Khalid Samad, Yang diPertua Pas Shah Alam, terus menerus menyerang Hassan Ali exco Agama Islam Selangor. Khalid sebenarnya meragui kejujuran Hassan Ali sebab tu dia menyuruh Hassan Ali menyaman mufti Perak Ts Harussani. Walaupun Hassan Ali sudah menjelaskan segala-segalanya, tapi si Khalid al-gereja ni masih lagi sangsi dan mahu kenakan Hassan Ali supaya dia boleh kelihatan sebagai hero Pas Selangor.
Semalam, si Khalid gereja ni buat kenyataan pelik lagi, dengan memanggil Hassan Ali sebagai 'BODOH' apabila beliau berjumpa dengan Ts Harussani untuk meminta nasihat dan rujukan berkenaan dengan hal kerja. Bahkan untuk menambahkan api kemarahan dan kebencian penyokong Pas kepada Hassan Ali, Khalid sengaja mengapi-apikan perkara ini dengan menganggap Hassan Ali sebagai ahli Pas yang tidak setia pada parti.
Nampaknya sikap berdiam diri Hassan Ali betul-betul dipergunakan oleh Khalid gereja untuk menghentam beliau berturut-turut. Pada Mc, ketika ini nampak sangat dendam Khalid pada Hassan Ali tentang hal 'kalimah Allah' yang dahulunya masih lagi belum terpadam. Ini membuktikan bahawa Pas Selangor masih berpecah belah. Khalid gereja ini kebanyakkannya disokong oleh ahli Pas yang berpaksikan erdogan atau proksi PKR. Manakala Hassan Ali lebih disokong oleh ahli Pas yang lebih veteran dan berpaksikan kepada ajaran Islam.
Mc bukan sokong Hassan Ali, cuma dalam hal ini, Mc sendiri pun tak suka dengan Khalid Gereja tu. Sudahla berlagak bagus, dia tak sedar bahawa ramai ahli Pas sendiri pun tak suka dia. Betullah kata Ustaz Harun Din, apabila seseorang itu menyokong kristian dalam penggunaan 'Kalimah Allah' orang itu adalah orang Islam yang KUFUR.
Melihat pada situasi sekarang, memang nampak sangat si Khalid Gereja ni lebih mirip kepada kata-kata ustaz Harun Din. Senang cerita, rasanya si Khalid ni ada hati nak ganti tempat Hassan Ali sebagai Pesuruh Jaya Negeri dan exco negeri kot. Sebab tu dia beria-ria sangat menghentam Hassan Ali dari dulu hinggalah kini.
P/s: Wahaila Khalid, jagalah Shah Alam dulu. Pasal ko kat tempat sendiri pun ramai orang tak suka, dari ko sibuk nak jaga negeri. Jangan jadi macam pepatah 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.
MctHeory:
Malas campur hal Pas ni, cuma menyampah tengok Khalid Gereja je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan