Khamis, 17 Jun 2010

CERAMAH MAHFUZ DI TAMAN MEDAN, PETALING JAYA, DAHSYAT!!



Opss! Dahsyat yang Mc maksudkan, ada dua jenis, ada yang memang dah dahsyat, atau dahsyat yang sebaliknya, apa pun layan cerita bawah ni dulu.

Semalam Mc berkesempatan pergi ke Taman Medan berdekatan dengan Ibu Pejabat Pas PJS. Bukan Mc pergi nak lepak join budak-budak Pas. Mc pergi sana sebab nak dengar si Mahfuz 'badut' Pas ni berceramah merepek meraban. Semasa Mc tiba, ceramah dah pun mula. Ada satu skrin besar, dari jauh pun dah nampak muka segak berlagak pandai Mahfuz. Mc pun tak ambil peduli sangat tentang isi ceramah, sebab yang Mc perhatikan hanyalah pendengar-pendengar ceramah Mahfuz. Saja nak tengok kedatangan warga PJS (Petaling Jaya Selatan) ke ceramah Pas, hangat ke tidak.



Boleh dikatakan sekitar 200 orang yang mendengar ceramah Mahfuz. Nampaknya kepopulariti Naib Presiden Pas ni taklah sehebat mana. Setakat ceramah je berdetum berdetam tapi tak ramai orang pergi dengar pun tak guna juga. Cuma Mc nampak, propa Pas mengenai isu UMNO-APCO dan UMNO kawan Israel ni semakin menjadi-jadi. Jika tidak diambil kisah oleh pihak kerajaan mengenai isu ini, rakyat akan mula menjadi kelabu, keliru dan percaya apa saja tohmahan Pas kepada kerajaan pusat.

Ada satu dialog Mahfuz menuduh UMNO menjadi bahan perisik Israel kepada negara. Maknanya, UMNO ni jadi saluran untuk puak Israel mengenali dan menghantar risikan keatas negara. Ini adalah satu tuduhan yang berat. Setahu Mc, Malaysia tidak pernah ada hubungan diplomatik dengan Israel. Dalam pasport antarabangsa juga tertulis bahawa rakyat Malaysia tidak boleh ke Israel, kerana tiada hubungan antarabangsa. Jika kerajaan Malaysia bersahabat dengan Israel, kenapa tiada hubungan diplomatik?

Sedangkan sebelum ini Mc sudah banyak kali menerang dan memberi jawapan sambil mengaitkan Anwar dengan yahudi Israelserta penjelasan mengenai isu Apco. Jika anda masih belum membaca mengenai isu tersebut, boleh klik di link berikut dan juga disini. Jangan biarkan penyakit menjadi barah, kerana bila menjadi barah, amat susah untuk diubati lagi. Isu bersahabat dengan Israel bukan isu remeh, jangan biarkan rakyat terus dibohongi oleh puak-puak Pakatan Harami ini.


Aktiviti biasa setelah habis ceramah, kira duit ceramah. Banyak juga hasil yang dapat dari temberang dan tohmahan kepada rakyat ni. Pakcik kayo, pakcik kayo. Agaknya itu dialog antara mereka.


Terpulang kepada anda nak ertikan dahsyat yang bagaimana pada Mahfuz dan puak-puak Pas ni.

MctHeory:
Pas memang pandai menipu, spinnernya memang kuat!

9 ulasan:

lord ried berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

lord reid makan bewak....kehkehkeh

McTheory berkata...

AMARAN PADA LORD REID!

SILA BAGI KOMEN DENGAN GUNA KEPALA ATAS, BUKANNYA KEPALA BAWAH. KOMEN MENGIKUT TAJUK, BUKANNYA SERBU SESUKA HATI.

Frodo Baggins berkata...

rasanya duit tu ke mana bro?
huhuhuhuhu x g tgok bola ke??


>>___<<

lord ried berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Selepas ceramah kutipan duit 40% penceramah 50% penganjur 10% gerai gerai nak cover kos pengangkutan. 200 pendengar kutipan lebih kurang RM300.00 jadi Mahfuz dapat RM120 untuk malam itu. Esok buat ceramah tempat lain satu bulan dapat untung RM3,000.00. Akhirat dosa bertimbun timbun kerana mefitnah

Tanpa Nama berkata...

elok juga tuan buang komen lord reid yg bangang tu. x berkualiti bila beri komen. x guna otak guna kepala lutut kot.

joe berkata...

lord buried tu pembaca setia blog2 pro kerajaan..tp syg..otaknye dah rosak...

sangtukangkata berkata...

SOK NNTI DIA INSAFLAH TU KEH KEH.. LR LR MMG BHAGAL KO NI.. KEH KEH..