Ahad, 25 Julai 2010

KALIMULLAH PENAJA MALAYSIAN INSIDER?!



Mana perginya manusia ini? Apa jenisnya manusia ini? Bagaikan "anjing tersepit yang dilepaskan tuannya", Kalimullah menghilangkan diri? Jenis manusia ini patut diajar! Kalimullah merupakan pemegang saham 20% di dalam VPI International Sdn Bhd. Sebagai pengarah Efficient E-Solution Sdn Bhd, Kalimullah Hassan memegang 20% pegangan syer di dalam syarikat VPI International tersebut. Siapakah VPI International? Untuk pengetahuan semua, syarikat inilah "abu jahal besar" yang menaja portal "pakar fitnah" iaitu Malaysian Insider!

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendedahkan bahawa Kalimullah bertanggungjawab dalam menaja portal yang sering memfitnah kerajaan Malaysia, institusi diRaja, memburukkan Perdana Menteri dan isteri, agama Islam, mengancam keharmonian kaum dan tidak segan silu untuk menyiarkan propaganda pihak pembangkang Malaysia! Kalimullah pernah dikaitkan dengan penajaan Malaysian Insider suatu ketika dahulu. Dia menafikannya dan kemudian "hilang" entah ke mana menyembunyikan diri. Kali ini Kalimullah tidak dapat lari. JMM punya bukti kukuh penajaannya dan mencabar untuk menafikan dakwaan ini dengan bukti kukuh, bukan hanya dengan sekadar "penafian mulut"!

Menurut JMM, VPI International telah mendapat kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang pada mulanya berjumlah RM216,090,927 tetapi kemudian dinaikkan kepada RM585,540,927. Kaya Kalimullah dibuatnya. Kontrak yang diperolehi pada 2005 sehingga 2010 itu adalah hasil kurniaan syarikat "PakLah, Menantu & Co" yang juga merupakan "sahabat baik" Kalimullah. Bagi pihak VPI International, perjanjian itu ditandatangani oleh Pengarah Urusannya, Shaik Aqmal Allaudin serta Pengarah VPI dan juga pengasas Malaysian Insider, Sreedhar Subramaniam.

Kontrak ratusan juta telah diperolehi oleh Kalimullah dan konco-konconya dari Kerajaan Malaysia. Sepatutnya, Kalimullah mestilah menjaga tata etika media jika mahu menceburi bidang media sekalipun. Lagipula, Kalimullah bukanlah asing di dalam bidang Media. Dia pernah menjadi "orang kuat media" "Pak Lah, Menantu & Co" suatu ketika dahulu. Malah pernah ketika PRU12 tempohari, kempen "peribadi PM" terpacul di dalam TV. Tak pernah dibuat orang! Mungkin sebab itu BN kalah teruk dan PM yang "suka tidur" itu diminta "turun takhta"!

Penulis tidaklah menentang "kebebasan bermedia". Malah penulis menyokong kebebasan untuk menulis dan memanfaatkan media dengan sebaiknya. Namun, "bebas" tu "bebas"lah jugak! Jangan pula "bebas" itu disalahgunakan sehingga berani memfitnah sana sini, memburukkan sana sini, dan mencetuskan ketegangan akibat propaganda busuk dari orang yang iri hati! Apakah Kalimullah "sakit hati" pada PM suami isteri, kerajaan, institusi diRaja dan BN semata-mata kerana "menurunkan sahabat kontrak yang mengkayakannya"??? Kalimullah pasti punya muslihat tersendiri untuk menaja Malaysian Insider yang begitu "busuk" sekali baunya!

Kalimullah perlu bertanggungjawab. Kalimullah perlu menjawab segala tuduhan dari JMM itu. Kalimullah mestilah mendedahkan siapakah "dalang" sebenar disebalik Malaysian Insider yang begitu "busuk" sekali hati perutnya. Kalimullah perlu menerangkan kepada umum tentang pembabitannya serta agenda-agenda busuk Malaysian Insider. Kalimullah juga sepatutnya bertindak menutup laman portal tersebut dengat serta merta! Kalimullah juga tidak dibenarkan untuk menjual portal itu kepada pihak pembangkang kerana penajaan portal busuk itu didapati dari hasil Kerajaan Malaysia.

Malaysian Insider begitu aktif menyiarkan propaganda pihak pembangkang. Apakah kaitan portal itu dengan pihak pembangkang. Kalimullah adalah "orang kanan Pak Lah dan KJ" dari parti BN, mengapa pula menjemput propaganda untuk menyuburkan fitnah di portal tersebut? Artikel menyerang kerajaan begitu menyerlah di portal ini. Entah mengapa portal ini "kuat berbau pembangkang" terutamanya PKR. Apa kena mengena Kalimullah, Pak Lah dan KJ dengan PKR? Atau lebih khusus, apa kena mengena Kalimullah, "Baba dan Menantunya" dengan Anwar Ibrahim? Anda boleh teka?

MyKMU

P/s:Kemelut sulit yang perlu diselesaikan segera. Rakyat Malaysia perlu didedahkan dengan segala pengetahuan bagi mengelakkan fahaman busuk yang disebarkan dari Malaysian Insider. Individu yang tidak bertanggungjawab disebalik tabir ini juga perlu didedahkan. Inilah manusia yang tidak kenang budi, haram jadah dalam negara!

MctHeory:
Kalau anjing suka makan tahi, walau tak dimakannya, hidu buat stim pun jadilah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BIASA LA BRO..SPESIS LUPE DIRI. BILA DH KAYA SANGGUP PLAK GGIT TGN YG MEMBERI. HARKKK PTUIHH!!

lord ried berkata...

'Bijak"nya BN merintah Malaysia.


Hutang negara dalam negeri lebih 300 bilion.
Berbangga pula dengan subsidi 74 bilion yang diberikan.
Sekali pandang nampak macam pemurah sangat kerajaan BN ini.
Kerajaan BN, atas nasihat siapa entah, cukup suka dengan polisi nilai matawnag rendah.
Kononnya boleh menggalakkan eksport, meningkatkan daya saing negara kerana ianya lebih murah.
Kononnya gaji rendah dapat menarik pelabur.

Tapi apa yang kita dapat.
Dengan polisi cintakan nilai matawang rendah, harga komoditi telah menjadi tinggi.
Ia berlaku automatik, harga barang dalam RM akan tinggi walaupun harga komoditi tak berubah.
Maka bersukarialah, BN dengan mendabik dada, 74 bilion subsidi.
Sebenarnya 74 bilion itu adalah tidak perlu. kalau tiada polisi nilai matawang rendah.
Mana yang rakyat lebih suka?
Harga gula RM 1.65 setelah subsidi, atau harga gula RM 1.20 tanpa subsidi?
Mana yang rakyat lebih suka, harga minyak petrol RM 1.80 setelah subsidi atau harga petrol RM 1.50 tanpa subsidi?
Akibat taksub dengan "penasihat" yang promosikan polisi nilai matawang rendah, maka nilai matawang ringgit tidak cuba untuk ditinggikan.
Maka rakyat disalahkan kerana menggunakan gula yang banyak, walhal subsidi diberikan kepada Robert Kuok.
Subsidi juga diberikan kepada tauke IPP. Penjana Tenaga Bebas.

Itu yang mereka bangga sangat dengan 74 bilion?

Memang polisi nilai matawang rendah ini tidak kemana.

Pengsubsidian untuk mengurangkan harga runcit, pasti tidak akan dapat ditampung.

Umpama, sebuah rumah yang bocor paipnya, bapa memarahi anaknya, "kenapa guna air banyak".

Kaedah pengsubsidian adalah kaedah penyembunyian inflasi, harga barang sebenar ditutup, denga kaedah subsidi. Satu hari nanti akan membuak juga.

Pembuakan kian hampir, sendiri suka polisi nilai matawang rendah, kemudian mereka sendiri dabik dada kononnya perihatin kasi subsidi, kemudian sendiri pening.

bijak! bijak!

Klaua polisi nilai matawang rendah dihapuskan daripada awal 2000, kita tidak perlu pening kepada dengan masalah harga minyalk tinggi, kehabisan minyak masak, kehabisan gula, kekurangan beras ST 15, dan banyak lagi.

Nelayan pun tak perlu subsidi minyak, kerana harga minyak murah disebabkan matawang yang tinggi.

Jadi, Ayuh sertai revolusi Menentang Polisi Nilai Matawang Rendah

Apabila membuaknya harga barang akibat daripada subsidi tidak dapat ditampung, maka automatik harga barang akan naik.


Dan saya bukan pertama kali baru nak suruh simpan emas.
Simpan emas,simpan emas, simpan emas!