Sabtu, 7 Ogos 2010

APABILA PAS MEMPERGUNAKAN AGAMA SERUPA HARTA BAPAK DIA PUNYA!

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Inilah PADAHnya apabila ISLAM dijadikan milik 'EKSKLUSIF' sesebuah parti.. Apa yang Nabi SAW suruh, dia tak buat tetapi apa yang Nabi SAW larang, dia buat pulak.. Pernah ke zaman Nabi SAW dulu berlaku kes solat 2 IMAM? Pernah ke Nabi SAW suruh pulau-memulau sesama umat? Pernah ke Nabi SAW ajar kita supaya 'MEMUJA' seseorang pemimpin sampai tahap DEWATA RAYA? Ada? Tak ada..... Mana ada..... Cuma Lebai PAS aje yang menganjurkan ajaran sedemikian.. Cuma Lebai PAS aje yang mengIDOLAkan seorang Mursyidul Am yang belajar agama di Deoband, India.. Cuma Lebai PAS aje yang berani 'MELAWAN' apa yang Nabi SAW telah ajarkan kepada umatnya..

Dulu kes solat 2 IMAM berlaku di Besut, Terengganu.. Sekarang dah berlaku pulak di Kelantan.. Kalau dulu setakat 2, 3 orang Imam kampung penyokong TOTOK Lebai PAS sahaja yang berani melakukan secara terpencil.. Sekarang disebabkan mereka PERASAN mereka dah KUAT, dah berani dah melakukannya secara terbuka.. Imam dilantik dipulaukan kerana perbezaan fahaman POLITIK.. Sampaikan nak mengadap Tuhan sendiri pun kena berbeza JEMAAH? Inilah dia Lebai PAS yang mengHINA agama suci Islam dengan meletakkan POLITIK lebih utama daripada AGAMA..

Kita percaya ini jugak akan berlaku dalam IBADAT Fardhu yang lain seperti pengurusan jenazah, zakat dan banyak lagi.. Agama Islam jelas merangkumi semua aspek keHIDUPan.. Agama yang lengkap dengan panduan dan meletakkan KASIH-SAYANG sesama umat sebagai perkara ASAS dalam segenap perkara.. Namun, agama SUCI ini telah dicemari oleh Lebai PAS yang meletakkan kepentingan POLITIK lebih tinggi daripada agama.. Sebelum ini pun Lebai PAS jugak yang mencemarkan keSUCIan agama ini dengan meRELAkan nama Allah SWT 'diKONGSI' dengan agama lain.. Kalau belajar Asma Ul Husna, nama-nama Allah SWT jugak melambangkan keBESARan dan keAGUNGan yang dimilikki olehNYA.. Adakah wajar keBESARan dan keAGUNGan milikNYA ini dikongsi dengan agama lain? Tidakkah ini memBUKTIkan betapa SONGSANGnya Lebai PAS dan IDOLA mereka Pok Nik 'ALAHISSALAM'?

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan semua pihak berkuasa agama Islam peringkat negeri tak nampak ke bahawa yang patut dipanggil oleh mereka bukannya Imam muda yang jadik mangsa diPULAUkan kerana fahaman POLITIK berbeza, sebaliknya yang patut dipanggil dan dihadapkan kepada pihak berkuasa agama Islam ialah Pok Nik 'ALAHISSALAM' dan para pengikutnya.. Bawak pergi HUSM kemudian kasi 'SCAN' otak mereka tengok betul ke tak kedudukan otak masing-masing.. Kot tak betul atau SAHIH ada keROSAKkan, boleh la gantikan dengan OTAK LEMBU..

Sikap berdiam DIRI pihak berkuasa agama telah menyebabkan lebih banyak perkara seperti ini berlaku sekaligus mencemarkan keSUCIan agama ISLAM.. Di manakah penguatkuasaan yang seharusnya dilaksanakan oleh mereka demi memelihara keSUCIan Islam sebagai agama RASMI negara ini? POLITIK pecah-belah agama seperti ini harus diHENTIkan terutamanya apabila sampai tahap terbawa-bawa dalam IBADAT seperti solat.. Adakah SAH solat seseorang jika dia enggan bersama JEMAAH lain hanya kerana perbezaan fahaman POLITIK? Adakah mereka menambahkan nama parti POLITIK dalam niat solat mereka sampaikan hendak solat 2 IMAM disebabkannya?

Wallahualam..

Tukang Dok Peghati

MctHeory:
Puak Khawarij ni memang suka mempergunakan agama. Dosa atau pahala tolak tepi janji bingai-bingai penyokong Pas tetap ikut.

Tiada ulasan: