Isnin, 23 Ogos 2010

KHATIB DOAKAN GUAN ENG, SUPAYA MASUK ISLAM? Pusing lagi nih!


Penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disebut dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang bukan perkara baru.

Perkara itu disahkan khatib, Zakaria Ahmad yang mengakui bukan pertama kali beliau membaca doa tersebut tetapi ianya dilakukan sejak dua tahun yang lalu.

Menurutnya, doa yang disebut hanya menjuruskan supaya Allah memberikan hidayah kepada Guan Eng agar memeluk Islam.

“Tiada sebarang motif dalam khutbah berkenaan. Ramai yang salah faham terhadap isu ini dan mempolitikkannya sehingga menjadi berita hangat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, isu berkenaan tidak patut dipolitikkan dan menyifatkan kontroversi yang timbul sebagai mainan politik semata-mata.

"Saya terbuka dan bersedia menjawab serta menjelaskan perkara sebenar di sebalik isu hangat itu. Bagi meredakan keadaan ini, penjelasan di atas diharap dapat menerangkan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku,” katanya. - Sinar Harian

Si Khatib Pas ni kata dia doakan Guan Eng supaya masuk Islam. Tapi apa yang didoanya amatlah lain bunyi dengan tujuannya. Apakah si Khatib ni berbohong?
"Ya Allah,Ya Tuhanku,Kau selamatkanlah pemimpin kami Yab Tuan lim guan eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang"
sambung baca sini.

Ishh.. tak macam bunyi doakan masuk Islam pun. Macam doa nak minta Guan Eng selamat dari mara bahaya je. Mungkin perkataan 'selamat' yang digunakan tu membawa maksud lain, maksud menyelamatkan Guan Eng dari kapir ke Islam ke?. Mungkin la, sebab Mc pun tak berapa pasti. Cuma doanya ditambah lagi rakan-rakan, kiranya Khatib doakan rakan-rakan Dap semua masuk Islam sekali ke?

Sekarang siapa yang berbohong? Macam mana Anwar dan Puak Pakatan Haram kata benda ni fitnah? Khatib ni sendiri mengaku kononnya dia doakan Guan Eng supaya masuk Islam. Senang cerita macam ni, mana ada orang Islam doakan untuk orang bukan Islam. Kalau nak doa pun, buat la sorang-sorang. Jangan libatkan dengan khutbah dan jemaah lain. Akai ada ka?

Mc ada baca Dr. Asri komen mengenai hal ini. Mc tak tahu dari mana beliau dapat informasi, beliau baru saja balik dari Mekah. Tiba-tiba je buat komen, Dr. Asri kata perkara ini perkara kecil dan tidak usah dipolitikkan. Tak salah doakan untuk orang bukan Islam. Mc cuba cari link untuk artikel ini, tapi tak ada. Jika ada Mc akan update kan. Macam Mc kata, tak salah kalau kita doakan sendirian, kalau salah pun dosa dia tanggung sendiri, tapi kalau siap berdoa dalam khutbah kedua tu, nampak sangat la salahnya.

Perkara ini dah jelas, tapi ia masih lagi dinafikan oleh Pakatan Haram. Pemimpinnya, bloggernya, portalnya semua mempertahankan Guan Eng. Mereka menuduh UMNO punca angkara semua ni. Melihat situasi sebegini, Mc rasa sedih sangat, yang mati-mati mempertahankan Guan Eng, terdiri pada mereka yang mengucap dua kalimah syahadah, yang IC nya ada tullis kaum melayu.

Melayu ni, sanggup pijak melayu lain untuk bela si Guan Eng yang sememangnya anti melayu. Mereka sanggup maki, kutuk UMNO habis-habisan semata-mata untuk membela Guan Eng. Amboiilaa.. tinggi sungguhla darjat Guan Eng ni ye. Ikut suka hangpa la Pas woi.. satu hari hangpa akan tau, langit tu tinggi ka rendah.

P/s: Doakan Guan Eng masuk Islam, serupa suruh sedut air laut guna straw la, sampai bila pun takdak effect.

MctHeory:
Pas dan Pkr makin bebal, malas nak layan dah.

3 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

ntah apa lah lagi..macam macam team pakatan haram anak haram ni buat. satu poersatu di lacurkan Islam dan Menjual melayu..elok deoa ni di hancurkan je.

Tanpa Nama berkata...

Lantok le Melayu kat utara dah lagu tu aku nak tengok mana melayu UMNO di Negeri Kedah la ni banyak billionaire muncul dari sana tapi tak nampak apa pun yang diperjuangkan untuk kerajaan....tak pa depa masih tidoo lagi nampaknya pemyakit tido dari Pulau Pinang dah menjangkit ke Kedah...tak paaa tidooo....tidooo

McTheory berkata...

Gomo,

Tue pun ramai melayu tak sedaq diri lagi nak buat macam mana. tunggu tinggai seluaq dalam baru nak mengelabah. adehh