Isnin, 23 Ogos 2010
KESIANNYA MELIHAT MELAYU MUDAH DIJUAL BELI.
Bulan Ramadhan, terkenal dengan cuacanya yang panas terik, dah nama pun Ramadhan, mesti la panas ye tak. Tapi dalam negara kita, lagi panas dengan isu-isu sensitif. Chua Soi Lek, menyentuh berkenaan ekuiti kuota 30% hak bumiputra. Teruk juga la Soi Lek dibelasah oleh blogger. Blogger je la.. pemimpin UMNO dan BN yang lain semuanya membisu. Tidak termasuk TPM kita. Akhirnya Soi Lek mengalah dengan mengatakan itu hasrat kaum cina dan bukannya hasrat peribadi dia. Selesai!
Perkara ini cuba mengugat hak melayu. Kalau terjadi, siapa yang rugi? Melayu jugak.
Keluar pula isu pengetua Hajah Siti yang dikatakan menegur pelajar kaum cina dan india. Sememangnya teguran beliau agak kasar, tetapi masih lagi dalam kategori ok. Mc dulu pun masa sekolah selalu gak dengar cikgu cina panggil pelajar melayu lembab atau bodoh. Kami rilex je pun, paling tidak pun kutuk cikgu tadi belakang-belakang. Benda ni sebenarnya kecik je, cuma di api-apikan oleh puak Pakatan Haram supaya menjadi besar, hingga menjadi isu nasional. Bila isu ni jadi besar, mereka terus boleh tuding jari kat UMNO.
Siapa yang dok menambah api dalam isu ni? Kalau bukan melayu jugak.
Belum sempat habis panas, keluar pulak isu khutbah doakan Guan Eng ganti nama YDP Agong dan TYT. Isu ni merupakan isu nasional dan berkaitan dengan kesuciaan agama. Isu ini patut diberikan tumpuan, tetapi malangnya melayu sebelah sana. Bukan nak membantah, tapi merelakannya dengan penuh kerelaan. Malah mereka sengaja menyalahkan UMNO kerana perbesarkan isu ini. Woitt.. isu ni memang penting, selamat ada aduan dari jemaah masjid mengenai doa khutbah kedua untuk Guan Eng, sekarang baru berebak 4 masjid. Kalau tidak dicegah, silap-silap masjid seluruh P.Pinang akan doakan Guan Eng.
Siapa yang mempertahankan Ketua Menteri anti Melayu ni? Kalau bukan melayu jugak.
Semua ini tidak terhenti sampai disini, pelbagai desakan turut kedengaran sekarang, mengenai hal cikgu Hajah Siti, Dap menyuruh tindakan segera diambil kepada beliau. Bila melayu buat salah melayu patut kena hukum segera. Tapi bila kaum lain pertikaikan hak melayu, itu tak payah dihukum ke? Kan mempertikaikan hak melayu itu dipanggil rasis jugak. Kenapa tak kena hukum? Terang-terangan lagi tu.
Bila melayu buat salah je, pasti teruk kena belasah. Tapi bila kaum lain buat salah, kebanyakkannya hanya didiamkan. Betul la kata Anwar Ibrahim, sistem keadilan negara ni memang tak adil. Berat sebelah, asyik menangkan pembangkang dan kaum lain saja. Asal melayu mesti kena hukum. Tambahan sekarang ni, ramai melayu dah kena beli dengan Dap. Lagi la teruk, hinggakan ada penulis blogger yang berbangsa melayu, mempertikaikan kontrak sosial dan jus soli. Aduhh..
Macam mana la kaum lain nak hormat kita, kalau ada bangsat dalam kaum kita sendiri yang mempertikaikan hak kita. Dulu ramai cina sokong MCA kerana menganggap MCA menjaga cina dan menganggap Dap tu parti cina yang ekstrim. Kini zaman dah berubah, ramai cina sokong Dap, kerana menganggap Dap sebagai hero dan lambang masa depan kaum cina di Malaysia. Bagi cina yang sokong MCA pulak, akan dianggap hantu kepada melayu, atau hamba melayu.
Paling menarik, apabila melayu menyokong Dap. Aduhh.. siap bertakbir-takbir demi Dap.
Melayu sebenarnya tidak sedar bahawa, menyokong Dap tu, samalah dengan kita cuba mengadaikan negara dan hak kita kenapa orang lain. Untuk pengetahuan semua, Dap tidak pernah mengubah dasar untuk mewujudkan 'malaysian-malaysia', dasar itu tetap diperjuangkan, cuma Pas saja yang mengubah dasarnya bagi menyesuaikan diri dengan Dap. Bermakna perjuangan Pas untuk mewujudkan negara Islam, lebur ditangan Dap.
Andaikata jika terjadi sesuatu pada PRU ke 13 nanti, siapa agaknya yang perlu kita salahkan? kata orang beringat sebelum kena. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau takdak payung, plastik sampah pun ok jugak. Tapi jangan mintak suruh Anwar Ibrahim 'payung', sebab dia pun 'payung' lain macam sikit. he he he. .takutt...
P/s: Pas-Pkr sedang menyakinkan rakyat Malaysia dan kaum melayu bahawa Dap boleh diterima oleh semua, sedangkan mereka tak sedar, mereka sedang membesarkan anak harimau.
MctHeory:
Anak harimau memang comel masa kecil, bila besar.. sendiri mau ingat la..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Selama kira-kira 22 tahun sejak awal tahun 1980an hingga Tun Mahathir melepaskan jawatannya kepada penggantinya, suasana politik negara cukup meyakinkan.
Boleh dikatakan tiada suara-suara sumbang yang kedengaran tapi kalau adapun segera diredakan dengan tindakan yang berkesan.
Maruah Melayu dan Islam sebenarnya bukan kerana keceluparan mulut dan tindakan "musuh" tetapi kerana kelemahan pihak yang diberi tanggungjawab dan kuasa.
Catat Ulasan