Isnin, 23 Ogos 2010

ANWAR DAKWA INDONESIA DAN TURKI MODEL TERBAIK DEMOKRASI? Kenapa ya?

Oleh Pochong, AIDCclub

Di
Istanbul Turki, sebahagian dari kaum 'Gay', yang berasal dari Iraq atau
dikenali juga golongan homoseksual ini dikatakan telah menikmati
kebebasan mereka sepenuhnya apabila mereka berpindah ke Turki.

Kota
Istanbul dikatakan sangat memberikan kelonggaran dan kebebasan kepada
golongan ini sehingga mereka merasa hidup selesa tanpa ganguan selama
berada di negara yang dikatakan mengamalkan prinsip kebebasan dan
mengasingkan agama dari prinsip pemerintahan. Menurut golongan gay ini
keadaan itu jauh berbeza dengan suasana di Iraq yang menurut mereka
penuh dengan risiko ancaman kematian.




photo

Dikatakan sewaktu di Iraq
mereka diancam bunuh oleh puak pejuang Islam, kerana selain dari
melakukan perbuatan terkutuk homoseks yang bertentangan dengan Islam,
mereka juga bekerja di penempatan tentera Amerika yang menjajah bumi
Iraq.
Tindakan homoseksual sebenarnya adalah sesuatu
yang dilarang di seluruh negara-negara Arab, namun selepas penjajahan
Amerika di Iraq golongan ini mendapat sedikit ruang untuk bergerak .

Tetapi
kebebasan kaum gay dan lesbian di Iraq itu dikatakan tidak lama,
setelah terjadinya kebangkitan puak kelompok Islam yang ingin memerangi
pasukan AS dan sekutunya, di mana golongan gay juga dikatakan menjadi
sasaran kumpulan tersebut.


"Saya akan dilanyak dan dibunuh jika saya mengaku saya seorang gay..
" kata Ameer.

"Tapi di sini, di Turki kami merasa sebagai manusia dan hak-hak kami terjamin tidak seperti di negara asal kami, Iraq."
Di
Kota Baghdad, dia menjalani kehidupan gay secara diam-diam, tanpa
sepengetahuan keluarganya, hanya dia dan teman-teman yang sealiran
dengannya sahaja yang tahu.

Kerana di Iraq dahulu tindakan
homoseksual boleh dihukum penjara selama tujuh tahun. Ameer telah
tinggal di Iraq setelah keluarganya melarikan diri dari zon Perang,
tinggal di wilayah kaum Syiah dan bekerja untuk tentera Amerika di ibu
kota Baghdad, yang dibina Zon Hijau, iaitu sebuah kawasan selamat bagi
orang barat/masyarakat luar disana.

Ameer, yang telah
meninggalkan Bagdad sejak Jun 2007 lalu, meminta suaka politik dan
dipersetujui setelah tiga kali ditemuduga di pejabat PBB, Ankara Turki.
DIa berharap suatu hari nanti ia dapat bergabung dengan pasangan gay
lain di AS.

"Teman dan
sepupu saya di AS kata, saya boleh menikmati kehidupan gay disana, dan
saya tidak perlu malu untuk mengakui, saya seorang Gay."
katanya.

Namun
buat masa ini, Ameer menikmati dahulu kebebasan penyimpangan seksnya di
negara Turki yang majoriti penduduknya adalah Islam, dimana dirinya
merasa selamat dan selesa dengan status dirinya yang mengamalkan
kehidupan homoseksual .

Untuk menjalani kehidupan di Turki,
Ameer mendapat sedikit bantuan wang dari keluarganya di Iraq sambil
beliau sendiri berkerja sebagai pencuci kereta.

"Kami tidak lagi risau disini,"
kata salah seorang teman gay Ameer yang bernama Safwan. "Saya akan berpikir 100 kali untuk kembali ke Iraq..."
Itu
kisah di Iraq dan Turki, di Indonesia selepas era orde baru Soeharto
dan kebangkitan golongan reformasi juga telah menyaksikan situasi yang
sama, kelompok masyarakat gay di Indonesia kini telah wujud secara
nyata dan bukan lagi secara bersembunyi.

Itulah harga nilai
kebebasan dan demokrasi yang dilaungkan oleh Amin Rais dan para pejuang
reformasi suatu ketika dahulu, golongan masyarakat gay di Indonesia
kini begitu berani menonjolkan diri dan memperjuangkan hak kehidupan
mereka sebagai gay atas nama Hak Asasi Manusia.
http://direland.typepad.com/direland/images/arus_pelangi_may_day_1.jpgAntara kumpulan
yang aktif memperjuangkan hak kumpulan ini ialah kumpulan Arus Pelangi
yang ditubuhkan pada tahun 2006 beribu pejabat di Jakarta Selatan
Indonesia. Kumpulan ini diwujudkan dengan matlamat untuk membela
golongan gay, lesbian dan pengamal hubungan sejenis di Indonesia.

Yang
menariknya kumpulan ini akan mengangkat seboleh mungkin mana-mana
pemimpin agama yang mengiktiraf kelompok mereka seperti Musdah Mulia
seorang tokoh Islam Moderat dari Nahdatul Ulama yang menyokong
perjuangan golongan gay, begitu juga dengan Desmon Tutu seorang Paderi
Kristian yang pernah mengungkapkan :

desmond tutu
"Jika
saya diperkenankan menghapus salah satu ketidak-adilan, saya
menginginkan dunia ini tidak lagi menghajar seseorang hanya karena
orientasi seksualnya. Ketidak-adilan ini sama kejamnya seperti
kejahatan terhadap kemanusiaan yang satu lagi, iaitu "Apartheid"
.~ Desmond Tutu, Afrika Selatan ~

Pada
mereka kelompok inilah yang harus disokong oleh masyarakat gay kerana
membela hak dan kebebasan mereka.

Selain berhubungan dengan kelompok
kumpulan gay dan lesbian di Indonesia , Arus Pelangi juga mengadakan
kerjasama dengan kelompok gay di negara yang memberi ruang kepada
organisasi gay bertapak seperti Thailand dan Filipina dan menghadiri
persidangan ILGA (International Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender
& Intersexual Association), menganjurkan pelbagai dialog dan
pelbagai program untuk membantu kelompok masrakat gay dan Lesbia di
Indonesia.

Walaupun perkembangan perjuangan gay di Indonesia
seakan mendapat tempat dan pengiktirafan kesan reformasi 1998 dimana
hak asasi dan kebebasan dibenarkan, di Malaysia sehingga ke saat ini
masih belum ada pihak berani membuat tindakan sama seperti rakan mereka
di Indonesia, kerana undang-undang sedia ada di Malaysia menghalang
kewujudkan kelompok tersebut.


photo


Namun begitu situasi di Indonesia
dan Turki tidak mustahil berlaku di Malaysia sekiranya kelompok yang
menguasai kerajaan nanti akan membuka ruang seluas-luas atas dasar nama
demokrasi.

Contohnya Anwar Ibrahim yang selalu membandingkan
demokrasi Malaysia dengan demokrasi yang ada di Turki dan Indonesia.
Pada Anwar di Indonesia dan Turki mereka lebih beruntung kerana hak asasi manusia terjamin dan kebebebasan diberi seluas mungkin.

Soalnya
adakah hak asasi manusia itu harus melangar apa yang telah ditetapkan
oleh Tuhan dan Pencipta Manusia ?

Anwar Ibrahim selepas dirawat
di Munich Jerman selepas dibebaskan dari penjara dikatakan telah pergi
ke Afrika Selatan, menemui Desmond Tutu, Ketua Biskop Kristian dan
Nelson Mandela , bekas Presiden Afrika Selatan pada 1 Disember 2004.

Timbul
persoalan kenapa Anwar melawat Paderi Desmond Tutu, di Afrika Selatan,
kerana umum mengetahui bahawa Paderi itu merupakan penyokong kuat
Amerika dan beliau dianggap pejuang hak asasi yang lantang termasuk
memperjuangkan isu homoseksual.


Anwar-Musdah


Apa agenda Anwar sebenarnya,
adakah Anwar Ibrahim juga sebenarnya ingin memperjuangkan hak hubungan
sejenis di Malaysia, kerana di Indonesia rakan baiknya Gus Dur melalui
Musdah Mulia ( Ketua Muslimat Nahdatul Ulama) telah memberi
pengiktirafan kepada kelompok gay dan Lesbian.

Dan yang memelikkan lagi
mendangkalkan kedua tokoh yang memperjuangkan hak golongan gay/lesbian
ini pernah diberi anugerah dari pelbagai pihak barat.

Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan dan maklumat dari EraMuslim, ILGA, Arus Pelangi, dan sini

pochongmenulis


MctHeory:
Anwar Ibrahim adalah manusia yang penuh muslihat. Berhati-hati dengan orang ini.

Tiada ulasan: