Tuan. Blog Tuan telah banyak memberi info dan juga penerangan berguna buat kami terutamanya tentang putarbelit pembangkang.
Hari ini, Unit Media Permatang Pauh telah menyahut seruan DS Najib untuk memperkuatkan lagi serangan terhadap pembangkang didalam ruang maya. Dan kami dengan rendah dirinya mohon ingin bersama Tuan serta para bloggers pro kerajaan lainnya berrganding bahu didalam usaha ini.
Kami telah linkkan blog Tuan ke list kami dan kami harap Tuan sudi linkkan blog picisan kami ini ke list tuan juga. Diharap, kami yang masih baru ini akan mendapat tunjuk ajar dari pihak Tuan. Semoga perjuangan kita diberkati.
Jutaan terima kasih dari Unit Media Permatang Pauh.
Salam Mc.
Pehak pembangkan, asal bangkang sahaja. Tidak kira apa yang di perkatakannya itu benar dan tidaknya.
Harap mereka-mereka yang menabur fitnah di bawa kemuka pengadilan. Supaya mereka lebih berhati-hati dalam memberi komentar. Jangan asal boleh sahaja.
Sangka mereka pemilihan raya tahun 2008 telah memehak kepada mereka, akan terus sahaja memehak kepada mereka. Lihat baharu 2 tahun memerentah, baharu dapat beberapa negeri amanah rakyat di ketepikan. Hanya pandai spin atau memutar sahaja.
Bagus banyak bloger yang telah sedar dan membantu pemerentah. Pada saya pemerentah hari ini (umno/Bn) lebih baik dari pembangkang.. Jasa anda semua bakal di kenang sepanjang zaman.
Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com
http://treatcure4u.wordpress.com
www.velocity4u.com/tcure
Thanks. . semua
"Tahukah anda tanah yang dikatakan milik Malaysia sebenarnya adalah cuma tanah pajakan."
Tuan tanah boleh bagi link tak sumber rujukan
Catat Ulasan